Saya tahun ini, alhamdulillah diberi kesempatan masa yang banyak untuk menghadiri pelbagai seminar, kelas-kelas atau konvensyen. Antaranya, adalah seminar Dr. Azizan.
Secara natural-nya, bisnes saya mengenai dua perkara iaitu Sales dan Recruitment.
Apa itu Sales?
Sales adalah membuat jualan secara langsung. Bertemu dengan prospek yang berkeinginan hendak tahu mengenai insurans atau takaful. Ada proses prospecting, phone call, follow up, presentation dan delivery. Paling penting adalah proses selepas sales iaitu – servicing.
Apa pula, Recruitment?
Recruitment adalah membina agensi melalui proses mengajak orang lain melakukan Sales bersama-sama. Recruitment adalah sama juga, bagaimana sebuah kilang hendak melantik pekerja-pekerja. Berlainan dengan kilang, recruitment dalam bidang insurans rata-rata bermula dengan part-time. Pasti, ada orang hendak culas atau ponteng! Disiplin diri sendiri paling kritikal.
Bila saya lihat gambar di atas, senarai untuk gagal sebenar banyak!
Semoga saya tidak tergelincir dalam perjalanan karier saya. Insha Allah.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid