3 Perkara Perlu Anda Faham Apabila Kematian Berlaku Pada Suami Anda (atau Bapa kepada Anak anda)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kehidupan ini sentiasa mempunyai pasangan masing-masing. Maksud saya, ada sihat ada sakit. Ada tinggi ada rendah. Begitu jua dengan maksud hidup – ada hidup ada mati.

Kejadian seperti kematian, adalah satu perkara yang memang pasti.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Jadi, persiapan untuk menghadapi kematian seperti sentiasa membuat baik pada orang lain, tidak menyakiti hati orang lain atau menambah nilai pada orang dengan niat untuk dapatkan pahala pun satu persiapan. Sebab hidup itu hanya sekali, maka gunakanlah dengan sebaik-baiknya.

Kehilangan Suami: TIGA Perkara Pasti Akan Berlaku

Banyak perkara akan berlaku, jika kematian terjadi pada sesiapa. Tapi bagi saya ini memang pasti (dengan izin Allah) akan berlaku:

  1. Isteri kehilangan seorang suami.
  2. Anak kehilangan seorang bapa.
  3. Keluarga kehilangan sumber / punca pendapatan.

Adib Yazid 3 Perkara Kehilangan Suami

Terus terang, sebagai seorang ejen insurans / takaful, nombor 1 – saya tak mampu menggantikan diri sebagai seorang suami kepada isteri orang lain. Nombor 2, belum tentu saya boleh ganti menjadi seorang bapa yang baik kepada anak-anak arwah.

Tapi nombor 3, saya (dengan izin Allah) boleh bantu keluarga arwah ini memberi satu jumlah wang pampasan sekurang-kurangnya setahun untuk keluarga arwah. Itu pun dengan syarat, si arwah sudah menyediakan pelan insurans / takaful khas untuk keluarga beliau andaikata kejadian tidak diingini berlaku.

Di sinilah peranan, insurans / takaful – sebagai ‘Income Replacement’. Andaikata anda seorang pembaca, sekarang sudah boleh berkira-kira berapa yang anda mahu tinggalkan untuk isteri anda dan anak anda jika sesuatu terjadi kepada anda.

Setiap orang nilainya berbeza-beza. Saya hanya boleh membantu merangka pelan untuk anda. Ya atau tidak, itu masih pilihan anda.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s