Law of Reciprocal – The More You Give, The More You Get

Kehidupan seorang yang mempunyai bisnes, adalah kehidupan yang sangat-sangat-sangat mementingkan ‘apa yang sudah diberi?’ kepada orang lain.

Boleh jadi pemberian seperti manfaat yang penuh nilai; makanan percuma, buku percuma, seminar percuma dan pelbagai-bagai lagi percuma. Atas sebab itu kita perlu bersedekah lebih banyak demi memastikan rezeki berterusan dari Allah.

Banyak idea yang saya tulis sepanjang seminar/kelas Dr. Azizan. Saya sebagai seorang yang dahulunya ‘engineer’ sekarang bertukar profesion yang pelik, hobi yang pelik (sekarang hobi saya membuat pelan marketing untuk orang lain, mahu?) telah melalui liku-liku kehidupan atas dan bawah.

Ramai bertanya soalan begini:

1. ‘Kenapa berhenti kerja?’
2. ‘Macam mana kau cari customer?’
3. ‘Kau tak rasa rugi ke, belajar jauh-jauh, jadi manusia menagih sain orang?’
4. ‘Macam mana kau buat dengan cepat, erk?’
5. ‘Engineer tak best ke?’

…dan banyak lagi.

Kebiasaan, saya diajak untuk minum petang sekali dan ditanya soalan di atas. Kalau seorang dua boleh dilayan jua. Tapi kalau 20, 30, 50 atau seratus akan datang? Bagaimana?

Atas penjimatan masa, dan jawapan yang stereotaip, saya mengambil keputusan:

Saya kembali menulis semula, atas dasar DUA perkara.

1. Saya ingin membantu siapa yang belajar selok belok bisnes atau asam garam. (walaupun saya masih cetek, insha Allah, yang kecil ini boleh membantu apa salahnya kan?)
2. Saya ingin menambah nilai lebih baik 100 kali ganda pada kehidupan rakan-rakan saya.

Itu janji saya pada paparan blog kali ini.

Tagline saya,  ‘Kebosanan Mencipta Kelainan’ – adakah patut diteruskan?

Tidak akan teruskan.

Saya akan pakai yang ini.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s