Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya tak pernah menghabiskan apa-apa larian, merentas desa ke apa ke dari umur kecil sehingga umur saya 28 tahun! Saya tak tahu kenapa saya merasakan saya perlu berlari sekarang. Ini semua gara-gara saya menonton filem Forest Gump. Siapa pernah tengok filem ini tahu scene yang paling popular:
‘Run, Forest, Run!’
Mari saya kongsikan, 10 kebaikan senaman lari.
1. Menajamkan Pandangan Mata.
Orang yang berlari 56KM dalam seminggu, cenderung berhasil mengelakkan risiko terganggunya penglihatan mata kerana faktor usia hingga 54% jika dibanding dengan mereka yang berlari hanya 16KM.
2. Menjaga Jantung Dengan Baik.
Pelari yang dengan tetap berlari sejauh 16KM dalam seminggu akan 39% lebih jarang mengalami gangguan tekanan darah. Mereka juga akan jarang mengumpul kolestrol dalam pembuluh darahnya hingga 34%.
3. Mendorong Rasa Ghairah.
Pelari lelaki yang membakar sebanyak 3,000 kalori seminggu dari aktiviti berlari selama 5 jam akan menjauhkan dirinya dari disfungsi ereksi hingga 83%.
4. Menguatkan Tulang.
Jisim tulang para pelari ternyata lebih baik dari atlet aerobik lain, demikian menurut University of Missouri. Para peneliti membandingkan kepadatan tulan para pelari dengan penunggang motor. Sejumlah 63% penunggang mempunyai jisim tulang kurang baik, sedangkan pelari hanya 19%.
5. Lancar Berfikir.
Sebuah penelitian yang dilakukan kepada para pekerja di England mengungkapkan bahawa rutin berlari jarang melakukan kesalahan / kesilapan dalam pekerjaan, memiliki konsentrasi yang baik dan lebih produktif berbanding yang lari hanya sekali sekala.
6. Bebas dari Pendek Akal (Dementia)
Journal of American Geriatric Society melaporkan, perempuan yang dari remaja sudah rajin berlari sukar menghidap dementia pada usia senja.
7. Tidur Lebih Lelap
Para insomnia yang diminta untuk berlari berhasil mempercepat waktu tidurnya hingga 17 minit berbanding semasa mereke tidak berlari. Tidur mereka juga lebih nyenyak, walaupun pada keesokkan hari.
8. Jarang Terkena Flu (Selsema)
Sebuah kajian di Sweden mendapati pelari yang berlari sejam setiap hari akan berhasil menjauhi diri dari serangan virus flu hingga 18% berbanding yang tidak berlari.
9. Bernafas Lebih Lega
Penelitian yang dilakukan kepada penghidap asma yang diminta untuk melakukan senaman lari dan senaman kekuatan dalam seminggu secara berganti berhasil mengurangi serangan asmanya setelah 3 bulan. Para responden mengaku bernafas lebih lega dan imun tubuh lebih kuat.
10. Panjang Umur
Hasil pengamatan terhadap 22 kajian mengungkapkan, orang yang berlari 2.5 jam dalam seminggu akan mengurangkan risiko meninggal dalam usia muda hingga 19%. Penelitian lain pula mendapati orang yang aktif bersenam akan mengurangkan risiko meninggal dalam usia muda hingga 50%.
[Sumber: Fat Burner Mega]
Banyakkan faedah berlari? Jom berlari!
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid