Perkara PERTAMA Sebelum Melabur: Mencipta Dana Kecemasan

Assalamualaikum WBT.

Selamat malam.

Alhamdulillah, melalui hari-hari yang tenang. Petangnya hujan mencurah-curah. Begitu juga idea yang datang ke kepala saya; begitu mencurah-curah. Waktu hujan lebat adalah waktu yang sangat tenang sebenarnya. Waktu itu adalah seumpama waktu sepertiga malam (pelikkan?). Kenapa saya kata begitu, sebab dalam agama Islam ada menyebut waktu hujan lebat adalah waktu yang afdhal berdoa.

Semoga selepas ini, ramai-ramai pakat berdoa. Oh ye, lebih baik dimulakan dengan solat sunat hujan lebat.

Permulaan Pertama Sebelum Melabur.

Saya secara asasnya tahu mengenai pelaburan pada tahun 2005. Masa itu saya bekerja di sebuah firma perancangan bandar di Klang, iaitu di Andalas. Ketika itu saya masih berumur 17 tahun. Saya dikelilingi oleh abang-abang dan kakak-kakak, yang berusia lebih 20 tahun. Kerja saya adalah ‘budak pejabat’ – apa sahaja yang boleh dibuat, saya buat. Saya belajar binding, filing, dokumentasi dan pelbagai lagi. Paling saya gemar, adalah mewarnakan pelan. Ketika itu, firma tersebut kecil dan tiada ‘plotter’ yang besar dan cepat.

Apa yang selalu dikeluh-kesahkan apabila hujung bulan, adalah perkara rutin. Saya bekerja hampir 4 bulan. Perkara yang selalu dikesahkan adalah masalah ketidakcukupan wang untuk menyara keluarga mereka. Saya menyaksikan ada orang berhenti kerja, buat kerja lain. Ketika itu saya hanya mempunyai gaji bulanan sebanyak RM400 (itu kira banyak untuk budak macam saya).

Ketika itu, saya berfikir apa sebenarnya yang perlu untuk menambah duit. Masa itu ada seorang kakak di situ memberi tahu. ‘Adik simpan je duit dalam ASB.’ Saya memang buta apa itu ASB, cuma saya ke pejabat pos cakap nak buat ASB – saya direjek sebab dikira bawah umur untuk melabur. Saya mengajak mak saya sekali lagi memohon buka akaun, dan saya bermula dengan RM50.

Seterusnya, saya mendapat tawaran belajar di Korea – saya terlupa bahawa saya ada akaun ASB RM50.

Pendedahan Paling Ketara: Rich Dad Poor Dad.

Ketika zaman kolej, setahun setengah selepas belajar bahasa. Saya lebih gemar menonton pelbagai genre filem. Mungkin sebab hendak balas dendam, dulu di Malaysia tak dapat tengok filem-filem seronok luar negara. Kena pergi wayang atau beli DVD. Manalah mampu sebagai seorang pelajar. Saya mempunyai hobi baru – membaca. Saya banyak membaca buku fiksyen; cinta remaja, pengembaraan, adaptasi novel ke filem dan buku-buku ‘self-improvement’.

Apabila hendak masuk universiti, ke Ulsan; saya telah berubah genre buku yang lebih serius dan ilmiah. Ketika itu saya ingat, saya pergi dengan kawan saya Hanif Fazli. Dia menyarankan saya membaca buku ‘Rich Dad, Poor Dad’. Ketika itu dia pesan, ‘Kalau kau baca buku ini, kau mesti tak nak belajar dah.’ Saya beli buku itu pada Januari 2009 tapi saya mula membaca pada musim panas, Jun 2009.

Ketika itu baru saya tersedar, saya terlambat buat sesuatu yang sepatutnya saya buat pada tahun pertama lagi – menyimpan dan melabur.

Kerja, kerja, kerja dan simpan, simpan, simpan.

Apabila saya sedar yang saya sudah terlambat – hampir setiap cuti menjelang saya tidak pulang ke Malaysia. Saya kerja di pelbagai sektor kerja. Dua tahun terakhir saya tidak pulang langsung ke Malaysia. Ketika itu saya berfikir, saya perlu sejumlah wang yang besar untuk dibawa ke Malaysia dan paling utama, saya cuma ada DUA tahun.

Saya pernah cerita pada entri sebelum ini, kerja di stor pada musim sejuk. Saya juga jual motor. Elaun sara hidup saya minimalkan penggunaanya. Duduk hostel menjadi keutamaan. Alhamdulillah saya mempunyai sejumlah wang yang ‘agak’ besar untuk bermula kehidupan di Malaysia.

Dana Kecemasan dan Insurans Nyawa/Takaful.

Saya masih ingat saya mula kerjaya sebagai seorang ‘engineer’ pada 8hb Mac 2011. Lapan hari selepas saya menjejaki kaki di Malaysia. Saya tengok semula akaun ASB – saya terkejut, ada pertambahan – bukan RM50. Masa itu, saya baru faham konsep ‘compounding dividen‘. Saya masukkan wang yang saya bawa dari Korea ke ASB dan Tabung Haji.

Saya anggap sebagai dana kecemasan.

Pokok utama bagaimana hendak bina dana kecemasan adalah begini; ‘Anda kena ada jumlah wang tiga hingga enam bulan sama banyak dengan perbelanjaan dalam dana kecemasan’.

Saya suka statement ini. Saya ambil pendekatan TIGA, ENAM, SEMBILAN, DUA BELAS. Pada awalan saya, saya mengganggap perbelanjaan saya setiap bulan adalah kasar RM1500. Maka saya kena ada;

Tiga Bulan – RM4500 (dikira OK)

Enam Bulan – RM9000 (dikira Baik)

Sembilan Bulan – RM13500 (dikira sangat Bagus)

Dua Bulan Bulan – RM18000 (dikira sangat sangat Bagus)

Dana kecemasan adalah dana yang hanya boleh diguna pakai untuk situasi kecemasan. Antara situasi kecemasan adalah:

1) Kehilangan kerja/sumber pendapatan.

2) Eksiden/kemalangan – kena repair kereta.

3) Sakit, yang perlukan rawatan.

Kalau tak ada dana kecemasan, ini boleh menyebabkan kita akan meminjam (dari bank, kawan-kawan dll.) dan lebih teruk menggunakan kad kredit tanpa had. Ketahuilah perkara paling atas yang menyumbang kepada muflis muda adalah kad kredit.

LIMA Langkah-Langkah Membina Dana Kecemasan

  • Satu, pilih mana satu akaun yang anda gunakan sebagai dana kecemasan. Saya memilih Tabung Haji dan ASB. Atas sebab, hari ini masuk seringgit, esok jadi seringgit. Tambahan ada dividen. Jangan masukkan ke amanah saham yang harga sentiasa berubah-rubah – itu adalah pelaburan, bukan simpanan dana kecemasan.
  • Dua, buat bajet dan tetapkan amaun setiap bulan berapa hendak simpan. 10% adalah bagus, tapi untuk permulaan saya buat lebih dari itu. Semakin cepat dana kecemasan ada, insha Allah hidup cepat tenang.
  • Tiga, walaupun dah cukup teruskan menyimpan. Jadikan satu tabiat. Selalu pakar pelaburan sebut, ‘pay yourself first‘. Simpan dulu baru belanja, bukan belanja baru menyimpan.
  • Empat, untuk buat dana kecemasan dengan cepat – kurangkan perbelanjaan tidak perlu dan tambah sumber pendapatan. Kurangkan merokok (atau berhenti), kurangkan tengok wayang, lepak luar dan dll. Duit lebihan ini  masukkan ke dana kecemasan.
  • Lima, guna duit durian runtuh seperti bonus, kerja lebih masa masukkan terus ke akaun dana kecemasan.

Insurans/Takaful sebagai Dana Kecemasan.

Tak salah menganggap sebagai dana kecemasan. Saya mengambil masa hanya sebulan sahaja bekerja untuk mengambil pelan Takaful untuk diri saya. Dana kecemasan yang saya simpan di ASB dan Tabung Haji, hanya digunapakai bila kejadian tidak diingini berlaku, misalan saya gunakan untuk baiki kereta ayah saya sebab cuai ketika bawa kereta (lama tak bawa kereta punya pasal).

Pelan Takaful saya adalah sebagai dana menampung ketika saya sakit terlantar di hospital. Saya bermula dengan pelan RM200 sebulan sebagai permulaan, tapi hari ini sudah menjadi RM400 – saya sedar liabiliti bertambah. Alhamdulillah, saya baru gunakan sekali saya Takaful – saya eksiden motor pada tahun 2013.

Dana Kecemasan sebagai ‘Bullet’ Pelaburan Hartanah.

Ini saya lakukan pada hujung tahun 2012. Ketika itu dengan rezeki Allah SWT, saya diberi peluang dapat satu hartanah di area Sunway. Ketika itu, saya terjumpa dengan pemilik rumah yang terdesak – hendak pakai duit yang cepat. Terus saya gunakan dana kecemasan tadi sebagai wang pendahuluan sebagai tanda cop. Pernah dengar ayat ‘Cash is King‘?

Saya tak mahu ulas lebih lanjut bagaimana saya gunakan dana kecemasan beli rumah, dan dana kecemasan saya menjadi hampir dua kali ganda selepas pembelian hartanah pertama.

Itu bagaimana saya merangka perjalanan kewangan saya seawal kerja sehingga hari ini. Kunci utama, adalah bila hendak bermula? Kalau sudah bermula, bagus – anda adalah bakal jutawan.

Saya doakan anda cepat bermula. Insha Allah, amin YRA.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

———-

Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Insurans/Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun. 

Masalah hari ini, terlalu banyak pelan perancangan kewangan Insurans/Takaful di pasaran menyebabkan kecelaruan akan dan minda dalam membuat keputusan yang tepat. Ini boleh mendorong perasaan ketidak-yakinan langsung (zero-confindence). Secara tidak langsung membantutkan tindakan, atau langsung tidak ada apa-apa tindakan menyebabkan golongan muda begini menjadi golongan gelandangan kota pada usia tua yang sentiasa meraih dan menagih subsidi atau bantuan dari masyarakat tanpa rasa segan.

Insha Allah dengan kepakaran saya, sedikit-sebanyak membantu menambah nilai hidup golongan muda di luar sana mencapai sasaran ‘bebas kewangan’ pada usia muda lagi. Amin YRA.

Advertisements

2 responses to “Perkara PERTAMA Sebelum Melabur: Mencipta Dana Kecemasan

  1. Pingback: Anda Berhutang, Saya Berhutang: TUJUH Kebaikan Urus Hutang Secara Bosan Dan Bijak | Adib Yazid·

  2. Pingback: Sebelum Melabur apa-apa sekalipun, anda kena faham Pengurusan Aliran Tunai (cashflow)! | Adib Yazid·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s