Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dua tiga hari ini, ada fikiran menggangu saya. Ini punca saya menonton TED Talks mengenai gaya seorang introvert. Sila google sendiri, anda tahu apa maknanya nanti. Disebabkan video itu, saya mencuba pelbagai ujian penentuan ‘adakah anda seorang introvert atau extrovert’, bukan satu tapi sepuluh kali!
Sebenarnya saya seorang introvert. Haha.
Saya mengikuti seseorang yang berjaya dalam FB iaitu Encik Roslan Ab Hamid (rasanya dia seorang datuk). Sudah semacam satu ‘attraction’, asyik membaca pasal introvert, beliau menulis beberapa perkara tentang introvert. Saya copy paste sahaja dari FB Wall beliau.
LEADERSHIP: APAKAH ORANG INTROVERT BOLEH JADI PEMIMPIN?
Orang introvert adalah mereka yang tidak selesa berlama lama dikhalayak ramai. Mereka mahu kembali kedalam “gua persembunyian” untuk re -charge diri mereka. Gua itu selalunya balik ke rumah sendiri.
Orang introvert lebih mahir menganalisis, mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan sentiasa buat introspeksi diri . Mereka selalu disalah anggap tidak berkeyakinan, pemalu dan rendah diri.
Hakikatnya mereka jimat perkataan dan lebih suka diam dari bercakap bukan bukan. Mereka tidak pandai menunjuk nunjuk. Namun mereka adalah pendengar yang baik dan dapat menyedut maklumat tepat. Mereka pintar bercakap dalam kumpulan kecil yang telah dikenali dan mereka hanya memperkatakan perkara besar sahaja.
Perbincangan seorang seorang ataupun dalam kumpulan yang tidak melebihi 5 orang begitu membantu orang introvert untuk menyerlahkan bakatnya.
Media sosial juga membantu orang introvert. Mereka tidak cepat mesra, namun mereka ada upaya luar biasa memperkatakan sesuatu dengan fasih dan sempurna.
Teknologi telah menjadikan orang introvert mudah menyampaikan sesuatu dan nyata apa yang disampaikan oleh mereka berisi dan bererti.
Kebolehan berinteraksi satu sama satu, mahir mendengar, teliti pada perkara details serta upaya empati yang tinggi membolehkan orang introvert mendapat hasil keputusan yang lebih cepat dari orang extrovert dan menjadikan mereka usahawan dan pemimpin pilihan pada masa depan.
Ada 7 cara orang introvert boleh praktikkan apabila berada tempat ramai.
1. Pilih seorang dua untuk berkenalan. Cukup. Lebih baik persahabatan yang tertambat kuat dengan bilangan kecil dari huha huha degan puluhan orang.
2, Berlatih. Rangka apa yang mahu dikatakan lebih awal. Ini menjadikan kita tidak canggung masa di khalayak.
3. Tetapakan edah masa untuk kita berada dalam satu satu majlis. Lebih dari 30 minit menjadikan orang introvert mula rasa letih lantaran energi mereka sudah disedut oleh keramaian orang dalam majlis tersebut.
4. Kelemahan orang introvert adalah mereka tidak boleh perkenalkan diri sendiri. Minta orang lain jadi introducer.
5. Sentiasa emphatetic listening. Mendengar dengan empati. Orang akan suka pada orang introvert sebab mereka adalah pendengar yang baik.
6. Kongsi cerita peribadi. Latih diri pandai bercerita.
7. Praktis. Alah bisa tegal biasa. Hadir majlis demi majlis. Lama lama kita kan biasa. Kerap mengopi dan mengeteh dengan orang yang dikenali lebih dahulu.
Roslan Ab Hamid
Alhamdulillah, walaupun saya seorang introvert ada yang masih percaya saya, menjadikan saya ejen insurans yang memberi servis kepada mereka, atau keluarga mereka.
Anda seorang introvert atau extrovert? Kalau bukan introvert, tak nak kawan lah!
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid