Sikap Ali dan Abu – Perbandingan Tanpa Noktah adalah ‘Dangerous’.

Assalamualaikum WBT.

Selamat malam.

(Ditulis semalam)

Hari ini saya bermandi hujan. Hari ini saya merancang untuk menunggang motorsikal, sebab pelan hari ini saya nak masuk ke bandaraya Kuala Lumpur. Memang rutin saya, bila hati kata nak masuk KL – ‘Aku kena naik motor’. Setiap hari, bila saya keluar rumah – saya selalu membuat pilihan, kereta atau motorsikal untuk hari ini. Saya membanding-bandingkan keduanya.

‘Kalau hujan, aku naik kereta.’

‘Kalau cerah, aku nak motor.’

‘Kalau jauh, aku naik kereta.’

‘Kalau dekat, aku naik motor.’

Setiap hari, memang selalu sangat membanding-bandingkan. Lama-lama, saya merasakan sikap suka membuat perbandingan yang tanpa noktah – adalah sikap Ali dan Abu, yang sangat bahaya. Sangat bahaya. Kalau anda membuat perbandingan yang bernoktah, ianya sudah menjadi keputusan. Itu bagus.

Sikap Ali dan Abu.

Ali dan Abu adalah dua watak yang sangat penting dalam bidang Insurans/Takaful. Bukan Susan, Ahmad, Mutu dan Chin Peng. Cuma kali ini, saya nak fokuskan mengenai sikap suka membuat perbandingan yang tidak berkesudahan. Saya bermula dengan begini – saya melukis rajah di bawah.

Saya berkata sebegini;

Ali dan Abu, mempunyai rakan yang sama. Dan rakan itu sudah tiada, akibat kemalangan. Kedua-duanya, rasa insurans/takaful itu satu instrumen yang penting pada hari ini. Lalu mereka, menelefon seorang ejen dan menetapkan satu perjumpaan yang berasingan.


Ali mendengar dengan teliti. Begitu jua, Abu. Selepas lima belas minit, Ali berkata untuk membandingkan pelan ini dengan pelan lain. Ali faham bahawa Insurans/Takaful ada tempoh 15 hari untuk meneliti terma dan syarat (kontrak) setelah diberitahu, lalu dia meletakkan tandatangan dan ingin melihat polisi tersebut apabila siap. 


Berlainan pula dengan Abu. Dia juga telah diberitahu mengenai tempoh 15 hari oleh ejen yang dia jumpa. Tapi, atas faktor hendak membandingkan dengan kompeni/ejen/harga, dia tidak melakukan apa-apa tindakan dan memberi kata putus – ‘Kalau saya dah selesai membuat perbandingan, saya cari awak.’


Ali dan Abu, meneruskan kerja harian mereka. Kerja, keluarga, OT. Pada yang sama, membuat perbandingan Insurans/Takaful mana satukah yang terbaik. Dijadikan cerita, selepas 10 hari kedua-duanya ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh/meninggal dunia.


Antara Ali dan Abu, siapa yang bijak dan kurang bijak?


Ini adalah cerita mengenai Ali dan Abu, yang kerapkali saya pakai. Siapa lagi bijak?

Tempoh Lima Belas Hari

Dalam setiap borang Insurans/Takaful Nyawa atau Keluarga, ada notis mengenai perkara ini. Setiap orang yang hendak memohon Insurans/Takaful Nyawa atau Keluarga akan diberi masa 15 hari untuk meneliti terma dan syarat yang terkandung dalam buku polisi (sebab itu kesemua klien saya menandatangani surat perakuan sudah menerima polisi, sebagai bukti menerima dan baca).

Jika tidak berpuas hati dengan kandungan polisi, mungkin apa yang ejen bagitahu dan apa yang terkandung berlainan. Sila lihat bawah:

Di ambil dari blog: INI.

Membuat pilihan yang terbaik.

Lumrah manusia inginkan yang terbaik dari tiap sesuatu. Ianya sangat berlainan dengan Insurans/Takaful. Pilihan itu masih ada, tapi masa adalah satu benda yang bergerak. Setiap masa yang bergerak itulah, keberangkalian berlaku benda kurang baik ada, banyak dan serius.

Cara menjimatkan masa untuk membuat pilihan yang terbaik adalah berurusan dengan orang yang terbaik dengan kepakaran mereka. Saya mungkin bukan yang terbaik pada pandangan anda untuk berurusan. Anda mungkin selesa dengan ejen sama jantina, ejen yang berumur; misalan. Memberi yang terbaik adalah azam saya.

Akhir kata, jangan jadi seperti Abu.

Melengah-lengahkan masa, membuat perbandingan yang tidak kesudahan dan akhirnya memakan diri kelak.

(Pengalaman saya, yang berlengah-lengah ini biasanya akan berakhir dengan ‘Sibuk, tak sempat nak decide. Minggu depan boleh?’ Sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak diingini. Minta dijauhkan. Amin)

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

———-

Nama saya Adib Yazid. Berpengalaman tiga tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Khalifah Group. Kepakaran saya membantu golongan muda hari ini merancang pelan kewangan Insurans/Takaful yang tepat, efisien dan ‘simple’ supaya lebih konfiden 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan segala hutang piutang dan seterusnya santai-santai tanpa sedar menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun. 

Masalah hari ini, terlalu banyak pelan perancangan kewangan Insurans/Takaful di pasaran menyebabkan kecelaruan akan dan minda dalam membuat keputusan yang tepat. Ini boleh mendorong perasaan ketidak-yakian langsung (zero-confindence). Secara tidak langsung membantutkan tindakan, atau langsung tidak ada apa-apa tindakan menyebabkan golongan muda begini menjadi golongan gelandangan kota pada usia tua yang sentiasa meraih dan menagih subsidi atau bantuan dari masyarakat tanpa rasa segan.

Insha Allah dengan kepakaran saya, sedikit-sebanyak membantu menambah nilai hidup golongan muda di luar sana mencapai sasaran ‘bebas kewangan’ pada usia muda lagi. Amin YRA.

Advertisement

3 Comments

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s