Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seorang guru bahasa Inggeris dan usahawan internet bernama Jack Ma, telah menubuhkan Alibaba 15 tahun yang lalu di sebuah apartment kecil di Hanzhou, China. Ma menjadi lelaki terkaya di China apabila penerbitan IPO terbesar di US, dan menjadi sejarah dunia.
Mempunyai nilai sebanyak 231 Billion, Alibaba sebagai ‘laman online retailer’ telah bernilai hampir serupa Wal-Mart dan paling besar, Amazon dan eBay digabungkan.
Ini hanya permulaan.
Alibaba mempunyai plan untuk berkembang secara agresif di Amerika dan Eropah, dan sudah melabur kira-kira hampir 1 Billion US Dollar di US, termasuklah Uber, Lyft, Shoprunner, Fanatics, Tango dan Kabam.
Hari ini, semua usahawan baru atau lama, ataupun ‘leader’ perlua belajar bagaimana lelaki ini mempunyai visi, sekumpulan kawan dan 60,000 US Dollar – ditukarkan kepada syarikat online paling bernilai dalam sejarah dunia. Sudah pasti, kisah ini akan menjadi tajuk penting dalam mana-mana sekolah bisnes ataupun seminar-seminar keusahawanan, sehingga berzaman-zaman nanti.
Bermula di sini, dan pergi merata tempat.
Setelah mengenalpasti kepentingan berbahasa Inggeris, ketika muda, Ma akan mengayuh basikal ke hotel berhampiran dan menjadi pemandu pelancong berjalan ke seluruh bandar hanya untuk belajar dan melatih penguasaan Inggeris. Keinginannya dalam keusahawanan, banyak dipengaruhi oleh kisah Masayoshi San – lelaki yang berusaha dia sehingga ke Silicon Valley, dan bergraduasi dari UC Berkeley sebelum mengasaskan Softbank. Sebagai seorang pengerusi Softbank dan Sprint, Son adalah lelaki terkaya di Jepun.
Mempunyai visi, dan mempunyai bantuan.
Ma melihat internet adalah satu potensi besar, sebagai penghubung bisnes antara China yang mempunyai populasi yang besar. Dia dan isterinya, dibantu 17 orang kawan bersama-sama mengumpul dana berjumlah 60,000 US Dollar untuk menubuhkan sebuah syarikat kecil. Itu adalah permulaan asas syarikat tersebut, mempunyai budaya kerja yang kuat, menghapuskan birokrasi dan berdaya saing untuk tempoh yang panjang.
“Go Big or Go Home.”
Menggunakan konsep ‘crowdfunding’ ketika Alibaba bermula, Ma adalah sejenis orang yang tidak mencuba ‘dip your toe in the water’. Tetapi jenis lelaki yang ‘All-in’, menaikkan jumlah pelaburan sehingga 5 juta, 20 juta dari Softbank ketika tahun 2000, 1 Billion dari Yahoo pada tahun 2005, dan 1.6 Billion dari Silver Lake Partners dan DST Global pada 2011. Itu cara Jack Ma, untuk pergi lebih besar.
Masalah Besar adalah Peluang Besar.
Di China adalah keadaan yang suka untuk usahawan kecil dan sederhana, kurang infrastruktur. Alibaba telah menyelesaikan masalah ini hampir 80% usahawan kecil dan sederhana – mencatatkan 248 Billion tahun lepas (dua kali ganda dari Amazon).
Inovasi datang dari insan yang unik, yang berfikir dan buat secara berbeza.
Hari ini, setiap orang bercerita tentang bagaimana hendak merubah dunia dan mengumpulkan kekayaan duit, tapi untuk siapa yang berfikir secara berbeza mereka akan mempunyai idea yang sangat bijak, visi yang tidak serupa dan naluri keinginan yang tinggi. Senang cerita, idea terbaik datang dari insan yang ingin memecah status-quo dan ingin mempunyai laluan kejayaan yang sendiri.
Sandarkan diri pada bahu orang hebat… dan belajar kesilapan mereka.
Seperti Amazon dan eBay, Alibaba adalah seperti mereka – tidak mempunyai tapi ada satu yang berbeza dari keduanya. Alibaba tidak mempunyai inventori atau barangan. Alibaba hanyalah orang tengah yang mengutip yuran tahunan dan komisyen dari peniaga-peniaga yang besar dan bayaran-bayaran iklan dari peniaga-peniaga kecil. Hasilnya, Alibaba telah menjadi model bisnes yang paling menguntungkan di dunia, hari ini!
Ada apa pada nama?
Apple, Facebook, Google, Microsoft, Uber, One Kings Lane, Fanatic, Starbucks. Apa persamaan pada nama-nama atau branding ini? Tiada apa-apa persamaan. Kesemuanya adalah hanya nama atau kumpulan huruf. Ada guna nama buah-buahan. Yang penting, adalah apa perniagaan anda boleh bantu pada pelanggan-pelanggan anda.
Jack Ma ketika itu sedang duduk di San Francisco (kedai kopi) dan berfikir bagaimana Ali Baba terdengar ‘kata-kata rahsia’ dalam kisah Ali Baba dan 40 orang penyamun. ‘Open Sesame’ itulah yang disebut Ali Baba, dan menemui kekayaan yang banyak sekali.
Itulah impian beliau, ingin ‘membuka kunci’ potensi pasaran di China untuk pernigaan kecil dan sederhana.
(Sumber: PruQuaterly 2015 – Second Edition)
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid