Assalamualaikum WBT.
Selamat petang.
Alhamdulillah, dengan rahmat Allah hari ini – cuaca sesuai, diberi makan yang sedap dan kerusi empuk. Diberi peluang menuntut ilmu mahal tanpa sebarang caj hari ini. Petangnya saya pula diuji dengan perkara yang tak disangka-sangka. Boleh sebut khinzir, kalau tidak kontrol sebaik-baiknya.
Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya.
Saya pegang kata-kata ini.
Tadi saya mendengar satu talk ringkas dari seorang warga Singapura, seorang jutawan yang membina kekayaan dengan pendidikan – yakni, memberi ilmu. Topik yang diketengahkan adalah mengenai nilai (value). Hari ini, segalanya cuba dilabelkan dengan harga.
Sebuah pinggan spaghetti yang sedap, kalau harga RM20 mungkin ianya adalah makanan yang sedap. Kalau seseorang itu menjana pendapatan puluhan ribu, dia adalah manusia yang penting dalam sesebuah masyarakat. Semuanya hendak di-digit-kan. Padahal erti ‘nilai’ sebenarnya sukar dinilaikan.
Saya suka bidalan yang diberi begini;
Seorang penjual yang datang menjual ais-krim kepada warga Eskimo. Kemungkinan besar (mungkin tiada langsung) ais krim itu tidak dapat dijual. Sebatang ais-krim di tanah orang Eskimo yang sejuk menggila tiada nilai langsung. Berlainan cerita kalau sebatang ais-krim dijual di tengah padang pasir yang panas, kering dan kurang air. Nilai ais-krim itu asalnya boleh dijual sebatang RM2, dalam keadaan itu mungkin boleh dijual sehingga beratus ringgit. Siapa tahu?
Saya percaya, rata-rata yang sedang membaca ini adalah seorang graduan yang berjaya – tidak kisah anda lepasan tempatan atau luar negara; diploma atau ijazah; universiti cabuk atau universiti nama. Semuanya, pengakhiran adalah kita melihat nilai. Kalau kita dulu adalah seorang yang sangat ‘power’ ketika zaman belajarnya. Segulung ijazah dibawa pulang, tapi ilmu yang dapat tidak digunapakai atau tidak disampaikan – nilai ijazah itu hanya sekeping kertas.
Sama dengan Takaful…
Tak semua memandang Insurans/Takaful sebuah ‘alat’ yang bernilai. Sukar untuk menampakkan ianya bernilai. Pada sesetengah orang mereka menganggap ianya hanya sekeping kad, dibayar setiap bulan/setahun dan diberi kertas tebal – ianya sekadar kertas sahaja.
Sama perumpamaan menjual ais-krim kepada warga eskimo. Apa-lah sangat nilai Takaful pada mereka yang sihat walafiat. Sebab itu berbagai alasan diberi untuk menafikan nilainya pada diri kita.
Saya pun pernah berkata begitu.
Pelbagai alasan yang banyak diberi oleh prospek-prospek. Kesemuanya boleh dilingkupkan dalam EMPAT subjek utama, kenapa menolak NILAI sebuah Takaful:
1) NO Hurry – Tiada tindakan segera.
2) NO Trust – Tiada rasa kepercayaan.
3) NO Worry – Tiada rasa kerisauan.
4) NO Money – Tiada bajet.
Alhamdulillah. Saya bersyukur ada manusia di luar sana ada kesedaran dan celik mata akan nilai sebuah Takaful.
Saya hari ini mungkin ‘menjual ais-krim’ kepada ‘warga Eskimo’. Golongan yang menafikan ‘ais-krim’ ini patut dimakan pada cuaca sejuk. Kerisauan saya, adalah apabila warga Eskimo ini ditarik nikmat sejuk dan diberi nikmat panas – masa itu, mungkin saya si penjual ais krim tidak ada di situ, pergi ke tempat lain menjual ais-krim kepada insan yang nampak nilainya.
Jangan jadi seorang warga Eskimo.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid
————————————————————————————————————————————————
Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun.