Baru je lepas bulan enam, bulan percukaian. Ianya bagi sesiapa yang bukan tergolong kategori bekerja di syarikat / kompeni yakni ‘makan gaji’. Bulan enam untuk kebanyakan macam saya, bisnes Insurans / Takaful, berdasarkan komisyen atau yang mempunyai bisnes lain seperti kedai dobi, makanan ataupun percetakan (contoh).
Kebetulan ter-skrol bacaan mengenai percukaian, lalu keluarlah pasal cukai ini di Newsfeed FB saya.
Mari saya kongsikan, ianya asal dari Wall Firdaus Yasin.
17 perkara saya belajar tentang cukai daripada Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal Mat.
Sudut pandang sebagai seorang usahawan.
1. Malaysia merupakan negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular. Agama islam sebagai agama rasmi. Secara logik,negara islam tidak mengutip cukai.
2. Cukai adalah diantara sumber pendapatan negara. Ada direct tax dan juga indirect taxes
3. Semakin banyak bayaran cukai dibuat, semakin tinggi loan yang kita boleh dapat. Ini kerana cukai ditaksir atas pendapatan.
4. Usahawan perlu fikir berapa banyak duit yang perlu dibuat berbanding berapa banyak cukai yang perlu dibayar.
5. Asingkan zakat sebagai bayaran daripada gaji peribadi, itu lebih baik. Untuk syarikat, bayar kedua-dua sekali- cukai dan zakat
6. Pihak bank akan lebih memberi point yang tinggi kepada pembayar cukai yang banyak. (Lebih mudah untuk mendapat loan)
7. Pendapatan lebih Rm48,000 setahun sudah dikenakan cukai. Tapi ambil kira semua perlepasan (relief)
8. Walaupun pendapatan yang diterima kurang dari Rm3,000 setahun,setiap orang perlu submit penyelarasan cukai tahunan pada LHDN.
9. Walaupun pada waktu itu kita masih belum mampu membayar cukai,submit pada LHDN untuk rekod pada mereka.
10. Ketiadaan rekod pada LHDN akan menyukarkan kita untuk membuat pinjaman bank. Itu dokumen penting yang pihak bank akan lihat.
11. Sekiranya permohonan pinjaman kita ditolak oleh pihak bank,mohon semak semula, berapa banyak cukai yang telah kita bayar?
12. Duit yang banyak di dalam akaun bukan jaminan utama boleh mendapat loan.
13. Sekiranya kita belum pernah membayar cukai,berhati-hati dengan populariti. (Ada pihak yang akan memerhati)
14. Segala rekod urusan jual beli dan transaksi jualan harus disimpan selama tujuh tahun. (Untuk simpanan sekiranya pihak LHDN datang untuk membuat audit)
15. Segala bentuk pendapatan yang masuk akan dikenakan cukai. (Gaji,komisyen,Elaun,Bonus,Sewa)
16. Dividen tidak dikenakan cukai kerana ianya keuntungan bersih selepas ditolak cukai.
17. Berhati-hati dengan pembelian kereta atau rumah secara tunai sekiranya kita belum pernah membayar cukai.
(Kemungkinan untuk pihak LHDN membuat lawatan adalah tinggi)
Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai penyumbang pendapatan negara.
P/s : Semakin banyak SHARE, semakin banyak saya akan kongsikan lagi.
Dalam buku Tony Robins mengenai MONEY, antara cara pantas untuk mencapai kekayaan adalah pengurusan cukai. Saya akui, ianya adalah bahagian yang saya masih belajar untuk baiki dari masa ke semasa.
Lagipun dulu bayar cukai sebagai ’employee’ pada bulan empat setiap tahun. Sekarang dah lain, permainan pun ye pun dah lain.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid