Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah Ramadhan ke empat! Cepat ya! Semoga apa yang kita rancang pada Ramadhan kali ini seperti nak puasa penuh, terawih tak miss masih berada dalam on-track lagi.
Esok akan ada seorang sahabat baru saya, ambil PCEIA (Pre Contract Examination for Insurance Agent). Kalau saya sebut peperiksaan mungkin jiwa jadi seram seriau nak jadi ejen, kan? Baik saya kata ianya adalah ‘test’ sebelum menjadi ejen insurans di Malaysia ini.
Kalau kita rujuk semula buku PCEIA, dalam buku itu telah menyenaraikan pelbagai jenis insurans dan takaful yang berada di Malaysia. Saya permudahkan ianya terbahagi kepada dua bahagian besar – insurans untuk bernyawa dan insurans untuk yang tidak bernyawa.
Macam mana itu?
Insurans bernyawa adalah seperti insurans nyawa, kemalangan, hospital, pendidikan anak-anak dan persaraan. Ianya memang dikhaskan untuk orang bernyawa (dan sihat!). Insurans untuk kucing setakat ini tak ada lagi di Malaysia, maka tak ada lagi dalam buku ini. Doakan untuk pencinta kucing supaya ada insurans untuk kucing jua!
Insurans untuk bukan bernyawa seperti sudah sedia maklum paling mudah adalah insurans kereta, rumah, kebakaran, maritim, kargo dan sebagainya. Banyak. Tapi ini adalah bukan kepakaran utama saya.
Kepakaran saya memang berada disekitar insurans untuk orang bernyawa – insurans hayat misalnya. Jadi soalan di atas – ada ke tidak insurans mulut? Jawapannya, setakat hari ini tiada lagi. Kalau ada, insha Allah saya akan jadi orang pertama yang ambilnya dulu. Manalah tahu, saya juga insan biasa tersasul jua cakap benda menyakitkan hati.
Alhamdulillah, puasa adalah ‘insurans’ pada mulut kita supaya berhati-hati melafazkan sesuatu, karang kurang pahala puasa.
Selamat berpuasa, dan teruskan membersihkan jiwa di kala Ramadhan ini.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid