Ini Bukan MLM: 1 Cara Terbukti Nak Dapatkan RM50,000 dalam Masa 24 Jam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bercerita mengenai duit, mungkin ada yang kita ni mentaliti ter-sangat material. Balik-balik duit, balik duit. Secara jujurnya, kerja saya sebagai ejen memang banyak bercerita mengenai duit. Yalah, duit simpanan lah, duit kecemasan lah, duit pelaburan lah, duit itu, duit ini.

Secara tak langsung, bicara tentang duit tu dah macam biasa!

Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit.

Selalu dengar, bukan?

Adib Yazid Hilang Upaya

(Kredit: Sufyan Bakir)

RM50,000 Dalam Masa 24 Jam

Ramai diluar sana masih rejek tentang insurans / takaful. Mereka tolak mentah-mentah. Bila saya kenalkan saya ‘Saya ejen insurans’ – terus berubah nada suara! Ada terus tukar topik! Alhamdulillah, ada masih sudi nak tanya macam mana itu insurans / takaful.

Begini. Saya mulakan dengan cerita.

Andaikata, anda suatu pagi ketika hendak pergi kerja. Tengah pakai kasut, tiba-tiba rasa sakit di dada. Semalam, siap fikir ada makan Maggi basi ke, tak pun makan telur banyak sangat. Tak pun hisap rokok Surya Gudang Garam semalam, dengan member-member.

Rasa pendamkan perasaan itu. Pergi juga kerja. Penting kerja, sebab dapat gaji nak bayar hutang rumah, installmen kereta, nak bayar sekolah anak lagi. Uih, gagahkan juga diri pergi kerja. Sampai tempat kerja, sakit itu lain macam. Pukul 10 macam itu, minta izin dari bos nak pergi klinik kejap. Kata, rasa tak selesa.

Sebabkan kamu ni pekerja yang baik, walaupun kerja bertimbun diberilah jua sign, boleh keluar ke klinik. Pergilah klinik. Doktor check, toyoh sana toyoh sini. Pakai macam alat-alat, suruh pergi pakar. Tup tap, pung pang. Anda dikatakan memang ada masalah jantung – memerlukan rawatan. Kesemua kos adalah berjumlah RM50,000.

Bayangkan, anda dalam situasi ini. Mana nak cari RM50,000 dalam masa 24 Jam. Pilihan yang anda ada:

  • Simpanan dan Pelaburan – duit yang anda selama ini menyimpan dah berbelas, berpuluh tahun anda keluarkan. Atau cara lain;
  • Jual Aset seperti Rumah, paling busuk pun Kereta – jujurlah, proses ini bukan dua tiga hari punya kerja, boleh jadi berbulan-bulan. Atau cara lain;
  • Buat pinjaman – Bagus, hidup sekarang ini hutang kereta dan rumah belum selesai. Anda sudah tambah hutang baru. Pinjam kawan-kawan? Keluarga? Atau cara lain;
  • Minta sumbangan – Anda dikenali ramai, macam artis katakan, ada boleh menyumbang. Tak pun anda telefon Bersamamu TV3, paling busuk pun pergi Lembaga Zakat.

Sebenarnya, pilihan yang anda ada belum tentu mampu beri anda RM50,000 nak menampung belanja rawatan anda. Jadi apa solusinya?

“Dana caruman atau sumbangan anda di Insurans / Takaful.”

Solusi ini masih pilihan. Ia mungkin penting atau tak penting, bagi anda.

Sebab itu, jangan tolak mentah-mentah ejen yang approach anda di mana-mana. Mereka ada sesuatu hendak mereka katakan. Percayalah.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s