Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan yang ketiga hari ini, semoga semuanya masih hangat-hangat menyambut Ramadhan. Jangan fikir nak raya je, kan?
Sepanjang tahun ini, memang saya selalu tertanya mengenai orang-orang hebat dan berjaya. Apa yang saya dapati, terutamanya ianya berkait rapat dengan ‘energi’ – rasa bertenaga sentiasa. Ya, success requires energy. Biasanya, kalau kita menghadiri seminar, atau talk-talk orang berjaya soalan yang selalu diutarakan adalah soalan bagaimana mereka lakukan. Kurang orang bertanya – Bagaimana mereka kekal bertenaga.
Rupanya – semua ini bermula dengan tidur!
Tidur awal adalah kunci penting untuk kita kekal bertenaga. Tidur awal janganlah pula bangun pukul 8 pagi. Itu memang nampak sangat penatnya. Ini apa yang saya rangka bagaimana saya hendak tidur awal.
1. Tidur seawal pukul 9. (Sebelum pukul 12)
Sebelum ini, saya mempunyai paten tidur pada pukul 12 atau pukul 1. Bila bangun, pasti akan ada rasa macam tak cukup tidur, rasa sengal badan menyebabkan ada perasaan nak qada tidur lagi. Tu sampai pukul 8 pagi, tidur pun rasa tak cukup-cukup lagi. Jadi tidurlah pada waktu begitu. Kalau baca kajian orang pakar-pakar, dari segi saintifik, waktu itu adalah waktu paling efisien tidur, kerana badan mengeluarkan hormon-hormon melantonin. Sila Google atau tanya pada lebih pakar, ok?
2. Matikan semua alat-alat elektronik.
Ini adalah punca masalah hari ini, kenapa kebanyakan kita hari ini kurang tidur yang berkualiti. Penggunaan alat elektronik sehingga dibawa ke atas katil menyebabkan kualiti tidur kita merosot dengan banyak. Bayangkan begini. Kita Google satu benda, baca satu artikel. Lepas itu tengok benda lain. Tengok Youtube pula. Tengok Instagram pula – dikumpulkan jadi 1 jam! Bermakna anda telah mengurangkan satu jam untuk tidur. Dikatakan, alat elektronik adalah alat yang menyebabkan tenaga dalam badan kita merosot. Ini saya faham, melalui penerangan dalam seminar IMKK Dr. Azizan awal tahun ini.
3. Tutup semua pintu – ruang yang memberi cahaya.
Ianya berkaitan pada nombor 1, berkenaan hormon melantonin. Badan kita adalah unik dan sensitif pada cahaya. Waktu tidur juga adalah waktu dimana badan kita ‘reset’ semula – kalau kita bersenam di siang hari, badan kita mula untuk membaiki sel-sel yang rosak atau digunakan. Dikatakan, semua proses pemulihan ini akan cepat berlaku kalau kita tidur dalam keadaan betul-betul gelap dan tanpa gangguan!
4. Tetapkan alarm pada waktu yang sama, di tempat jauh-jauh.
Apa tugasan anda pertama bila anda buka mata, terdengar alarm? Saya adalah mengucapkan Alhamdulillah dan cepat-cepat mematikan alarm di hujung bilik. Fuh. Saya mula praktis 3-4 bulan, alhamdulillah. Sebelum ini, kalau alarm letak sebelah badan – Insha Allah peratus untuk tidur semula sangat-sangat tinggi.
Cara-cara lain (cara sunnah):
5. Tidur dalam keadaan berwudhu.
6. Sebelum tidur, lakukan solat sunah Taubat.
7. Mengibas kain tempat tidur 3 kali atau mengemas tempat tidur.
8. Berbaring pada bahagian kanan badan, menghadap kiblat dan jangan tidur telangkup.
9. Membaca surah lazim, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas dan niatkan hendak bangun pukul berapa.
10. Selawat.
11. Doa sebelum tidur.
12. Berzikir atau beristighfar sehingga tertidur.
Saya bukan yang terbaik untuk menulis perkara ini, saya kongsi apa yang saya lalui. Insha Allah.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid.