Kenali EMPAT ABU yang berpotensi jumpa bila berniaga.

[Artikel ini diambil dari blog adibyazid.blogspot.com]

Assalamualaikum WBT.

Selamat pagi.

Alhamdulillah, sejak dua minggu ini saya menerima ledakan permintaan untuk ‘sharing’ mengenai kepentingan Insurans/Takaful. Ada yang ingin berjumpa dengan saya bagaimana menceburi bidang ini – dari segi peningkatan pendapatan, kerjaya dan bagaimana menguruskan masa. Adakalanya, saya rasa ralat hendak memberi – disebabkan saya tak buat lagi benda itu. Insha Allah apa yang saya ‘share’ dapat membantu sedikit sebanyak menambah baik kehidupan mereka.

Dalam mana-mana bidang perniagaan yang kita ceburi, pasti kita akan temui karektor manusia yakni pelanggan. Ada yang cerewet, sangat terperinci, sangat baik atau sangat mesra – menyebabkan saya pula yang kurang selesa (ini kisah benar).

Alhamdulillah, hari ini saya dapat melihat golongan muda berani untuk memulakan perniagaan – apatah lagi dalam bidang Insurans/Takaful. Memang nampak indah kalau sembang berdasarkan komisen, bonus dan percutian.

Macam Abang Zack kata, ‘Life is Package Deal’. Apa jua keputusan kita ambil ada pakej tertentu. Tak semua benda itu senang. Tapi benda yang susah, lahirlah kesenangan.

Saya teringat Imam (FB: Ustaz Taufik Mujahid Takaful) berkongsi cerita mengenai EMPAT ABU dalam bidang Takaful. Saya rasa perumpamaan itu bukan hanya untuk bisnes ini, malah kesemuanya boleh.

ABU Pertama – Abu Bakar

Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA

Beliau adalah seorang pengikut awal Islam, dan orang paling rapat dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Apabila beliau tahu tentang perkhabaran Islam melalui baginda – salah seorang Muslim pertama memeluk Islam. Jika dalam adat bisnes, misalan, kita kata ‘Bro aku sekarang jual burger kat simpang Empat.’ Kawan-kawan kita yang mempunyai sifat ‘Abu Bakar’ ini, akan jadi pelanggan terawal makan burger yang kawan dia buat dan mempromosikan bisnes kawan dia.

ABU Kedua – Abu Syahamah

Panggilan untuk Saidina Umar Al-Khattab RA

Ketika perkhabaran mengenai Islam tersebar, beliau adalah orang yang menentang kuat baginda Nabi Muhammad SAW sehingga mempunyai niat untuk membunuh baginda. Tapi semuanya berubah ketika beliau mendengar adiknya memeluk Islam dan membaca Al-Quran. Sifat macam ini, adalah kawan yang mungkin ambil tak kisah, atau menjadi suara ‘biawak’. “Argh, kawan aku tu nak buat bisnes? Sekejap je la tu nanti.” Apabila kita melakukan bersungguh-sungguh, dan berjaya – kawan tadi akan datang kepada kita, dan akan menjadi penyokong kuat kepada bisnes kita.

ABU Ketiga – Abu Talib

Bapa Saudara kepada Nabi Muhammad SAW

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melindungi keselamatan baginda ketika berdakwah. Disayangi oleh baginda atas kemurahan hati menjaga kebajikan sejak dari kecil, tapi tidak memeluk Islam sehingga akhir hayat. Kawan-kawan kita ada segelintir yang begini. Dia tahu kawan dia buat bisnes, tapi langsung tak pernah tolong dari segi menggunakan khidmat kawan dia. Tapi apabila orang lain hendak tahu mengenai perkhidmatan kawan dia – dia adalah orang pertama yang akan ‘rekemen’kan kepada kawan dia yang bisnes tadi.

ABU Keempat – Abu Jahal.

Juga, Bapa Saudara kepada Nabi Muhammad SAW

Seorang yang menentang kuat dakwah Islam baginda dan mencari apa sahaja peluang untuk menjatuhkan Islam. Dalam dunia perniagaan, orang begini penuh hasad dengki. Tidak membantu satu hal malah memerli dan mencaci. Berdoalah supaya dihindarkan orang yang sebegini rupa dalam apa jua bisnes yang kita temui.

Hari Ini Dalam Sejarah

Dalam industri Insurans/Takaful, keempat-empat ABU ini insha Allah pasti akan jumpa. Alhamdulillah, saya belum lagi jumpa ABU yang keempat – si ‘Abu Jahal’. Saya sangat berterima kasih kepada kawan-kawan saya, klien-klien saya dan keluarga saya. Bila kata saya serius dalam industri ini, terus sudi menawarkan apa bantuan. Ada yang hadir lambat, untuk melihat saya betul-betul serius.

15 haribulan March, adalah hari terakhir saya bergelar ‘engineer’. Saya masih belajar untuk terus maju ke hadapan. Insha Allah.

Belajar Untuk Mengajar, Mengajar Untuk Belajar.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

———-

Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Insurans/Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun. 

Masalah hari ini, terlalu banyak pelan perancangan kewangan Insurans/Takaful di pasaran menyebabkan kecelaruan akan dan minda dalam membuat keputusan yang tepat. Ini boleh mendorong perasaan ketidak-yakinan langsung (zero-confindence). Secara tidak langsung membantutkan tindakan, atau langsung tidak ada apa-apa tindakan menyebabkan golongan muda begini menjadi golongan gelandangan kota pada usia tua yang sentiasa meraih dan menagih subsidi atau bantuan dari masyarakat tanpa rasa segan.

Insha Allah dengan kepakaran saya, sedikit-sebanyak membantu menambah nilai hidup golongan muda di luar sana mencapai sasaran ‘bebas kewangan’ pada usia muda lagi. Amin YRA.

Advertisements

2 responses to “Kenali EMPAT ABU yang berpotensi jumpa bila berniaga.

  1. [ ABU Kedua – Abu Syahamah

    Panggilan untuk Saidina Umar Al-Khattab RA.]

    Dari carian, Abu Syahamah adalah panggilan untuk anak Saidina Umar.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s