Postur Badan yang Betul Ketika Berlari – Menjimatkan Tenaga, Mampu Pergi Jauh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya sebenarnya pelik pada awal saya mula berlari. Bagaimana seorang manusia boleh berlari sejauh marathon 42KM, ada yang sampai 50KM malah ada dengar 100KM (ultra marathon). Tak penat ke? Apa yang membezakan saya dan mereka.

Dulu berlari 5KM dah rasa badan dah penat, peha nak cramp. Rasa tak cukup nafas. Semua ini berlaku sehinggalah ketika saya tengah berlari, saya ditegur oleh pelari London Marathon.

Adib Yazid Marathon

Paling penting adalah keadaan badan – kita perlu berada dalam keadaan badan yang tegak dan tegap, untuk memastikan beban badan tidak berada di depan (punca kaki cepat letih). Ia juga menambah kapasiti udara masuk ke dalam badan. Kalau bahu jatuh dan dalam macam stress ke depan, menyukarkan pernafasan – anda memerlukan tenaga lebih untuk bernafas. Padahal tenaga penting untuk berlari!

Tips paling utama adalah: Berlari dengan perasaan bangga, yang anda sedang berlari. Mata lihat tepat di depan, fikirkan umpama sudah sampai di garisan penamat. Jangan lihat pada lantai!

Kesimpulannya, gambar di atas adalah terbaik untuk menerangkan apa yang saya nak cakap.

Susahlah nak ‘explain’!

Lepas ini saya akan bagitahu bagaimana teknik pernafasan yang saya amalkan, untuk mengelakkan rasa cepat penat (teknik penjimatan tenaga melalui pernafasan).

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s