Kisah Bagaimana Saya Membeli Rumah Kali Pertama.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah, penghujung bulan Mac yang semakin menghampiri. Terasa begitu lama tidak menulis dalam blog ini, walaupun beriltizam hendak menulis hampir setiap minggu. Bulan ini, agak mencabar perwatakan saya, diberi ujian baru – tapi apa-apa pun, perlu sentiasa positif menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Musim panas kali ini, ada banyak perkara membantutkan saya dari segi pergerakan. Kereta saya tolak tepi sementara, sebab banyak hal kerja berlaku di sekitar Kuala Lumpur (saya amat tipikal tentang KL, sibuk dan sibuk sebab tu tak nak bawa kereta). Alhamdulillah, ketika saya menulis ini di luar hujan lebat yang amat, kilat sabung menyabung. Insha Allah, lembah Klang ini kembali ‘sejuk’. Apatah lagi, hanya beberapa hari sebelum terlaksananya GST (Goods & Services Tax).

Saya banyak menulis kerangka apa yang perlu saya tulis pada entri seterusnya. Dari perihal kewangan peribadi, tentang industri insurans dan takaful, ekonomi dan terbaru, bidang saham. Saya sekarang banyak belajar selok belok mengenai jual beli saham. Sebab saya merasakan, ianya bidang yang perlu saya masuk pada tahun ini.

Tapi, malam ini saya hendak menulis bagaimana permulaan saya terjebak dengan pembelian rumah.

Membaca buku Rich Dad & Poor Dad – Lahir idea kenapa perlunya membeli aset rumah.

Sekali lagi, saya sangat berterima kasih kepada rakan saya yang memperkenalkan saya tentang buku ini. Buku yang membuka minda saya secara songsang, dari tidak tahu menahu kepada tahu dan tahu. Dalam buku tersebut, antara tajuk yang paling suka adalah mengenai model bisnes McDonalds.

Seperti ramai tahu, McDonalds adalah rangkaian restoran makanan segera yang sangat efisien – menghasilkan burger tidak lebih dari 5 minit. Pemiliknya, mengatakan bahawa bisnes McDonalds sebenarnya bukan semata-mata burger. Beliau berkata, kalau nak burger sedap sebenarnya tidak perlu ke McDonalds. Lebih baik makan burger di kedai lain atau buat sendiri di rumah, itu lagi sedap dari burger McDonalds. Bisnes utama yang hendak mereka pelopori adalah – pemilikan restoran ataupun tanah atau bangunan yang mereka ada. Itu yang mereka mahukan sebenarnya. Nilai aset mereka, bangunan kedai adalah lebih lumayan dari burger yang mereka jual.

Ketika saya habis membaca buku tersebut, baru sedar; rumah yang keluarga kita miliki – bayar dan duduk adalah bukan aset yang sebenar. Dahulu saya belajar perakaunan, aset adalah sesuatu yang kita miliki – bak kata lain, bahagian kanan dalam lejer. Liabiliti adalah suatu hutang, bahagian kiri sebelah lejer. Tapi Robert Kiyosaki mengatakan bahawa aset adalah sesuatu yang memberi kita wang secara konsisten, liabiliti adalah sesuatu yang memaksa kita untuk mengeluarkan wang dari poket kita.

Saya tahu, pada umur saya 22 tahun saya perlu mempunyai aset – rumah. Rasa terlambat tidak menyimpan duit dari penajaan JPA. Menyesal.

Pulang ke Malaysia: Belajar buku Azizi Ali dan mencari mentor.

Saya pulang ke Malaysia pada 28 Februari 2011, dan mula masuk kerja pada 8 Mac 2011. Selang beberapa hari, tidak mengambil masa yang panjang. Permulaan pertama adalah saya memasukkan gedebuk simpanan saya ke dalam satu akaun, dan menggunakan kereta ayah saya ulang-alik ke tempat kerja. Kereta Iswara model tahun 1993 (kalau tak silap). Sebenarnya, hendak memiliki sebuah kereta baru. Tapi atas nasihat seorang ustaz, saya membeli sebuah kereta Persona model tahun 2010, pada bulan Mei. Itu adalah ‘hutang’ pertama saya wujud di Malaysia.

Dalam tempoh tiga bulan saya bekerja di sebuah kilang di Shah Alam, alhamdulillah saya dipertemukan dengan seorang lelaki berusia 30-an. Kesilapan lelaki ini adalah dia ‘terbagi’ tahu pengalaman dia masa muda – membeli rumah sebelum umur 30 tahun. Atas kesilapan ini, saya korek rahsia bagaimana hendak memiliki rumah di Malaysia dengan cara yang mudah. Tapi, lelaki ini tak semudah itu memberi ilmu. Dia menyaran saya khatam dua buah buku.

Buku karangan Azizi Ali, mengenai rumah.

Saya mengambil masa yang sangat lama membaca buku tersebut. Mungkin awal karier kerja saya, taksub dengan pekerjaan; sibuk dan sibuk. Lupa pada niat hendak beli rumah seawal yang mungkin. Pada hujung tahun 2011, lelaki tadi bertanya satu soalan: ‘Dah sedia ke belum?’

Masa itu, saya cakap – ‘Belum’.

Lelaki ini ajak saya ke satu bilik kecil, belakang opis. Tanya tentang komitmen saya.

