Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, diberi peluang untuk hidup sekali lagi hari ini.
Semalam, saya berlari sejauh 10KM. Pencapaian terbaik saya setakat ini adalah saya tidak berhenti untuk berjalan. Wow! Banyak benda saya belajar sebelum ini, seperti teknik pernafasan 4-4 dan 2-2, kawalan psikologi ketika nampak ‘signboard’ dan hayunan tangan.
Pulang dari berlari, saya baca sebuah artikel ‘Hire A Marathoner’ (Jadikan marathoner sebagai pekerja anda!). Kenapa kita perlu ambil seorang marathoner sebagai seorang pekerja anda? Seorang pelari yang berlari jauh mempunyai kriteria berkualiti yang penting dalam ciri-ciri pekerja kita patut cari.
Ciri Pertama: Mereka seorang Goal Setter.
Seorang pelari marathon akan mempunyai target menghabiskan larian sejauh 42KM. Mereka tidak takut untuk berfikiran besar, dan faham jarak itu perlu mereka habiskan untuk mencapai target mereka. Seperti dalam dunia bisnes, mereka tahu bahawa untuk mencapai target yang besar, mereka perlu mempunyai target-target yang kecil yang patut dicapai dahulu.
Ciri Kedua: Mereka seorang yang berdisiplin.
Untuk berlari marathon, anda perlu berlari secara konsisten. Tidak boleh hari ini keluar, terus lari marathon! Persiapan sekurang-kurangnya sebulan sebelum berlari – dan ianya memerlukan komitmen untuk melakukan persiapan. Untuk bisnes, ianya sangat memerlukan seseorang yang berdisiplin tinggi untuk ikut komitmen. Lebih-lebih lagi, bila ada hari yang tak selalu cerah. Faham ke faham?
Ciri Ketiga: Mereka seorang yang sihat.
Seorang marathoner selalu memastikan, mereka berlatih pada kadar yang bersesuaian setiap minggu. Tidak lebih dan tidak kurang. Ini bermaksud, kesihatan dan stamina adalah sesuatu yang sangat penting bagi mereka. Maksudnya, mereka kurang sakit! Kurang sakit, produktiviti kehidupan mereka bertambah!
Ciri Keempat: Mereka mengambil berat mengenai masa.
Persiapan yang teliti, dari segi latihan dan pemakanan supaya apabila hari sebenar mereka mampu berlari marathon dalam dua hingga empat jam. Pengurusan masa amatlah kritikal kerana kita perlu faham apa yang perlu diselesaikan dahulu, dan masa yang ada untuk disiapkan.
Jadi, kepada bakal ‘leader’, bakal ‘bos’ di luar sana – kalau anda terlihat hobi mereka tulis dalam resume mereka: RUNNING / MARATHON. Tanya mereka sekali lagi, adakah mereka betul-betul seorang Marathoner. Itulah pekerja terbaik yang perlu anda cari!
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid