Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.
Semalam, setelah selesai ‘roadshow’ bersama Prudential BSN Takaful – telah diingatkan bahawa bukan manusia sahaja perlukan Insurans/Takaful. Rumah itu perlu, lagi-lagi apabila rumah itu dibeli secara pinjaman dari institusi perbankan.
Saya bukan nak beritahu perlindungan dari kebakaran, banjir, limpahan air, bencana dan lain-lain. Saya ingin beritahu mengenai MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance).
Sesiapa yang pertama kali beli rumah mungkin selalu dengar MRTA ini apa. Salesman-salesman pinjaman rumah mungkin bakal kata – MRTA ini wajib. Sebenarnya tidak! Saya pernah terbaca, MRTA ini cekik darah dengan mengenakan 7-8% interest sehingga habis pembayaran pinjaman rumah.
Kalau kaedah Islamik pula, disuruh pula ambil MRTT yang juga tidak wajib, malah lebih tinggi lagi iaitu 10% (nama lain, bukan interest, tapi lebih tinggi). Rupanya ada cara lain yang lebih baik iaitu menggunakan Insurans/Takaful Hayat dan diserta dengan ‘rider’ (benefit tambahan) seperti simpanan menggantikan MRTA.
Bila buat begini, sebenarnya bila sudah habis bayar – rumah dapat, simpanan pun dapat!
Mahu atau tidak, terpulang.
Anda yang bijak memilih.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid