Assalamualaikum dan selamat pagi.
Waktu saya menulis entri ini, ketika jam menunjukkan pukul 1.20 pagi (waktu Malaysia). Sebenarnya, saya terkejut! Saya lupa hendak silence kan iPad saya, menyebabkan ada satu FB message masuk, bertanya tentang insurans. Ingatkan ada orang hendak bertanyakan pasal ‘Bagaimana Nak Ambil Insurans?’… rupanya, tanya pendapat pasal kes ‘Takaful Prudential Penipu Besar Insurans’.
Sebenarnya, saya respon bergantung pada sesiapa yang bertanya. Kalau orang tanya, saya minta pergi semula pada Wall orang yang menulis perkara itu – sebab penjelasan mengenai kes ‘Takaful Prudential Penipu Besar Insurans’ sudah ada jawapannya.
Biasalah, menjadi satu trend hari ini mengenai viral. Perkara yang jahat, penipuan senang di-viralkan. Berlainan pula dengan perkara yang baik-baik. Seperti lagu Francesca Peter, Hanya Sekadar Pinggiran. Entah-entah tepi longkang.
Siapa terlepas baca, ini tulisan mengenai ‘Takaful Prudential Penipu Besar Insurans’ (sila baca satu persatu-satu):
Nasihat, klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Ok, dah baca sampai habis? Baca seterusnya pula.
Ini ditulis oleh orang yang sama. Cuma tidak di-viralkan hebat macam di atas.
Sudah faham?
(Saya tak letak ‘watermark’ pada gambar ini, kalau anda ejen Prudential saya halalkan anda copy paste. Semoga anda kaya dan berjaya)
Semoga di bulan Ramadhan ini, carilah kebaikan di dalamnya. Insha Allah, kebaikan akan dibalas kebaikan.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid