Kenapa Orang Muda Perlu Mula Mempunyai Satu Pelan Insurans/Takaful?

Assalamualaikum WBT. Selamat petang.

Sejak saya memulakan langkah dalam bidang kewangan ini, saya merasakan begitu untung orang muda hari ni. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, hari ini kesedaran tentang pentingnya Insurans/Takaful banyak dipromosikan oleh badan-badan kewangan; bank, syarikat insurans itu sendiri malah beberapa individu terkenal di Malaysia.

Untungnya, saya bandingkan dengan ibu bapa kita.

Seorang lelaki muda, berumur 25 tahun. Tidak merokok, tiada lagi sejarah sakit yang kronik (buah pinggang) boleh mendapatkan satu pelan Insurans/Takaful yang terbaik pada caruman yang optimum; saya katakan RM200 sebulan. Faedah yang banyak dan tiada ‘loading’ (bayaran tambahan).

Faedah yang sama dalam plan yang sama diberi pada lelaki yang berumur 40 tahun. Bagaimana dengan caruman setiap bulan? Alhamdulillah, kalau si lelaki ini tidak pernah sakit langsung atau tidak masuk hospital langsung selama hidup 40 tahun. Sudah tentu carumannya akan jadi ‘berharga’, dengan kata lain mahal dari lelaki muda tadi.

Ini kerana salah satu dari kriteria penentuan caruman setiap bulan adalah berkaitan besar dengan umur anda.

Masih berlengah-lengah lagi, bertangguh nak memiliki satu plan Insurans/Takaful?

Sayang oi.

Memberi untuk menerima.

Love.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s