Assalamualaikum WBT.
Selamat petang. Sebenarnya, sudah lama saya tak menulis dan paparkan. Ada menulis beberapa entri tapi sampai sekerat jalan, ingin sambung badan kepenatan dan ada pula perkara melintang. Bila sampai waktu hendak menulis semula – idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin, saya perlu lebih disiplin tentang masa.
Saya baru keluar dari hutan (memang hutan). Dah lama tak ada aktiviti ‘jungle tracking’. Kali ini saya melibatkan diri aktiviti lasak sebegini. Sebenarnya, saya baru pulang dari ‘team building’ Khalifah Group di Raub, Pahang. Kem PLKN di sana.
Keluar sahaja dari situ, beratus-ratus Whatsapp berdesup masuk dan beberapa ‘missed call’. Alhamdulillah, tiada panggilan berkaitan dengan ‘immediate action’ pasal tuntutan insurans. Cuma paling mengejutkan adalah berita pasal kematian keluarga, disebabkan kereta MyVi.
Tiada ulasan panjang – manusia ini sentiasa memerlukan peraturan, undang-undang, akta, perjanjian dan sebagainya. Itu lumrah manusia. Kalau Allah tidak meletakkan larangan terhadap satu perkara, misalnya mencuri, nescaya boleh huru-hara dunia.
Ini adalah tulisan Robert Kiyosaki dalam emel yang dihantar kepada saya sebentar tadi:
People dislikes rules. Many encourage others to break the rules.
Yet with rules, people go broke.
Personally, I don’t care for rules. My rich dad said, ‘Without rules there are no assets: Without rules, only outlaws and thieves get rich.’ The leader of Enron broke the rules, the company was wiped out. Employees lost their jobs, investors lost their money, and lives were ruined.
In neighbourhood without rules, property values plummet.
If a husband cheat on his wife, families are destroyed.
If you break the rules of your body by drinking, taking drugs, smoking, eating, or not exercising, your health destroyed. If there were no police enforcing the rules, more people would die.
Even though I don’t care for rules, they’re important to maintain order and value. To making life better.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid