Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam yang menjadikan langit dan bumi. Ramadhan sudah hampir ke pertengahan, menjadi ukuran peluang untuk mendapat rahmat Allah dalam bulan penuh keberkatan itu semakin hari semakin hampir ke garisan penamat.
Astaghfirullah.
Masyarakat hari ini sukar lari dari hidup berhutang. Masakan belajar pun sekarang perlu berhutang; PTPTN, Mara dan sebagainya. Saya sendiri pun dalam keadaan berhutang. Dalam penulisan oleh Shamsudin Kadir (www.shamsuddinkadir.com) menulis sedikit tentang hutang.
Benar kata Nabi Muhammad S.A.W. bahawa hutang itu menghilangkan ketenangan. Kerana hutang kita dihimpit dengan pelbagai perasaan. Minda menjadi semakin tertekan, perasaan kira menjadi gelisah. Memikirkan bebanan hutang yang tidak mampu kita bayar secara terdekat. Fikiran menjadi tidak menentu, pandangan kabur, kerja di pejabat ‘tergendala’.
Hutang bayaran ansuran tidak merisaukan kita apabila ianya dapat ditunaikan apabila setiap kali mendapat wang gaji.
- Bagaimana dengan ansuran pinjaman yang sudah tertunggak beberapa bulan?
- Bagaimana dengan bil-bil elektrik, air, telefon untuk beberapa bulan yang sudah tidak berbayar?
- Bagaimana dengan panggilan telefon dari bank, meminta-minta?
- Bagaimana dengan surat peringatan daripada bank?
- Bagaimana dengan surat saman?
- Bagaimana dengan hutang kad kredit?
Semua itu memerlukan duit untuk menjelaskan. Hutang darah dibayar dengan darah, inikan hutang duit sudah pasti dibayar dengan duit, itu kata bank.
Jika dahulu hidup tidak sampai ke tahap ini, bayangkan boleh menjadi dair apabila minyak petrol hari ini senang-senang nak RM0.20 (dah macam hape entah). Ini adalah luahan sebahagian yang berhadapan dengan bebanan hutang yang telah tertunggak. Sebaiknya, tenangkan fikiran kita, jika boleh cuba ingat masalah yang besar yang pernah melanda hidup kita yang kita pernah rasakan ianya akan menghancurkan kira.
Cuba lihat sekarang, kita masih selamat, masalah itu sudah berakhir. Begitu juga dengan hutang, tenangkan fikiran dan pada yang sama cari ikhtiar – berusaha.
Beberapa tips yang boleh dipakai:
- Ubah gaya hidup kita. Contohnya, berhenti minum air selain ais kosong ataupun air suam diluar.
- Beli barangan dapur menggunakan tunai bukannya kad kredit – jika ada tabir kurang elok menggunakan kad kredit. (Kalau anda mampu mengawal diri menggunakan kad kredit, tiada masalah)
- Hentikan membeli barangan / servis yang di luar kemampuan kita. Contohnya, suratkhabar, majalah, saluran TV berbayar.
- Kurangkan ‘window shopping’, cari aktiviti beriadah seperti membawa keluarga ke tasik atau taman-taman berhampiran.
- Downgrade barangan keperluan daripada yang berjenama A kepada jenama C dengan syarat ianya masih halal, berkualiti dan harga yang lebih rendah.
- Bentangkan belanjawan baru di meja makan, wajibkan seluruh ahli keluarga yang sudah boleh ‘berfikir’ (4 tahun ke atas) untuk turut sama menyediakan dan mengamalkan apa yang telah dipersetujui bersama.
Sebenarnya banyak lagi tips-tips bagi menangani masalah hutang.
Jika kita tidak menjadi tuan kepada duit, kita terpaksa menjadi hamba kepada hutang. Nauzubillah.
Adakah anda mampu tidur malam dengan hutang yang sedia ada, sekarang?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment