Assalamualaikum. Semoga segalanya bermula dengan rahmat Allah SWT.
Pada permulaan saya, secara jujurnya saya selalu mengalami masalah tidur. Saya selalu bangun lewat, dan menyalahkan diri kerana tidak cukup tidur atau badan kurang ‘fit’. Sejak dari tahun 2013, saya selalu tertanya-tanya mengenai pattern tidur, bagaimana menguruskan masa untuk tidur dan apa sahaja mengenai tidur.
Alhamdulillah, pada Februari 2015 saya belajar sesuatu mengenai tidur ketika menghadiri seminar Dr. Azizan, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan. Saya memang setuju, tidur memainkan peranan penting dalam kejayaan kendiri orang itu.
Ini adalah penulisan seseorang mengenai tidur, saya simpan sebagai rujukan:
Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan pendapatnya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba. Saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3 pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya “tanpa rela” sering tertidur pada pukul 9 malam. Seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2 pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar, lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya, tanpa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal. Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman sekarang ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2 pagi, itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat ‘Baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan ‘Jamat’ dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat ‘Alzheimer’ dan permulaan ‘Dementia’, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Wallahualam.
Penulisan ini saya jumpa di FB, menyebabkan saya tercari-cari penulisan sebenar oleh Dr. Hamza Al-Hamzawi mengenai tidur. Ada beberapa penulis akhbar telah menceritakan kepentingan tidur berdasarkan penyampai Dr. Hamza itu sendiri.
Tidur lena beri 80 peratus kelebihan.
Memahami konsep tidur sebagai pejuang, Dr Hamzah Al-Hamzawi, dalam artikelnya berjudul Seni Tidur menyatakan tidur berkualiti itu dipilih bermula dari jam 10 malam hingga 1 pagi. Katanya, kajian mendapati tidur lena pada waktu itu memberikan 80 peratus kelebihan berbanding waktu tidur yang lain. Pejuang yang menggunakan waktu tidurnya dengan berkualiti dapat menghasilkan cas tenaga bekerja berkualiti. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.” (Surah al-An’am, ayat 60)
Manfaat waktu tidur.
Manusia merancang tidur yang berkualiti, Allah SWT mendidik hamba-Nya untuk memanfaatkan masa tidurnya. Dalam sejarah, Allah SWT pernah menidurkan pemuda Ashabul Kahfi yang dianggap sebagai tidur kemenangan. Firman-Nya yang bermaksud: “Allah (Yang Menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (Surah az-Zumar, ayat 42) Orang beriman meyakini tidur itu adalah cara Allah SWT mematikan seketika hidupnya. Ulama dan saintis Islam juga percaya kualiti waktu tidur menghasilkan kuantiti kerja yang berkesan. Justeru, bagi memastikan setiap pekerjaan berkualiti dan tidur kita diredai, hayatilah cara tidur pejuang Nabi dan Rasul Allah SWT.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57454
Jadi, jagalah kualiti tidur anda. Insha Allah anda akan berjaya dunia dan akhirat.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid