Cara Untuk Membunuh Diri – Mentaliti Jangkaan Tidak Realistik.

Assalamualaikum WBT.

Selamat pagi.

Antara perkara menakutkan yang boleh saya sebut pada klien-klien aku adalah;

‘Kalau nak bunuh diri, bagi bunuh dari kasi mati betul-betul.’

(Saya selalu guna kalau ada klien tanya, ‘Bunuh diri cover tak?’)

Saya bukan hendak menghujahkan tentang insurans yang boleh dituntut kalau bunuh diri, tapi salah satu cara halus untuk membunuh diri – mempunyai mentaliti jangkaan tidak realistik.

Memang ada ayat, ‘Aim for the moon, but if you miss it you will land among the stars’. Tak salah ayat ini. Impian (dreams) adalah satu benda percuma – kenapa membataskan minda kita? Tapi pernah dengar dengan ayat ini – ‘berhati-hati dengan apa yang diimpikan’. Satu perkara yang kita mahu, adalah bermula dari mentaliti kita terhadap impian itu. Kita mahukan kereta mewah kaler merah, banglo di Bukit Kiara, bini persis Nelydia Senrose. Boleh. Tiada masalah. Tapi apa akan berlaku, kalau ianya tidak dapat?

Itulah yang boleh membuatkan hati kita gelisah dan tidak tenteram.

Saya pernah berada dalam situasi itu. Target saya diletakkan oleh orang lain. Saya berada pada ‘peak pressure’ yang buatkan saya gusar, akhirnya saya tolak tepi semua benda – dan saya mahu bersendirian. Mujur, tidak meleret sehingga berbulan-bulan. Ini realiti dalam bisnes. Tekanan adalah lumrah.

Cara saya untuk mengatasi mentaliti jangkaan tidak realistik ini:

1. Pecahkan kepada yang boleh dicapai dahulu, kecil-kecilan.

Mahukan satu juta dalam akaun simpanan? Impian saya mempunyai 1.8 juta pada tahun 2018. Tapi saya bermula dengan satu benda dulu – apa kata kumpulkan sepuluh ribu dahulu. Sepuluh ribu ini, saya beli aset rumah bernilai 250,000. Selepas setahun atau dua, saya jual ada keuntungan sebanyak 50,000. Saya beli rumah pre-siap, pada 400,000. Selepas tiga tahun siap dapat kunci, ada untung 200,000. Cara ini saya buat pada lima biji rumah. Jual kesemuanya dapat 1.8 juta. Mungkin cara ini lambat, tapi ia salah satu cara untuk bermula, bukan?

2. Beritahu impian anda kepada orang lain, yang positif.

Ini saya lakukan sejak tahun lepas. Untuk hilangkan rasa resah dalam diri saya, jumpa dengan orang positif dan sampaikan impian kita – apa yang kita mahu dalam hidup kita. Insha Allah akan ada orang yang membantu kita.

3. Ucapkan Alhamdulillah, bersedekah setiap hari.

Semakin kita ucap Alhamdulillah, ia adalah bukti kita sentiasa kita bersyukur dengan nikmat Allah selama ini. Memang kita mahukan bisnes kita lancar, tapi di luar sana ada ramai lagi insan yang kecundang di permulaan. Sedekah adalah cara menyucikan jiwa, bagi saya. Dulu apabila saya bekerja sebagai engineer, saya anggap duit yang saya kerja adalah seratus peratus duit saya. Berlainan dengan berbisnes – kesemuanya bukan milik saya.

Sebenarnya banyak lagi saya nak sentuh mengenai mentaliti jangkaan tidak realistik. Hari ini komitmen saya, tiga pos entri dalam masa seminggu. Blog ini adalah alat saya menyampaikan pengalaman jagung saya. Sekurang-kurangnya, kalau sesiapa yang membaca rasa berinspirasi – insha Allah saya doakan anda kaya dan berjaya.

Memberi untuk Menerima

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s