[Tulisan ini diambil dari blog adibyazid.blogspot.com]
Assalamualaikum WBT.
Selamat petang.
Alhamdulillah, masih bernafas. Ketika tangan saya cuba menari tango di atas papan kekunci ini, kira-kira dalam masa 10 hari lagi Good & Services Tax (GST) akan dilaksanakan menggantikan sistem percukaian yang ada Malaysia. Bahang-bahang di paparan Facebook, dada akhbar, sidang parlimen dan perbualan di kedai kopi hari ini berkisarkan – bagaimana hendak ‘survival’ ketika GST berlaku.
Tanya saya, saya tak tahu – orang tanya, saya memandang GST adalah satu mekanisme yang bagus menggantikan sistem lama. Cuma, saya risau fasa perlaksanaan. Apa-apa pun itu bukan tanggungjawab besar saya, kena ambil bahagian sebab saya adalah seorang pembayar cukai juga selepas ini.
Tahukah Apa Yang Anda Ada Dalam Polisi Insurans/Sijil Takaful?
Saya mengambil satu polisi pada tahun 2011, bulan April. Sebulan sahaja selepas berkerja. Saya meletakkan bajet RM200 sebulan. Pada awalnya, saya tak berfikir banyak – saya menurunkan tandatangan dan bersetuju apa yang diperkatakan oleh ejen saya. Selepas beberapa minggu polisi saya siap dan saya baca – apa yang saya tahu, apa yang ada dalam polisi adalah perkara yang sepatutnya. Sehinggalah saya berjumpa dengan Nor Hisyam (adalah mentor saya dalam industri Insurans/Takaful). Beliau tidak menjual tapi menasihati apa yang perlu ada dalam polisi saya.
TUJUH Perkara Utama Perlu Ada Dalam Polisi Anda
Mencari polisi yang terbaik mungkin bukan perkara yang sukar. Dua faktor utama sebelum saya memberi penerangan satu pelan; disebabkan BAJET atau disebabkan KEPERLUAN. Rata-rata yang datang berjumpa dengan saya mempunyai bajet tertentu, dan saya cuba memberi yang KEPERLUAN yang perlu ada dalam polisi mereka (disesuaikan dengan bajet). Berikut adalah TUJUH perkara utama yang perlu ada dalam polisi anda:
1. Kematian Secara Natural
Insurans/Takaful untuk kehilangan nyawa, secara natural seperti sakit tua atau disebabkan penyakit bermaksud melindungi siapa yang bergantung pada si mati. Kita sepatutnya perlu mempunyai nilai yang cukup untuk memberi sumber kewangan kepada anak kecil kita (kalau pergi ketika anak masih kecil) sehingga besar. Ataupun memberi sumber kewangan hanya cukup kadar – janji ada kepada keluarga yang ditinggalkan?
Persolan besar di sini – berapa yang kita hendak tinggalkan bila kita sudah pergi nanti. Secara jujurnya, pengalaman saya kebanyakan masyarakat Melayu hanya sebut ‘janji ada’. Mereka mengutamakan manfaat Insurans/Takaful yang hanya boleh dipakai ketika hidup sahaja – seperti medikal.
Rule of thumb – nilai terbaik adalah 10 kali ganda dari pendapatan kasar setahun. Misalannya, kalau setahun kita berpendapatan sebanyak RM100,000 sepatutnya kita perlu mempunyai polisi RM1,000,000 (sejuta). Kalau tidak mampu pada permulaan, sebaiknya adalah nilai yang saya setahun dengan pendapatan kasar setahun.
2. Manfaat Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh (Total Permanent Disability: TPD)
Insan yang TPD tidak mampu pergi dan pulang ke kerja, dan paling besar; tidak mampu untuk menjana sumber pendapatan. Kebiasaannya, manfaat ini disertakan dalam 36 penyakit kritikal dan bayaran manfaat ini diberi secara ‘lump-sum’. Seperti manfaat kematian secara natural, lebih baik meletakkan nilai 10 tahun dari pendapatan setahun.
3. Perlindungan 36 Penyakit Kritikal
Manfaat perlindungan seperti sakit jantung, kanser, stroke, tumor dan koma. Siapa yang mempunyai manfaat ini, akan mendapat manfaat secara ‘lump-sum’ sebagai sumber kewangan untuk menampung perubatan dalam tempoh pemulihan penyakit kritikal. Nilai manfaat ini sebaiknya ikut 10 tahun dari pendapatan kasar setahun. Kalau tidak mampu, sekurang-kurangnya tiga tahun dari pendapatan setahun.
Hari ini, ada ‘trend’ pekerja yang mempunyai penyakit kritikal ini diberi pampasan kerja. Lebih sadis lagi, kalau dibuang kerja. Siapa yang hendak simpan pekerja yang selalu MC, produktiviti kurang dan menyebabkan kerja tertangguh tapi masih dibayar gaji lagi? Nilai dari manfaat ini sekurangnya dapat meringankan beban dalam tempoh tidak bekerja.
4. Perlindungan Kemalangan
Manfaat ini memberi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal disebabkan kemalangan. Nilai yang disarankan sama; 10 tahun dari pendapatan kasar setahun.
Pada awal saya pembabitan, saya bertanya kepada rakan-rakan ‘Ada insurans tak?’ Rata-rata mereka menyebut ‘Ada.’ Cuba diselidik, mereka ambil dari panggilan telefon – yang kebanyakannya menawarkan perlindungan kemalangan sahaja. Memang murah; hanya RM50, RM70 atau RM100 sahaja sebulan dan boleh beri sampai berjuta-juta perlindungan. Tapi ini hanya untuk kemalangan sahaja! (Kemalangan tidak semestinya melibatkan kereta; boleh jadi kemalangan di dapur, ketika kemas rumah, berkebun dan sebagainya)
5. Manfaat Hospital dan Pembedahan
Ini sangat-sangat berkaitan dengan kad medikal. Manfaat ini digunapakai ketika kita dimasukkan ke wad, segala bil akan dibayar oleh kompeni Insurans/Takaful. Paling penting, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika berbincang mengenai kad medikal;
a) Had limit untuk bilik. 150 semalam atau 200 semalam?
b) Had limit tahunan dan had limit seumur hidup. 50,000 setahun atau 100,000 setahun?
c) ‘Waiting Period’ – berapa tempoh menunggu sebelum boleh pakai kad medikal?
d) Senarai panel hospital
e) Definisi, Tafsiran dan Pengecualian.
Saya amat menitikberat bahagian ini, sebab ia adalah bab yang panjang dalam buku polisi.
6. Manfaat ‘Waiver’ dan Contribution/Payor
Manfaat ini adalah manfaat dimana si klien/pemegang polisi tidak perlu meneruskan caruman tapi dapat menikmati segala manfaat di atas di atas syarat-syarat tertentu; misalnya dapat penyakit kritikal.
Manfaat ini saya wajibkan pada setiap pemegang polisi melalui saya, kerana saya berpendapat jikalau pemegang polisi mempunyai penyakit kritikal; kemungkinan diberhentikan kerja, tiada pendapatan dan tidak meneruskan caruman – menyebabkan polisi itu terbatal dan tiada langsung perlindungan. Bahaya, bukan?
7. Pelaburan
Ini bukan manfaat. Ini lebih kepada pelaburan yang disertakan dengan perlindungan. Saya tak ulas lebih lanjut bahagian ini. Insha Allah saya akan ulas lebih lanjut pada masa akan datang.
Manfaat-Manfaat Lain…
Banyak lagi manfaat lain boleh dinikmati atau mahu. Contoh;
1. Manfaat Penyakit Wanita.
2. Manfaat Perubatan di Luar Negara.
3. Manfaat Elaun Hospital dan Surgeri.
4. Manfaat Perlindungan Umrah dan Haji.
5. Dan lain-lain…
Saya meminta silalah lihat apa yang terkandung dalam polisi masing-masing. Kalau tidak jelas, sila rujuk kepada ejen anda masing-masing. Saya percaya mereka lebih arif tentang perkara ini. Insha Allah, apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak dapat membantu memahami apa yang terkandunh dalam polisi anda. Jika tiada lagi polisi perlindungan, jadikan perkara di atas sebagai ‘guidelines’ dalam merangka pelan perlindungan kewangan anda.
Belajar Untuk Memberi.
Memberi Untuk Belajar.
Eh.
Belajar Untuk Mengajar.
Mengajar Untuk Belajar.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid
———-
Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Insurans/Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun.
Masalah hari ini, terlalu banyak pelan perancangan kewangan Insurans/Takaful di pasaran menyebabkan kecelaruan akan dan minda dalam membuat keputusan yang tepat. Ini boleh mendorong perasaan ketidak-yakinan langsung (zero-confindence). Secara tidak langsung membantutkan tindakan, atau langsung tidak ada apa-apa tindakan menyebabkan golongan muda begini menjadi golongan gelandangan kota pada usia tua yang sentiasa meraih dan menagih subsidi atau bantuan dari masyarakat tanpa rasa segan.
Insha Allah dengan kepakaran saya, sedikit-sebanyak membantu menambah nilai hidup golongan muda di luar sana mencapai sasaran ‘bebas kewangan’ pada usia muda lagi. Amin YRA.