Assalamualaikum WBT. Selamat pagi.
(Saya sentiasa akan sebut selamat pagi, walaupun ini ditulis ketika tengahari)
Soalan yang terpancul dari mulut kita mencerminkan siapa diri kita dan bagaimana minda kita berfungsi sebenarnya. Apa yang kita soal, reflek kepada apa yang kita fikir. Setuju?
Hari ini kita perlu terima hakikat dimana hari ini kos sara hidup semakin meningkat. Sedar tak sedar, kita perlu menerima hakikat ini. Dulu, mungkin kita pergi ke sekolah RM1 sudah mewah, tapi cuba bagi kepada budak sekolah rendah hari ini – adakah RM1 memadai?
Belum tentu!
Apa yang saya fikir, ketika saya bekerja 7 pagi ke 5 petang (malah sehingga 10 malam sekalipun) – saya gusar berapa perlu ada untuk menampung nafkah keluarga. Jadi saya perlu buat sesuatu. Saya perlu berniaga.
Maka saya mulalah buat macam-macam, sehinggalah saya ter’jumpa’ dibuka hijab tentang industri Insurans dan Takaful. Permulaan saya, ramai berpendapat saya adalah seorang yang gila. Ada yang sudah merencanakan kegagalan saya, ada yang kata berniaga macam ini tak ada kelas langsung. Ada yang memang kaw-kaw gelak pun ada.
Saya pegang satu ayat daripada salah satu ‘cikgu’ saya, Cukis.
“Always ask a right question, to the right people, to get a right answer.”
Nak berjaya dalam berniaga ikan, kenalah tanya pakar ikan. Nak pandai buat bahulu, kenalah menuntut dengan otai industri bahulu. Begitu juga, nak jual apam balik, kenalah tanya orang buat apam balik – berapa sukatan gula, garam, tepung dan lain-lain (saya reti makan je).
Jadi, seperti saya juga – ingin berjaya dalam industri Insurans dan Takaful ini – saya perlu mentor terbaik, seleksi guru terbaik dan rakan sekeliling yang berjaya untuk saya pergi jauh. Fahamkan maksud saya, untuk berjaya kena perlukan mentor. Bruce Lee pun ada sifu dia.
Buat apa sahaja yang kita mahu, janji kita suka apa yang kita lakukan. Insha Allah, ganjaran daripada-Nya ada.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid