Assalamualaikum.
Sudah menjadi lumrah, setiap insan untuk menjadi terbaik dalam bidang apa yang mereka lakukan. Seorang ayah hendak jadi bapa terbaik kepada keluarga. Atlet ingin merangkul emas, pelumba F1 ingin menjadi no.1 menghabiskan perlumbaan.
Siapa no. 2?
Tidak ada siapa akan menghiraukan siapa no. 2. Orang akan memandang siapa yang memegang no. 1. Sebab itu setiap operator Takaful, atau syarikat insurans akan berkata mereka no. 1. Cuma persoalannya, no.1 dalam kategori apa? Itu homework anda, untuk tahu mereka no. 1 dalam kategori apa.
Dalam majalah Smart Investor, bulan Jun 2015 telah menengahkan fokus utama kepada industri Insurans dan Takaful. Saya tertarik dengan penulisan Tony Goh pada laman 18.
‘Malaysia has emerged as one of the world’s largest family Takaful markets. With a proven model and regulatory clarity, the country is set to further build on this leadership position. – Tony Goh.
Senang cerita, industri ini sedang berkembang.
Persoalan Berbalik: Siapa No. 1?
Dalam industri ini, dia macam Games of Throne juga. Masing-masing bersaing untuk menjadi no. 1. Ada yang no. 1 dalam penjualan (Sales), ada no. 1 dalam produk inovasi (segi produk memang tip-top), ada no. 1 dalam hubungan dengan pelanggan (contoh: Trusted Brand) dan macam-macam lagi.
Jadi, setiap dari mereka boleh mengatakan mereka no.1!
Ada prospek tanya saya, apa insurans/Takaful terbaik di Malaysia? Sebenarnya, soalan itu sangat umum macam di atas. Pada pandangan saya, insurans/takaful terbaik adalah apabila si pemegang polisi ingin melakukan tuntutan, tuntutan itu berjaya.
The best policy is when claim is happened, it can be delivered.
Kadang-kadang saya minta prospek telefon mana-mana hospital swasta terkemuka, seperti KPJ, Pantai, Gleneagles atau Prince Court – tanya pada bahagian ‘billing’. Saya suruh mereka tanya pada pihak ketiga.
Kalau tanya saya, insha Allah saya akan bias – saya bersama dengan syarikat insurans no.1!
Siapa hendak jadi no.2? Saya pun tak tahu siapa no.2.
Semoga anda memilih polisi yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.
Salam sayang.
Adib Yazid