Assalamualaikum.
Langit tidak selalu cerah, kadangkala hujan ditengahari. Begitu juga kehidupan, ibarat roller-coaster, ada naik dan turun. Kalau mendatar anda koma! Cuba tengok graf denyutan jantung orang mati, mendatar atau naik-turun?
Ketika saya menulis ini, saya memfokuskan bacaan ini hanyalah untuk siapa yang sudah miliki insurans/takaful nyawa peribadi. Bukan tempat kerja punya, ianya adalah dibeli sendiri melalui tele-marketing atau menerusi ejen-ejen.
Rule of Thumbs: 10 kali ganda Pendapatan Setahun.
Paling ringkas, nilai insurans/takaful anda adalah 10 kali ganda dari pendapatan setahun. Misalnya, jadi anda sebulan adalah RM3,000. Setahun bermaksud RM36,000. Jadi nilai insurans/takaful yang sepatutnya anda perlu miliki adalah RM360,000. Sekarang, adakah polisi anda bernilai RM360,000? Atau lima kali ganda, RM180,000 (RM36,000 x 5). Atau, paling ciput adalah hanya sekali ganda dari pendapatan setahun iaitu RM36,000?
Jika tidak, bermakna anda masih dalam keadaan disebut ‘under-insured’. Dengan kata lain, anda miliki sebuah kereta Ferrari yang cantik, tapi anda mempunyai insurans kereta hanya seperti Perodua Myvi (maafkan saya, kalau bunyinya agak kasar).
Cara Alternatif Menilai Insurans/Takaful Nyawa, selain di atas.
Cara alternatif ini bukanlah satu perkara yang baru. Caranya sungguh mudah. Ianya bermula dengan analisis berapa jumlah kewangan yang kita perlu untuk mengekalkan gaya hidup keluarga kita andaikata kematian berlaku pada si tunjang utama keluarga (breadwinner).
- Pertama sekali, anggarkan perbelanjaan gaya hidup sekarang. Termasuklah hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang kuih muih dan sebagainya. (Elektrik, air dan gas perlu juga)
- Kedua, anggarkan perbelanjaan masa hadapan atau keperluan pada masa hadapan; 5 hingga 10 tahun lagi. Contoh, perbelanjaan anak bila masuk ke sekolah atau kolej, ataupun wang persaraan yang kita perlu.
- Kemudian, anggarkan atau kenalpasti punca pendapatan si breadwinner tadi. Sebagai contoh, duit KWSP, duit simpanan Tabung Haji ke, ASB ke, sewa rumah dari hartanah, duit polisi insurans (nilai tunai).
- Akhir sekali, anggarkan atau kira beza dan jumlah antara no. 1, no. 2 dan no. 3 di atas tadi.
Gunakan formula ini:
Nilai Insurans/Takaful yang Perlu Anda Miliki: ( A + B ) – C
Formula di atas hanyalah berdasarkan anggaran, faktor inflasi dan kenaikan interest tidak dikira sekali.
Ejen insurans anda mungkin menggunakan cara ini, untuk menilai jumlah insurans/takaful terbaik untuk anda (faktor bajet juga dikira, asalkan memenuhi keperluan anda). Ada cara lain, mempunyai nilai insurans/takaful yang hanya cukup untuk menampung hutang-piutang andaikata berlaku kematian.
Contoh, baki hutang kereta RM50,000 dan baki hutang rumah RM200,000. Maka, nilai insurans/takaful anda perlu RM250,000 sahaja – kalau bagi anda itu sudah mencukupi.
Cara alternatif lain, disebut sebagai capital preservation. Formulanya adalah begini; 300 kali pendapatan sebulan yang diperlukan dan dikali dengan dividend rate sebanyak 4%. Sebagai contoh, anda mahukan sebulan RM5,000, nilai insurans/takaful anda adalah sebanyak RM1,500,000 (300 x RM5,000). Di darab dengan 4% annual dividend rate (4% x RM1,500,000) ini akan memberi RM60,000 setahun atau RM5,000 sebulan.
Tiada salah atau betul, bagaimana anda mahukan selagi nilai insurans/takaful anda memenuhi objektif dan keperluan anda dan keluarga.
Sudah kira-kira, berapa yang perlu anda anda dalam insurans/takaful nyawa anda?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid