Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kebiasaan waktu pagi, sudah menjadi tabiat akan membaca beberapa artikel mengenai kehidupan, bisnes atau kewangan peribadi. Hari ini saya membaca mengenai Produktiviti Kerja dan hubungkait dengan apa yang kita makan.
Wow. You are what you eat! Memang betul, kan?
Tahun 2015, adalah tahun di mana saya berkira-kira dengan apa yang saya makan dan apa yang saya bersenam. Ianya sangat penting bagi saya, untuk meneruskan kelangsungan hidup seharian selain beribadah (itu wajib!).
Ianya ditulis oleh bangsa lain, tapi perhatikan kandungan mineral yang perlu kita ambil. Kita boleh selarikan dengan gaya pemakanan kita di Malaysia.
Jadi, berhati-hati kalau nak ‘ngap’ roti canai, roti telur atau karipap ke.
Saya doakan kita sihat selalu, dengan badan sihat dapat mencapai apa yang kita mahu dalam kehidupan singkat kita. Insha Allah.
Memberi untuk menerima.
Love.
Adib Yazid