Jika kita tidak mengajar, kita akan belajar – konsisten menjaga nawaitu.

Assalamualaikum WBT.

Selamat malam.

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, dan Al-Fatihah untuk nahas MH370.

Alhamdulillah, hari ini habis sahaja sesi pembelajaran secara rawak ilmu dunia – pelaburan dan pemasaran. Saya percaya setiap berlaku, aturan Allah adalah sebaik-baik aturan. Tidak menyangka segalanya betapa besar perkara berlaku 48 jam yang lepas.

Hari ini, selepas sesi mengeteh tadi – saya mengutarakan kompleksiti yang berlaku. Antara ganjaran jangka masa pendek dan ganjaran jangka masa panjang.

Saya berada dalam keadaan bingung sekejap memikirkan apa yang saya sedang buat pada tahun ini – dari segi bisnes. Tahun ini, adalah satu ‘paradigm shift’ untuk minda saya. Tahun ini penguasaan ilmu pada subjek yang bukan pada keselesaan saya menjadi tunjang dan tema utama. Sebenarnya, saya baru sahaja menghabiskan beberapa sesi seminar dimana penuntutnya rata-rata adalah bukan bangsa saya (bangsa saya adalah bangsa Melayu). Seminar ini pula, tidak menuntut apa-apa bayaran – zero ringgit. Bukan kata saya nak bangga yang saya anak bangsa Melayu pergi ke seminar hebat ini.

Bukan itu maksudnya…

Saya kagum bagaimana bangsa lain menuntut ilmu. Bagaimana bangsa lain menguasai ilmu. Saya risau kalau tulisan saya ini begitu sensitif. Boleh timbulkan sifat amarah. Tahun ini, menjadi konflik besar saya, apabila seseorang yang saya kagumi kata ‘Knowledge is not power‘. Jadi untuk apakah, kita menuntut ilmu sebenarnya?

Kali ini saya hendak menulis ringkas.

Saya simpulkan, dengan sabda Nabi Muhammad SAW;

‘Apabila mati anak Adam itu maka akan terhentinya amalannya kecuali TIGA perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh’

Saya belajar banyak perkara, sebagai saham akhirat saya.

Salahkah saya, menuntut ilmu berlebihan?

Sukar saya untuk menerima, bahawa belajar banyak benda bukan boleh jadi kaya. Kaya bukan hanya ditafsirkan melalui nilai ringgit, boleh juga kaya ditafsirkan bila kita mati, ramai yang datang menyedekahkan al-Fatihah.

Al-Fatihah untuk mangsa nahas MH370.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

———–

Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s