Larian Secara Konsisten : Pemilihan Kasut Running Yang Sesuai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini, saya ada kongsi tentang saya beli kasut baru. Apa-apa pun kita tukar, atau ubah pada sesuatu yang penting akhir sekali adalah – kesan (result). Apa result yang saya dapat bila saya bertukar kasut?

Baca: Pengalaman Memilih Kasut Berlari : Brooks Adrenaline 15

Team Malaysia Run Ini adalah larian 10KM Team Malaysia Fan Run. Cuba tengok naik turun graf ini. Sepanjang larian ini, saya banyak bertukar-tukar pace (rentak). Sekejap perlahan, sekejap laju. Adakalanya saya berjalan. Senang cerita, saya tak konsisten. IM4U Run For Cause Pertama sekali, bahagian belakang graf itu sila abaikan. Itu kesilapan bodoh saya tak matikan Vivosmart saya. Eksited sangat, sebab dapat habiskan di bawah 1 jam 30 minit. Ini adalah larian IM4U Run For Cause, 10KM juga. Perubahan yang utama saya buat adalah menukar kasut baru. Oh lupa, jangan terus pakai kasut baru pada hari larian. Bahaya. Kena 5-6 kali berlari pakai kasut baru – lepas itu baru sesuai. Saya masih berlari dalam keadaan pace yang rendah (bagi saya masih rendah). Tapi perkara yang menakjubkan bagi saya adalah – saya sudah boleh berlari secara konsisten. Saya ulang semula, apa yang saya ubah adalah hanya tukar kasut. Teknik bernafas, pace, permukaan larian, waktu/cuaca dan jarak masih dalam keadaan yang sama. Dari segi masa, pada larian Team Malaysia Fan Run – saya berlari 1 jam 33 min. Berbeza pula pada larian IM4U Run For Cause – saya berlari 1 jam 20 min. TM Fan Run IM4U Ini adalah eksperimen saya mengenai pertukaran kasut sahaja. Saranan saya, pilihlah kasut yang sesuai untuk memulakan larian anda. (Cakap macam jurujual kasut plak!) Memberi untuk menerima. Adib Yazid

1 Comment

  1. Merah says:

    terdapat faktor lain yang membezakan catatan masa anda di event Team Malaysia Fan Run dan Reach out Run…

    1- faktor cuaca… event Team Malaysia Fan Run bermula lewat… matahari sudah tertegak di kepala… agak panas jika dibanding kan dengan hari event reach out run yang bermula dengan hujan renyai2…

    2- faktor hilly route (berbukit)… Route Team Malaysia Fan Run agak hilly or lebih incline jika dibandingkan dengan route reach out run… Bila ada bukit, sudah tentu pace akan drop a bit…

    3- faktor peserta… Event Team Malaysia Fan run ada kategori 15K, 10K dan fun run, manakala event reach out run hanya ada 2 kategori iaitu 10K dan fun run… Jumlah peserta pastinya lebih ramai di event Team Malaysia Fan Run… jalan raya crowded dengan peserta dimana route 15K, 10K dan fun run bercantum… Sudah tentu ianya menyukarkan utk mengekalkan pace.. terpaksa lari zigzag utk melepasi kuantiti peserta yg terlalu ramai…

    Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s