Tanda-Tanda BIASA Anda Sedang Alami Masalah Kewangan, dan seringkali diabaikan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, boleh saya simpulkan sebagai rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang sangat getir (belum susah lagi). Baru sahaja dilaksanakan GST pada 1 April 2015, kemudian dinaikkan pula harga minyak. Belum lagi, kisah peniaga mengambil kesempatan pada situasi ini. Malah, lebih teruk kejatuhan matawang Ringgit – disebabkan senario politik yang serba tak menentu (katanya).

Ini adalah ekonomi, yang dibincangkan pada skop negara. Skop yang besar. Apa kata kita kukuhkan ekonomi kita pada tahun 2015 ini? Tapi sebelum itu saya ingin kongsikan beberapa tanda-tanda (jika ada) anda mempunyai masalah kewangan.

Kad Kredit

  • Anda mampu membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
  • Baki tertunggak semakin meningkat setiap bulan. Tak turun-turun.
  • Telah cecah limit, menggunakan kad pada had maksimum.
  • Kerap mengambil pendahuluan tunai (ini paling kritikal!)
  • Tidak membayar langsung atau lewat buat bayaran. Sampai tak ingat bila kena bayar.
  • Kad kredit telah dibatalkan.

Pinjaman

  • Kerap menggunaka fasiliti overdraf atau kemudahan pinjaman automatik dari akaun semasa.
  • Menerima notis bayaran daripada pemiutang (institusi perbankan) kerana tidak membayar hutang.
  • Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit yang tidak memuaskan atau teruk.
  • Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
  • Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang (bank terutamanya).

Simpanan

  • Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan (boleh susut simpanan anda!)
  • Mempunyai sedikit ataupun tidak langsung ada simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan (anak masuk wad, kereta kena langgar, motor rosak dll.)

Perbelanjaan

  • Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan.
  • Selalu tanya ‘Bila gaji nak masuk eh?’
  • Bergantung pada kerja sampingan, kerja lebih masa atau bonus untuk biayai sara hidup.
  • Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
  • Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang.

Tanya diri sendiri, adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Atau dah sedar, tapi sukar menerima hakikat anda sedang mengalami krisis ekonomi sendiri atau masalah kewangan peribadi yang runcing?

Tepuk dada, tanya diri sendiri, jawab pun diri sendiri.

Saya hanya boleh membantu sikit-sikit.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s