Hidup Tiga Hari dengan RM24, di lembah Klang.

Masa itu, lelaki ini telah mengajak saya keluar tengahari ke area Sunway untuk melihat satu rumah. Masa itu juga, saya sangat nebes – sebab ini adalah permulaan pertama saya tentang jual-beli rumah. Lelaki ini mengajar saya, sebelum melakukan apa-apa yang kita tidak tahu – kita perlu mempunyai mentor.

Setelah sampai, saya dibawa bersiar-siar area Sunway dan akhirnya tiba ke sebuah apartment. Melalui perjalanan saya tadi, difahamkan bahawa ada akses kepada Sunway Pyramid 10 min, akses ke Lebuhraya Persekutuan hanya satu simpang, akses ke Lebuhraya Damansara Puchong yang sangat dekat. Ada stesen Komuter yang berhampiran. Saya duduk minum di kedai depan selama empat jam, dari pukul 2 sampai petang melihat siapa yang keluar masuk kediaman ini. Ada pelajar, ada keluarga, ada pekerja-pekerja kilang. Paling saya tak lupa, adalah warga asing yang saya pun tak tahu dari negara mana. Pada fikiran saya, ‘Ramai yang sanggup duduk di sini’.

Saya bersetuju. Saya bersama lelaki yang boleh dikatakan mentor saya. Berjumpa dengan pemilik rumah. Selepas beberapa episod rundingan, akhirnya kami dapat harga yang sangat rendah dari ‘Market Value’ iaitu nilai pasaran. Terus terang, kalau saya datang tanpa mentor saya – alamat saya kena buli dengan pemilik rumah, kemungkinan besar saya akan dikenakan harga yang tinggi.

Berdasarkan rundingan tersebut, pemilik rumah ini dalam keadaan terdesak memerlukan sejumlah wang untuk menyelamatkan perniagaannya. Sebab utama kenapa hendak rumah ini dijual dalam keadaan yang cepat, secepat yang mungkin.

Saya kena keluarkan sejumlah wang sebagai deposit, bermaksud hampir berbelas ribu. Ketika itu saya korek segala simpanan saya. Dijadikan perjalanan Allah itu sangat teratur, saya ditawarkan ke Jepun untuk latihan kerja selama dua minggu dan diberi wang poket yang besar dalam matawang Yen. Duit ini saya guna dengan cermat. Sebab duit ini, saya akan gunakan untuk membeli rumah pertama. Saya terlepas peluang keemasan pergi ke Universal Studio Osaka. Saya hanya duduk di bilik, menonton TV.

Pulang dari Jepun, saya selesaikan segalanya berkaitan deposit, wang peguam – pada 24 haribulan Februari. Dalam akaun saya, hanya tinggal RM24. Gaji saya masuk pada 27 haribulan. Masa itu, saya bayar minyak kereta, guna not RM1. Korek tabung atas meja saya, untuk makan tengahari. Syiling di poket saya penuh.

Saya makan roti dan banyak minum air kopi, kalau saya kena kerja lewat malam.

Proses Pembelajaran: Bank, Peguam, Penilai, Pembeli dan Penjual.

Sebenarnya, walaupun saya membaca buku berkaitan hal ehwal pembelian rumah – saya masih tak faham beberapa perkara. Bagaimana nak cepatkan proses pinjaman, urusan dengan peguam dan pelbagai lagi. Sumpah, saya tak faham langsung – tapi segalanya saya belajar melalui mentor saya.

Baru saya faham ‘buku laporan kewangan’ peribadi, apa efek komitmen kita terhadap margin nilai pinjaman. Hutang kad kredit, pinjaman ASB, pinjam peribadi dan macam-macam lagi. Saya tanya pada orang bank macam saya budak-budak – macam mana nak kira ‘interest’, kenapa kena tandatangan banyak-banyak, berapa nilai pinjaman saya boleh dapat.

Duduk bersama dengan peguam pula, banyak istilah-istilah perjanjian yang perlu kena fahami. Adalah juga, nasihat peguam kepada orang muda supaya mengumpul aset dan bagaimana nak faham selok-belok jual beli rumah. Kesilapan saya, tidak mencatat apa yang diperkatakan. Saya banyak menghabiskan air kotak di opis mereka.

Alhamdulillah, saya belajar dengan cara begini.

(Banyak lagi saya perlu tulis mengenai pengalaman saya ni.)

Baca dan bertindak adalah dua perkara yang sangat berbeza. Setiap kali orang muda (muda dari saya) tanya bagaimana saya melakukan pelaburn hartanah, ini adalah laluan saya. Laluan setiap manusia berbeza, sebab itu kita perlukan mentor – sepanjang laluan ada potensi besar untuk melakukan silap, mentor insha Allah akan mengurangkan kesilapan.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

1 Comment

  1. nelly says:

    Halo, saya Mrs Nelly mulia, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang menawarkan pinjaman pada tingkat bunga hanya 2%. kami menawarkan, pinjaman pribadi, kredit mobil, modal usaha, pinjaman pribadi dll untuk individu dan perusahaan yang dalam kesulitan keuangan di bawah persyaratan pinjaman yang jelas dan dan dimengerti. hubungi kami hari ini melalui email sehingga kami dapat memberikan persyaratan pinjaman dan kondisi: (nellyperious@gmail.com)

    Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s