Kepada Graduan Baru: Hapuskan Mentaliti Menyuap Sudu ke Mulut

Assalamualaikum WBT.
Selamat pagi.Pagi tadi saya membaca buku karangan Zafrol Rizal Mat (nama panggilan J) & Shaliza Shafie Faudzi tentang mentaliti ‘Menyuap Sudu ke Mulut’.Sekarang graduan hari ini digelar ‘Generasi Y’, dambakan gajet berteknologi tinggi, semangat rebel yang tinggi dan cepat bosan terhadap satu perkara. Tidak suka pada perkara yang sama sahaja. Lagi satu sindrom – menyuap  sudu ke mulut. Barangkali, kita tidak sedar pada hari ini, budaya atau masyarakat di mana kita berada telah menerapkan sindrom ini secara tidak sedar.

Lihat sahaja, jika ianya benar, mengapa generasi tua (baby boomer kan?) nampaknya lebih berdikari mencari jalan/laluan mereka di dunia ini. Sikap mencuba dan terus mencuba, tanpa mengeluh.

Manakala generasi baru, kalau diperhatikan dengan teliti, mereka lebih cenderung menunggu apa-apa sahaja di depan mereka – menunggu untuk disuap. Lagi bahaya, ianya sudah bermula dari zaman mereka belajar – sekolah, maktab, universiti. Kalau baca buku ini, pensyarah kanan di sebuah universiti swasta, sesetengah pelajar bertingkahlaku seperti menyuap sudu ke mulut dan bukannya pembelajaran kendiri. Mereka lebih suka pensyarah menyediakan nota terperinci supaya mereka tidak perlu melakukan penyelidikan lanjut. Walaupun mereka mempunyai akses besar; perpustakaan berhawa dingin, komputer riba canggih dan internet mudah alih.

Hmm! Adakah ia kerana sikap malas?

Konklusinya, sindrom ini terlalu melarat dan ini telah menjadikan mereka terlalu bergantung kepada orang lain dan tidak berupaya bertindak secara proaktif.

Bukan saya kata, semua graduan sebegitu – ianya masih segelintir. Tapi golongan sedikit ini boleh menjadi barah kepada akar pembangunan negara – pemuda pemudi. Golongan di mana satu hari nanti akan diberi peluang/terpaksa memimpin negara. Saya harap ianya secara baik dan sihat-lah, bukan rasuah.

Sindrom ini mesti berhenti. Pasti.

Hari ini keadaan kerja sangat kompetitif. Walaupun saya sudah tidak berada dalam suasana korporat, yang terakhir pada awal 2013 – semakin lama perebutan jawatan kerja atau peluang mendapatkan kerja sukar. Apatah lagi tahun 2015 dikhabarkan tahun cabaran kepada pekerja sedia ada (tahukah ramai kompeni besar di Malaysia membuang pekerja?).

Seorang graduan baru perlu elakkan mentaliti ini, jika dapat kerja dan mahu kekalkan kerja. Jangan mengharap untuk disuapkan dengan segala ilmu dan kemahiran. Kompeni anda bekerja, mereka meletakkan harapan anda jadi seorang yang boleh buat segala benda – tapi latihan yang diberi mungkin sedikit. Mereka menggaji untuk bekerja, bukan untuk pergi belajar sebenarnya. Ini kerja, bukan universiti.

Saya boleh dikira insan bertuah, saya bekerja di syarikat Jepun tapi menitikberatkan latihan berterusan. Saya rebut peluang, yang kosong saya tawarkan diri saya. Saya berkawan rapat dengan HR supaya segala latihan yang ‘mahal-mahal’ saya boleh belajar. Saya tawarkan untuk terlibat dalam satu projek baru. Cuma kesilapan saya, ‘expose’ yang banyak pada semua ilmu menyebabkan kompeni saya kerja seolah-olah meletakkan semua beban kepada saya – penat. Akhirnya, saya berhenti pada Mac 2013. Ini bukan alasan utama, tapi ini salah satunya.

Buatlah lebih usaha untuk belajar menjadi seorang yang pakar dan pengalaman, bertindak lebih dari apa orang lain buat. Jangan hirau kita nak buat sesuatu, kalau ada orang kata kita kipas bontot bos. Saya buat laporan untuk Assistant Manager saya. Pembentangan kenaikan bos saya dari Senior Engineer ke Assistant Manager pun, saya buat (memanglah penat, tapi saya dah tahu apa kriteria nak jadi Manager). Belum lagi kadang-kadang, kena cuba produk di mana kerjanya perlu dibuat oleh bahagian Teknikal, bukan saya.

Tip saya;

Belajar dengan bertanya. Wujudkan log belajar, rekod segala maklumat apa yang diajar dalam satu buku. Memang ada orang kata saya poyo dulu sebab bawa buku ke hulu ke hilir, tapi disebabkan itu gaji saya naik 400 setahun (dulu 400 tu macam banyak-lah-sangat). Cari setiap sudut untuk belajar sendiri. Dapatkan sendiri maklumat terkini dan pengetahuan.

Macam mentor saya kata;

‘Jika kita tidak belajar, kita mengajar.’

Itu yang saya buat pada staf yang kenal saya dulu. Nak berjaya kena buat lebih dari orang lain.

Saya doakan anda sentiasa bahagia dan berjaya.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s