Lahirnya Seorang Bayi, Ada Satu Perkara Sebagai Ibu Bapa Kena Lakukan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kehidupan manusia adalah sangat indah – masuk ke sekolah, membesar, belajar di universiti, mula bekerja, berkahwin, mempunyai anak dan bersara. Akan tetapi, keindahannya itu ada turun naik. Itu satu kepastian, kita pasti akan bertemu dengan kesakitan, kesempitan, kepayahan dan paling ‘worse’ adalah kematian – keluarga sendiri, kawan-kawan atau sesiapa anda kenal.

Melihat ibubapa lain, mengendong anak kecil baru lahir – saya yakin walaupun saya belum merasai lagi, ianya adalah satu perasaan yang hebat. Masakan, ada kawan saya mengambil cuti yang lama kerana bersungguh menjaga bayi kecil itu!

Sudut Pengurusan Kewangan: Penjagaan si Bayi

Pada awal kelahiran, itu waktu sibuk untuk si bapa. Menguruskan pendaftaran surat beranak terutamanya. Belum lagi, kalau demam kuning. Mahunya kena ke sana sini, cari penawar (susu kambing).

Di sini, saya ada tips yang perlu beri kepada ibu bapa lain: Setiap kali saya melihat kawan-kawan lain, atau pelanggan-pelanggan lain yang baru sahaja mempunyai bayi – perkara RUTIN dan PERTAMA saya pesan adalah menyediakan pelan perubatan Kad Medikal untuk anak anda.

Tak Terlalu Awal?

Lagi awal, lagi lah bagus. Di saat lahir, itu adalah saat (insha Allah) keadaan bayi dalam keadaan betul-betul sihat dari sudut pengurusan risiko kewangan Insurans / Takaful. Ianya adalah peluang yang sangat besar untuk mereka jaga kesihatan bayi dan kewangan anda sendiri, jikalau berlaku apa-apa kecederaan atau penyakit selepas itu dibiyai oleh pihak syarikat Insurans / Takaful.

Risiko Bayi Berumur Bawah 5 Tahun

Pengalaman cetek saya dalam industri ini selama 3 tahun, saya boleh katakan bayi akan mula meragam dari segi kesihatan bila sahaja bermula umur 6 bulan ke atas. Demam terutamanya. Anak berusia bawah lima tahun adalah satu umur di mana berisiko tinggi dan mudah sakit hingga perlu memerlukan rawatan yang khusus di hospital.

Paling biasa, kerana viral fever, demam denggi ataupun masalah pernafasan (bronchitis) dan pneumonia.

Adib Yazid Penyakit Bayi Kad Medikal

Ini adalah lima penyakit juvenil berkaitan penyakit-penyakit yang kritikal. Saya berdoa bayi-bayi anda sihat selalu.

Pelan Kad Medikal + Pelan Pendidikan

Polisi insurans / takaful hari ini kebanyakan direka khusus sebagai instrumen yang boleh menyimpan dan menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur yang anda mahu anak anda masuk ke universiti / kolej (rutinnya, adalah 18 tahun hingga 25 tahun). Di tambah pula dengan pelan kad medikal, sebagai ibu bapa anda tidak mengalami ketirisan wang menghabiskan ke perubatan. Wang itu boleh disalurkan ke pendidikan anak-anak.

Kebaikan pelan ini juga, menyediakan manfaat pembayar, di mana memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah:

  1. Meninggal dunia;
  2. Di diagnosis penyakit kritikal atau;
  3. Hilang upaya kekal dan menyeluruh;

Anak anda akan mempunyai akses dana pendidikan seperti yang dirancang. Dalam kata lain, walaupun salah satu TIGA kejadian di atas berlaku dana pendidikan dan kad medikal si anak masih ‘hidup’ atau ‘bergerak’.

Kesedaran Yang Perlu Ini Semakin Meningkat

Kos mempunyai anak hari ini semakin meningkat. Itu perlu diakui – kos pendidikan yang tinggi dan kos perubatan yan meningkat. Kebanyakan ibu bapa sedar akan perkara ini. Keadaan ini berikutan keperluan gaya hidup semakin tinggi atau faktor ekonomi lain.

Kos-kos ini boleh mengakibatkan ibu bapa menanggung beban kewangan yang tinggi jika keadaan anak memerlukan rawatan perubatan dan kemasukan anak ke universiti-universiti. Oleh itu, ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.

Lebih awal anda mencarum, lebih banyak masa untuk dana wang anda bertambah dan berlipat ganda. Sila lihat penerangan jikalau anda bermula awal:

TVM for Children ADIB YAZID

Baca: Perbandingan KETARA Kenapa Anda Kena Bermula Sekarang!

Tidak dinafikan walaupun kesedaran masih tinggi, tapi masih ada segelinti ibu bapa yang masih belum tahu atau mempunyai tindakan yang tertangguh-tangguh, seperti:

  • Tunggu anak besar sikit.
  • Tunggu kewangan dah stabil (tapi beli sport rim baru).
  • Tunggu bonus syarikat bekerja.

Sebaik-baik alasan, ianya tetap alasan. Hari ini cabaran untuk ibu bapa terlalu tinggi, walaupun hanya untuk menyediakan satu ‘keperluan’ yang betul-betul perlu seperti pelan pendidikan + pelan kad medikal.

Apa-apapun, ilmu pengurusan kewangan adalah amat penting hari ini.

Untuk lebih memantapkan ilmu pengurusan kewangan anda atau ingin mengetahui lebih tepat dan jelas berkenaan pelan kad medikal dan pelan pendidikan sila hubungi ejen Insurans / Takaful pilihan hati anda kerana terdapat lebih lagi manfaat terkandung dalam pelan ini. (Jika ingin hubungi saya, sila rujuk paparan ‘contact’ di atas.)

(Kredit kepada Dalila Kamal dan Noor Haris Prudential Takaful)

Insha Allah, saya akan huraikan di masa akan datang.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s