Tips dan Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful/Insurans – Bahagian II

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pada bahagian I tip dan panduan ringkas memilih kad perubatan Takaful/Insurans, saya kongsi pembacaan saya. Kebanyakan sentuh mengenai Faktor-Faktor yang perlu diambil kira, dan lebih utama mengenai kad perubatan Stand Alone dan Rider.

Tips dan Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful/Insurans – Bahagian I

Hari ini pula mengenai Ko-Takaful / Ko-Insurans dan Had Perlindungan (Tahunan/Seumur Hidup).


PERTIMBANGAN MEMILIH KAD PERUBATAN (Sambungan)

Ko-Takaful/Ko-Insurans atau Tidak Ko-Takaful/Ko-Insurans

‘Ko-‘ merujuk kepada plan kad perubatan yang memerlukan pelanggan membayar sebahagian kecil kos hospital apabila dimasukkan ke hospital. Ia selalunya 10% atau maksima RM1,000 daripada keseluruhan bil.

Contohnya, jika bil RM1,000, pelanggan perlu membayar RM100, jika bila bil RM10,000 pelanggang perlu bayar hanya RM1,000. Tapi jika bil hospital mencecah RM15,000 – pelanggan perlu bayar RM1,000 juga kerana 10% dari RM15,000 melebihi RM1,000 maka pelanggan hanya perlu membayar RM1,000.

Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful/ko-insurans, harganya lebih tinggi berbanding kad perubatan dengan ko-takaful/ko-insurans (perbandingan perlindungan yang sama).

Sebagai contoh, harga bagi kad perubatan tanpa ko-takaful/ko-insurans dengan nilai perlindungan RM50,000 setahun adalah RM150, manakala bagi kad perubatan dengan ko-takaful/ko-insurans pula adalah RM100 dengan perlindungan yang sama. Sebenarnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah termasuk kos perlindungan tanpa ko-takaful.

Kesimpulannya, setiap perkara yang lebih, ada harga yang perlu dibayar!

Adib Yazid Insurans Takaful Tips Kad Perubatan


Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup

Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Jangan mudah terpengaruh apabila ada perunding yang membuat promosi ‘Coverage RM1 Juta!’.

Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai ‘UNLIMITED’ atau tanpa had.

Nampak hebat tapi ketahuilah, menurut pengalaman orang lama yang 10 tahun dalam industri ini, belum ada lagi pelanggan yang sudah membuat tuntutan perubatan sebanyak RM1,000,000 seumur hidup.

(Nak bil hospital RM1,000,000 bermaksud anda kena masuk hospital setiap tahun selama 10 tahun bil tahunan adalah RM100,000. Orang yang dah kena bil RM100,000 biasanya adalah orang yang hampir mati. Jika ada yang sudah buat tuntutan RM1,000,000 melalui kad perubatan, saya nak jumpa. Nak tahu apa penyakitnya.)

Selalunya, had tahunan adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka had tahunan adalah RM100,000.

Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting adalah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat dengan segera adalah had tahunan.

Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta sekalipun!

Jadi, jangan terpengaruh dengan gimik had tahunan RM1 juta atau RM1 billion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.


(Bacaan Majalah Niaga Edisi ke 29, oleh Afyan Mat Rawi)

Semoga boleh membantu diri sendiri untuk memilih kad perubatan terbaik. Jika masih ragu-ragu, saya sudi membantu. Hubungi saya o19-366o319.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

3 Comments

  1. saya ingin membuat sedikit pembetulan disebabkan saudara Adib Yazid mengambil kata-kata penulis Afyan Mat Rawi.

    Ini quote “Jadi, jangan terpengaruh dengan gimik had tahunan RM1 juta atau RM1 billion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.”

    AIA Takaful ada meletakkan RM 1 juta malahan maksimum RM 1.5 juta sebagai had tahunan dengan rider MedBooster-i.

    Saya bukan membuat promosi atau mencari publisiti murahan, saya cuma menyatakan fakta dan pembetulan. Untuk fahami semua produk dalam semua pengendali takaful adalah agak mustahil tapi untuk mengetahui produk yang ada dalam takaful yang diceburi adalah lebih baik.

    Mungkin saudara Adib Yazid boleh melayari website aia: http://www.aia.com.my/en/
    ataupun
    blog saya sendiri.
    https://nurussalamaziz.wordpress.com/2015/06/02/ambil-tahu-tentang-kad-perubatan-anda/

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Terima kasih menambah.

      Saya tahu produk itu 2 minggu lepas. Apa kata fokus apa yang anda ada, dan fokus kepada siapa anda nak niagakan produk anda.

      Like

Leave a Comment