Mendidik Anak Mengenai Kewangan: Bukan Hanya Sekadar Duit Sahaja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang kita faham mengenai pendidikan kewangan, adalah hasil didikan dari dari ibu bapa kita. Saya percaya perkara itu. Ekonomi dari keluarga itu sendiri, akan merencanakan bagaiman seorang budak kecil pada 20 tahun akan datang berbelanja, pendapat mengenai wang, hutang dan mencipta wang (bisnes, misalnya).

Tidak hairan, hari ini ada budak umur 28 tahun bila dipesan ‘Ambillah, satu polisi untuk diri anda.’ – mereka menolak dan berkata ‘Nantilah, tanya mak dulu.’ Mak pula tak bagi ambil, sehinggalah kejadian tidak diingini berlaku. Tanggungjawab seorang ibubapa amatlah besar hari ini dalam mendidik anak-anak tentang kewangan peribadi.


IBU BAPA PERLU PETUNJUK / CARA

Anak-anak hari ini perlu mempunyai banyak duit untuk ditampung (walaupun ketika saya menulis ini belum mempunyai anak, saya tengok adik saya pun rasa ‘cuak’). Kebanyakan ibu bapa bekerja dan banyak habis menghabiskan masa di tempat kerja berbanding bersama anak sendiri. Disebalik kesuntukan masa, ibu bapa perlu mempunyai skill atau kaedah mendidik anak supaya bila besar lagi, tidaklah menjadi seorang yang boros.


TABIAT BERBELANJA SECARA BOROS SANGAT BERBAHAYA!

Duit adalah alat yang penting hari ini tapi boleh jadi satu alat yang menyakitkan hati, tidak boleh tidur malam. Duit perlu dicari dan disimpan, dilabur untuk masa hadapan. Tapi kebanyakan anak-anak hari ini – tidak kisah dari latar belakang keluarga kaya atau sederhana – membesar tidak kisah atau tidak risau mengenai duit, tidak membantu keluarga dari segi kewangan keluarga dan tidak menyimpan untuk perbelanjaan kemasukan ke kolej! Sejak kecil, tabiat berbelanja yang tanpa had akan menjadi satu tabiat yang sukar ketika mereka dewasa, sehingga menyusahkan ibu bapa sendiri pula.

Mereka membesar tapi tidak mampu menguruskan kewangan sendiri.

12882-boy-child-money-paperwork-stats.1200w.tn

Boleh jadi, ibu bapa juga mempunyai tabiat berbelanja yang boros. Mereka berbelanja terlebih mampu menghantar anak ke sekolah terbaik, menyediakan pakaian yang ‘branded’, bekerja sehingga hujung persaraan sehingga terlupa keperluan menyimpan untuk persaraan. Kita tak nak jadi manusia beratus ribu di luar sana yang belum bersedia untuk bersara, yang tak mampu untuk bersara lagi. Pada masa yang sama juga, tidak mahu menjadi ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mempunyai tabiat berbelanja yang baik bila mereka dewasa.


SOALAN UNTUK ANDA: ADAKAH ANDA BERBELANJA LEBIH DARI MAMPU PADA ANAK-ANAK?

Mari kita bermula. Adakah sebagai ibu bapa, membenarkan anak kita berbelanja lebih dari sepatutnya?

  1. Adakah awak membenarkan anak anda mempunyai telefon bimbit sendiri, dan membayar bil mereka tanpa bertanya kenapa amaun bil jadi sedemikian rupa?
  2. Pernah tanya pada anak, berapa kali pergi minum Chatime, lepak McDonald berbanding Milo di rumah?
  3. Ada tak baju dibeli untuk anak perempuan, tapi belum pakai lagi?

