Menulis Kerana Rasa Berdosa: Pilihan dan Sebab.

[Artikel ini diambil dari adibyazid.blogspot.com]

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah selesai sahaja semalam, pertemuan ringkas Khalifah Group Sinergi. Malam rutin Selasa kepada warga energetik Khalifah Group. Aktiviti berkisarkan perkongsian idea yang lebih penting di mana penghujungnya seorang yang berkredibiliti akan menyentuh tajuk KASH.

K – Knowledge, A – Attitude, S – Skills dan terakhir H – Habit.

Semalam perkongsian ringkas dari Afzan mengenai pilihan, adalah ringkas tapi mesejnya kalau diteliti ianya bermakna. ‘Cause’ dan ‘Effect’. Setiap sesuatu adalah pilihan. Bangun pagi, kita boleh memilih samada hendak bangun atau teruskan tidur.

Memilih untuk bangun sekarang atau bangun kendian.

Memilih untuk minum air dahulu atau gosok gigi dahulu.

Memilih untuk memakai baju putih atau baju kelabu, misalannya.

Dan setiap sesuatu sebenarnya, akan menyebabkan akibat seterusnya. Dalam buku, Seven Habit of Effective People (rasa macam salah je tajuk ni) ada menyebut ayat ‘Always begin with the end of mind’. Apabila kita hendak melakukan sesuatu, sentiasa fikir ‘Kalau aku buat macam ini, apa akibat yang aku terima.’

#Dari Engineer ke ‘Pakar’ bidang Perancangan Kewangan.


Ini semua adalah pilihan. Saya mempunyai pilihan untuk berubah, dan saya hendak berubah. Impian saya sejak bangku universiti, saya sudah tanamkan ‘Saya tak nak bekerja untuk orang lain’. Pembacaan saya ketika di universiti, saya sudah terdedah dengan buku karangan Robert Kiyosaki dan bininya. Buku ‘Think & Grow Rich’ – antara buku yang saya tak faham apa nilainya, baru beberapa bulan lalu saya membaca semula, baru faham. Apatah lagi buku itu, menyebut nama junjungan Nabi Muhammad SAW. ‘Hei, omputih cerita pasal nabi oi!’

Zaman universiti saya, ada pilihan bila bercuti. Saya boleh untuk pulang ke Malaysia, boleh untuk melancong ke negara lain atau bekerja sambilan di mana-mana. Saya juga boleh menonton filem sepanjang cuti musim panas 2 bulan! Saya memilih untuk bekerja, sebab peluang bekerja lagi-lagi dengan orang Korea adalah pengalaman yang sangat ’emas’.

Saya pernah kerja di kilang yang memaksa cuci lantai kilang setiap pagi.

Saya pernah cuci mesin ‘moulding’ yang panas, tangan kiri saya sampai sekarang ada garis hitam.

Saya pernah kerja di stor, pada musim sejuk – susun barang dengan tanpa pemanas.

Saya pernah kerja membuat ‘filter’ paip, buat grill.

Belum lagi nak cuba-cuba kerja cuci sauna lelaki yang kena bogel sepanjang waktu bekerja!

Dari sini saya fikir, ‘Kerja dengan orang lain sangat penat.’

Saya mengambil masa dua tahun sahaja, sehingga saya dipertemukan dengan Ihsansubhi dan mentor saya, Norhisyam. Alhamdulillah. Itupun saya rasa dah lambat.

#LIMA Sebab Kenapa Buat Apa Yang Saya Buat Sekarang.

1. Ianya adalah Bisnes, bukan tangga Korporat lagi.

Mudah. Ramai ingat bisnes adalah sesuatu yang besar; buat kilang roti atau kilang kereta. Bagi saya maksud bisnes ini sendiri – penyelesaian kepada masalah. Saya memang mencari satu bisnes model yang di mana, wujud disebabkan masalah. Ditambah lagi, pulangan yang berbaloi. Silalah baca buku Robert Kiyosaki.

Secara ringkasnya, buku ini menerangkan EMPAT cara manusia hari ini mendapatkan sumber kewangan. Kuadran E-S-B-I

a) E for Employee: Ini yang saya katakan tangga korporat.

b) S for Small Business: Ini yang saya tengah lakukan. Bisnes saya masih belum boleh bergerak secara automatik lagi.

c) B for Big Business: Ini adalah plan saya dalam masa dua tahun.

d) I for Investor: Ini adalah ‘part time’ kerja saya. Ada duit lebih saya ‘invest’.

Itu mat saleh yang cakap, pernah dengar ayat ‘ 9 per 10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan?

2. Ianya adalah Bisnes Insurans/Takaful, bukan easy-money MLM.

Bagi saya, bisnes yang terbaik mempunyai ciri-ciri ini (kriteria ini saya pilih, terpulang kepada individu masing-masing). Dari segi PROFIT (Keuntungan), CAPITAL (Modal Awal), PRODUCT (Produk) dan MARKET (Pasaran)

PROFIT (Keuntungan) — Alhamdulillah, pada usia saya 25 tahun saya sudah diberi kepercayaan memegang Statement Profit & Loss, di situ saya memandang bisnes lebih dalam – bagaimana membina keuntungan. Untuk kekalkan satu bisnes, ianya perlu mempunyai margin jualan sebanyak DUA-DIGIT, dan kena lihat lagi beberapa kos-kos yang ada. Insurans/Takaful memberi pulangan yang dua-digit yang menarik; boleh jadi 20%, 25% atau 40%.

CAPITAL (Modal Awal) — Bayangkan kalau hendak membuat bisnes makanan, misalan satu kedai makan menjual masakan kampung. Kena ada pekerja, dah RM1000++, sewa kedai/tapak RM300++, bil elektrik dan air, RM100++. Keseluruhannya, adalah lebih 4 angka. Modal awal yang telah diberi, adalah risiko yang perlu sedia terima kehilangannya. Dibandingkan dengan permulaan hendak bermula membuka bisnes Insurans/Takaful, modal pertama hanyalah RM300++. Itupun untuk ambil test kelayakan dan ilmu pengetahuan. Maksud di sini, risiko permulaannya adalah rendah berbanding model bisnes yang lain.

PRODUCT (Produk) — Insurans/Takaful adalah produk kewangan yang di mana elemen penting dalam pembinaan struktur pengurusan kewangan yang kukuh. EMPAT perkara perlu dititikberatkan dalam pengurusan kewangan:

a) Wealth Creation – Pengurusan hutang, cashflow, cukai dll.

b) Wealth Accumulation – Penambahan kekayaan melalui instrumen pelaburan seperti saham.

c) Wealth Protection – Disinilah fungsi Insurans/Takaful.

d) Wealth Distribution – Pengagihan kekayaan bila meninggal dunia nanti.

Bagi saya bisnes terbaik adalah bisnes yang wujud dari masalah. Masalah hendak dapatkan dengan pantas maka wujudnya McDonald dan Mamak. Masalah kepayahan basuh kereta, wujudnya ‘car wash dealer’ berhampiran dengan rumah anda. Hari ini antara masalah yang wujud, adalah mendapatkan rawatan sakit dengan pantas; hospital swasta berbanding hospital kerajaan. Apakah penyelesaian untuk masalah ini?

MARKET (Pasaran) — Pernah tengok iklan tuala wanita, yang ada Yuna sebut ‘cubalah!’. Pasaran tuala wanita hanyalah untuk wanita, itupun boleh wujud keuntungan sehingga mampu dipasarkan di TV. Ataupun segmen pasaran yang kecil, seperti lampin bayi pakai buang. Cuba baca statistik, berapa sahaja bayi yang lahir setiap tahun, yang memakai lampin bayi pakai buang? Itupun sampai sekarang kilang lampin bayi masih wujud.

Apa yang saya hendak sampaikan, pasaran yang kecil itupun sudah mampu menjana pendapatan yang kukuh. Pasaran Insurans/Takaful adalah untuk bayi yang masih berada dalam kandungan minggu ke 18 sehingga orang itu berumur 69 tahun, lelaki dan perempuan. Pasaran ini masih besar, memandangkan Malaysia yang hendak ke arah Wawasan 2020 masih sebuah negara ‘under-insured’.

3. Ianya adalah Prudential, bukan kompeni lain.

Saya adalah pemegang polisi bersama Prudential, pengalaman sebagai pengguna cukup menyatakan bahawa satu pengalaman yang baik. Ditambah lagi, pelbagai program untuk pembangunan sahsiah diri dan skil-skil banyak membantu saya.

4. Ianya adalah Khalifah Group, bukan grup lain.

Saya pernah ditawarkan menjadi ejen oleh seorang pengurus agensi lain pada tahun 2011. Ketika kali pertama saya masuk di situ, saya hanya nampak seorang ‘leader’ dan puluhan orang. Saya duduk dalam 2 hingga 3 jam mendengar apa yang mereka sampaikan. Apa yang mereka tawarkan adalah laluan sebagai ejen dan komisyen sahaja, serta beberapa insentif. Saya melihat keadaan orang lain-lain dalam kumpulan itu, kumpulan umur 35-45 tahun ke atas. Dari situ, saya terus membuang hasrat untuk memulakan bisnes Insurans/Takaful.

Sekali lagi saya diajak oleh Ihsansubhi, waktu dia bekerja di bahagian tempat projek saya. Dan selepas itu, kali pertama saya berjumpa dengan Norhisyam. Apa yang menariknya, dia pula menawarkan ‘pembinaan legasi/empayar’ – bukan sahaja hanya ejen dan komisyen. Saya masih ingat lukisan pokok.

Selepas itu, saya dipelawa untuk kali pertama ke Sinergi malam Selasa. Saya terkejut, banyak orang dalam kumpulan ini berstatus ‘leader’.

Saya suka analogi begini;

‘Dalam satu bilik guru, yang ada 20 orang guru misalannya, kebiasaannya akan ada satu sahaja guru besar. Kalau ada guru lain yang hendak menjadi guru besar disitu, kena tunggu dua kemungkinan; guru besar yang sedia ada mati ataupun berpindah ke sekolah yang lain’.

Di sini saya ibaratkan grup pertama saya pergi, adalah seperti di atas – laluan sukar untuk menjadi guru besar. Terbalik pada grup Khalifah – semua orang mampu menjadi ‘guru besar’.

5. Ianya adalah JR Seven, bukan unit lain.

Saya bermula karier bisnes saya bersama empat orang; Norhisyam, Hanifah, Junaidi, Ihsansubhi sejak dari tahun 2012. Hari ini sudah tahun 2015 – saya berada dalam suasana yang ‘growth’; suasana meningkat. Unit kami masih kecil, tapi kami ‘terpaksa’ untuk menonjol supaya sama dengan unit yang besar. Umpama, satu syarikat kecil yang ada 10 orang sahaja. Hubungan antara satu sama lain lebih rapat, lebih terfokus untuk membantu apabila seorang masuk dalam syarikat kecil itu. Berbanding dengan satu syarikat besar yang ada 1000 orang. Tak semua akan kenal 1000 orang itu, pembangunan  atau fokus untuk perkembangan mungkin sukar dilaksanakan – sebab ada 1000 orang untuk dibantu.

Sebab itu, unit ini berani gelarkan sebagai ‘Home of Champions’.

TAMBAHAN: 6. Ianya adalah sebab SAYA, bukan orang lain.

Saya pada hari ini, sudah tiga tahun. Pada saya, ianya masih jagung-jagung lagi. Apa yang saya bangga mengenai diri saya, saya adalah seorang ‘knowledge seeker’ – sentiasa mencari ilmu untuk menambah baik diri sendiri, insha Allah menambah baik nilai pada orang lain. Saya buat apa yang saya buat hari ini, sebab sebagai menghormati apa ilmu yang saya dapat. Di sinilah adalah pentas/platform yang saya boleh curahkan dan aplikasikan.

Memang ada orang kata, ‘Belajar ilmu engineering jauh-jauh, balik jadi ejen insurans je.’ Ilmu kejuruteraan bukanlah satu ilmu yang hanya berkisarkan paip, besi, elektrik, bahan kimia. Ia adalah ilmu mengenai cara-cara, dari segi pandangan dan fikiran untuk menyelesaikan satu masalah lain. Saya adalah pelajar yang boleh saya bangga, terbaik ketika di universiti. Bila saya pulang ke Malaysia, saya ingin membantu menggunakan ilmu yang ada. Tapi saluran penyampaian apa yang saya tahu adalah terhad. Terima kasih dan Alhamdulillah, kepada syarikat yang pernah bagi saya peluang bekerja – tanya pekerja tempat lama saya, siapa diri saya.

Lagi satu, impian saya terlalu besar. Dalam impian saya ada diri saya. Itulah sebab saya berhenti kerja sebagai engineer. Saya memilih untuk membuat perubahan.

Saya telah membuat pilihan, saya kena akur akibat pilihan saya.

Saya kena buktikan pilihan saya adalah yang terbaik.

Saya tak pernah kata, berada dalam tangga korporat adalah pilihan yang salah.

Cuma saya nak kata, melalui apa yang kita sedang lakukan, adakah sudah memadai sumbangan kita kepada masyarakat?

Bukan saya untuk menghakimi, sebab sekarang sedang dihakimi oleh-Nya.

Saya doakan anda kaya dan berjaya, dunia dan akhirat.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s