Assalamualaikum dan selamat pagi. Sila baca artikel ini dulu sebelum membaca apa yang saya hendak sampaikan: Over 80% of Malaysians Worry About Not Having Enough for Retirement.
[Sumber: HSBC]
Ini adalah perkara yang sangat-sangat serius pada hari ini, kalau anda berumur dalam lingkungan 20-an – ya, anda belum dalam golongan nak risau sangat tapi pada usia anda adalah waktu yang sesuai merancang persaraan. Perancangan persaraan merupakan matlamat jangka masa panjang yang perlu dilakukan oleh setiap orang. Persiapan persaraan hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, mempelbagaikan pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengambil makanan yang seimbang. Anda boleh merancang persaraan anda seperti cara biasa orang lain lakukan;
- Mempunyai simpanan yang banyak dalam unit trust seperti Amanah Saham Bumiputera, Tabung Haji dan lain-lain.
- Mempunyai deretan rumah sewa yang banyak – kutipan rumah sewa mampu menyara kehidupan bersara anda.
- Mempunyai bisnes yang sudah berjalan secara auto-pilot – menikmati hasilnya sahaja.
- Mempunyai saham-saham Bursa yang sudah dilaburkan 20-30 tahun yang lalu. Bila-bila masa boleh jual untuk dapatkan wang.
Tapi, sebenarnya ada satu cara lain merancang persaraan – menggunakan insurans hayat.
Bilakah saya perlu mula merancang untuk Persaraan?
SECEPAT MUNGKIN! Ya, anda perlu bermula sebaik sahaja anda mula bekerja kerana masa adalah emas. Anda mahu menikmati manfaat daripada faedah kompaun dengan memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan anda dan melaburnya setiap bulan. Anda boleh bermula dengan beberapa jumlah yang ada dan lama-kelamaan anda mungkin akan terkejut melihat jumlah itu bertambah dengan kuasa faedah kompaun. Seperti kata peribahasa Melayu; ‘Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!’
‘The Eight Wonder in this world is compounding dividend’ – Unknown
Tidakkah wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya mencukupi?
Jika anda mengikuti laporan daripada KWSP, anda akan tahu bahawa anda tidak boleh bergantung semata-mata pada wang KWSP. Ia mungkin mencukupi untuk menampung keperluan asas dan untuk masa yang terhad sahaja.
Pernah dilaporkan bahawa pada puratanya seseorang ahli KWSP itu akan membelanjakan semua wang KWSPnya dalam tempoh tiga thun pertama persaraannya! Walaupun anda menyimpan secara berterusan dalam KWSP, anda juga haru menambahnya dengan simpanan dan pelaburan anda sendiri jika anda mahu memiliki gaya hidup persaraan yang anda idam-idamkan.
Bagaimanakah saya hendak merancang untuk Persaraan saya?
Anda boleh bersara begitu sahaja, itu tidak berbuat apa-apa dan berharap yang terbaik, atau bersara dengan perancangan yang teliti dan menikmati gaya hidup persaraan yang anda impikan. Yang mana anda lebih suka? Secara mudahnya, anda boleh mengikuti perancangan Persaraan dengan tiga ‘P’ yang berikut:
- Place (Tempat) – Tentukan di mana anda mahu bersara.
- Price (Harga) – Anggarkan kos gaya hidup yang anda ingini.
- Plan – Buat perancangan yang realistik untuk mencapainya.
Bagaimanakan Insurans Hayat menolong saya dalam Perancangan Persaraan saya?
Tujuan utama insurans hayat ialah untuk melindungi punca pendapatan keluarga anda. Di sini, anda boleh menggunakan insurans hayat untuk memastikan kehidupan pasangan anda terjamin pada persaraannya dan merancang jumlah yang diperlukan sekiranya anda tiada lagi.
Selain itu, terdapat juga beberapa pelan yang mengandungi unsur simpanan yang anda boleh digunakan untuk merancang bagi dana persaraan anda sendiri. Ia seperti pelan dua dalam satu, iaitu jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda, keluarga anda dilindungi. Tetapi jika tiada apa yang berlaku, anda akan dapat mengeluarkan wang daripadanya suatu hari nanti untuk menambahkan dana persaraan anda.
Apa Jenis Insurans Hayat yang sesuai untuk Persaraan saya?
Jenis pelan yang paling biasa untuk tujuan persaraan ialah pelan Anuiti. Pada dasarnya, pelan Anuiti menyediakan anda pendapatan bulanan apabila anda bersara untuk sepanjang hayat anda atau sehingga tempoh masa tertentu. Walau bagaimanapun, produk ini belum banyak ditawarkan di negara ini sekarang tetapi akan bertambah popular pada masa akan datang.
Ada banyak lagi pelan yang sesuai, kalau saya cerita semua pun bukan semua akan faham. Saya masih ternanti-nanti pelan Anuiti yang terbaik ada di Malaysia. Baru-baru ini saya terbaca mengenai buku ‘0.001 percent Billionaire playbook’ – anuiti adalah satu cara paling terbaik merancang persaraan.
Apa yang saya tulis adalah sebahagian bacaan saya dalam majalah Ringgit keluaran Bank Negara Malaysia. Apa-apa pun untuk penerangan lanjut mengenai cara merancang persaraan menggunakan Insurans Hayat, sila hubungi saya. o19-366o319
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid