Perbandingan: Kad Perubatan Stand Alone dan Kad Perubatan Rider

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, blog ini telah mencapai 1,000 view sehari selepas entri mengenai ‘Penipuan Prudential’. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, kepada yang ‘share’ apa yang sepatutnya perlu di share.

Disebabkan itu juga, ada beberapa rakan saya terbuka mata mengenai kad perubatan dan jenisnya. Jenis? Ya, bila bercakap mengenai kad perubatan ada dua jenis:

  1. Kad Perubatan Stand Alone.
  2. Kad Perubatan Rider (sebagai rider).

Jadi, apa beza kedua-duanya?


Kad Perubatan Stand Alone

Ciri Utama: Produk kad perubatan tanpa perlu diambil bersama produk lain (hanya mempunyai faedah kemasukan hospital sahaja, tiada elaun, tiada pampasan sakit kritikal atau kematian).

Kelebihan: Harganya lebih rendah berbanding kad perubatan rider (kerana tidak perlu diambil bersama pelan asas).

Kekurangan: Tiada nilai tunai (cash value) disebabkan harganya yang rendah, harga meningkat dengan jarak umur 5 tahun dan jika terlepas bayaran sumbangan / premium, ia akan luput (lapse).


Kad Perubatan Rider

Ciri Utama: Pelan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah pelan tambahan kepada produk asas.

Kelebihan: Mempunyai nilai tunai (cash value) sebab harganya yang tinggi, boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver‘ (ada syarikat insurans menawarkan ‘contributor‘) iaitu pelupusan sumbangan, tidak perlu mencarum apabila pemegang polisi berlaku sakit kritikal. Harganya tetap daripada ia diambil sehingga tempoh matang dan sekiranya terlepas pandang terlupa membayar, ia boleh dibayar dari nilai tulai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai.

Kekurangan: Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas dan akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh maka kad perubatan akan turut tamat (kebanyakan syarikat Takaful / Insurans hari ini menambah rider lain untuk mengelakkan kekurangan ini).


Jika tanya saya, mana satu yang saya akan ‘offer’?

Saya lebih gemarkan memberi kad perubatan rider atas beberapa sebab:

  • Tak semua mampu membayar polisi sendiri, tepat pada masa tertentu. Ada kalanya memerlukan belanja ketika raya / mula persekolahan. Polisi akan hidup lagi dengan nilai tunai dalam polisi tersebut.
  • Harga yang tetap pada jangka waktu yang lama. Tak adalah sekejap sekejap naik harga! Minyak naik 20 sen orang dah nak mengeluh, cuba tanya siapa pemegang kad perubatan stand alone, sekali naik berapa ringgit?
  • Perlindungan-perlindungan lain seperti pampasan penyakit kritikal, kemalangan kecil yang tidak memerlukan kemasukan hospital juga penting. Kenapa tidak sekali kan?

Ada beberapa sebab lagi, yang saya akan kupas.

Jadi, tanyalah ejen anda ‘Apa jenis kad perubatan anda?’. *Lepas ini phone saya akan mula berdering banyak kali.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s