Sebagai seorang dewasa, kita perlu menyimpan 10 hingga 20 peratus dari jumlah pendapatan kita untuk persaraan. Kalau tiada buat begini, mungkin anda telah berbelanja lebih dari sepatutnya pada anak atau keluarga berbanding untuk diri sendiri – persaraan. Ya, hari ini sangat mencabar dengan kos sara hidup yang tinggi. Tapi ini hakikat yang perlu kita lakukan, mahu atau tidak – kena lakukan.Child-Financial-Literacy

Berbelanja Lebih Pada Anak Bukanlah Satu Jenayah

Berbelanja pada anak, bukan jenayah. Kita kena pandai-pandai menyukat perbelanjaan, tapi jangan sampai digelar kedekut pula. Ada perkara kita perlu bijak:

  • Berbelanja sedikit pada pakaian dan keperluan budak kecil berumur 1 hingga 7 tahun, kerana ketika itu pembesaran mereka berlaku dengan cepat. (Ada ibu bapa beli baju yang longgar banyak dari saiz baju anak, tak adalah nak beli baju setiap sebulan)
  • Untuk membelikan anak permainan, beli menggunakan ‘website’ seperti eBay. Banyak alat permainan yang murah. Atau rancang satu hari perbelanjaan permainan untuk anak.
  • Berkata TIDAK, TIDAK, TIDAK pada pembelian yang tidak dirancang (macam beli permainan tadi).

Bila kita berbelanja secara berhemat dan kurang, kita perlu juga mempunyai rancangan untuk memberi ganjaran pada anak dengan cara lain – sebagai satu pengajaran anak anda telah membantu anda dalam perancangan kewangan sendiri dan keluarga. Ya, adalah satu perkara sukar berkata TIDAK pada anak tapi jangan sampai menengking pula.

Insha Allah, anak anda bila besar akan berterima kasih atas didikan awal dan anda pula mampu bersara dengan sepatutnya.

Yakin, dan Yakin Seratus Peratus Anda Adalah Cikgu Yang Terbaik Tentang Pengurusan Duit

Adakah anda seorang guru urus duit yang baik? Ianya bukan kepakaran anda, tapi anda kena yakin anda yang terbaik. Keyakinan adalah asas kunci kejayaan peribadi. Manusia termasuklah budak kecil sekalipun, akan mempercayai anda bila anda berada dalam keadaan yang penuh berkeyakinan. Anda mahu ke jumpa doktor yang tidak yakin tentang profesion diri sendiri? Mahukah anak anda percaya pada anda kalau anda tidak yakin apa yang anda lakukan adalah betul?

Kalau anda tidak yakin, ini adalah peluang anda untuk belajar bersama-sama dengan anak-anak. Tidak kira berapa banyak duit anda, pertama sekali anda kena yakin tentang cara anda mengurus duit.

Dan… Bermulalah Dengan Serius, Juga Dalam Keadaan Positif.

Bila berfikir mengenai duit, hindari berfikir perkara yang negatif. Pemikiran yang negatif mempunyai pengaruh yang besar kepada diri sendiri, keluarga dan perkahwinan anda. Jika kita selalu berkata pekerjaan kita bosan, bosan, bosan – anak kecil kita tidak mahu bekerja pada masa hadapan. Kita kena hidup secara proaktif sebagai contoh terbaik kepada anak-anak.

Berhati-hati juga, bila seorang anak tanya pasal Matematik dan anda jawab ‘Ayah tak pandai Matematik la, nak!’ Ia akan memberi isyarat bahawa Matematik adalah satu subjek yang tidak penting. Bantu anak memahaminya walaupun kita lupa asas matematik. Sebab itu anda perlu menjadi ibu bapa yang berilmu.

Menjadi seorang yang positif adalah senang, jadilah seorang yang positif!

Jadi, sudah bersedia untuk mendidik anak mengenai kewangan?

Insha Allah saya sedang cuba menulis tips-tips terbaik bagaimana hendak mendidik generasi anak kecil hari ini tentang kewangan melalui pembacaan buku bertajuk ‘Bringing Up Money Smart Kids’ oleh Adam Khoo dan Keon Chee.

[Sumber Gambar: Google]

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

2 Comments

  1. Ammar M says:

    lagi2.

    Like

  2. Adib Yazid says:

    Insha Allah. Bakal menyusul.

    Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s