Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
(Ketika saya menulis ini, saya belum lagi berkahwin.)
Prospek, siapakah yang boleh mempunyai pelan Takaful boleh jadi seorang lelaki bujang, perempuan bujang, lelaki berkahwin atau perempuan sudah berkahwin. Akan ada beberapa ketika, mereka ini sendiri tak boleh mempunyai kuasa untuk menentukan samada ‘Aku ni patut ke ada Takaful?’.
Situasi dia begini:
- Lelaki bujang, dah dengar kebaikannya tapi nak tanya mak dulu.
- Perempuan bujang, dah dengar kebaikannya, tapi nak tanya ayah dulu.
- Lelaki sudah berkahwin, dah dengar kebaikannya, tapi nak tanya isteri dulu.
- Perempuan sudah berkahwin, dah dengar kebaikannya, tapi nak tanya suami dulu.
(Kredit: Sufyan Bakir)
Macam-macam hal bukan? Andaikata begini pula jadinya:
- Kalau lelaki bujang dengar kata mak dia, TAK BOLEH;
- Kalau perempuan bujang dengar kata ayah dia, TAK BOLEH;
- Lelaki sudah berkahwin, dengar kata isteri dia, TAK BOLEH;
- Perempuan sudah berkahwin, dengar kata suami, TAK BOLEH!
Kalau anda, salah seorang daripadanya empat orang ini, apa tindakan yang perlu anda lakukan?
Masih seorang yang mithali mengikut kata mak/ayah/isteri/suami ATAU mengikut kehendak hati, ini adalah satu keperluan?
Tanya diri anda sendiri.
Masakan, lelaki bujang nak keluar malam – untuk perkara bukan baik tidak beritahu mak sendiri, sudah kenapa perkara baik mahu tanya pula? Kan aneh.
Solusi: Bawa Sekali Ayah/Ibu/Isteri/Suami berjumpa sekali dengan Ejen Anda.
Ya, bagi saya ini adalah solusi yang terbaik untuk menerangkan kedua-duanya tentang kebaikan Takaful ini. Jadi, selepas ini kalau perkara taboo macam insurans ke, takaful ke – bawa jumpa sekali untuk bincang keperluan mereka terhadap Takaful ini.
(Insurans/Takaful nyawa tak nak ambil, tapi insurans/Takaful kereta ambil pula. Tak tanya ayah/mak/isteri/suami pun?)
Harap faham apa yang hendak saya katakan.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid