Kempen “Selamatkan Raya Anda!” – Ada Perkara Lebih Penting Anda Kena Selamatkan Dulu.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semalam ketika on the way pulang ke rumah, saya dengar satu radio ini. Ada kempen – Selamatkan Raya Anda. Saya pelik juga, apa yang perlu diselamatkan?

Rupa-rupanya, mereka berkempen menyelamatkan suasana Raya. Salah satunya, pengaruh hipster dalam pemakaian baju Melayu. Cara betul pakai samping, cara bersalam meminta maaf yang betul dan lagi, dan lagi. (Padahal saya tahu ini je!)

Saya suka kempen ini!

Adib Yazid Selamatkan Hari Raya

Anda boleh layari Sinar.fm (Maaflah walaupun orang muda, saya layan Sinar. Baru retro.)

Perkara Lebih Penting Anda Selamatkan Ketika Hari Raya Ini : Diri Anda dan Keluarga.

Sebelumnya menjelang perayaan sambutan Idulfitri, memang ada beberapa stesyen radio bagi tip-tip keselamatan, seperti periksa kenderaan sebelum bergerak jauh, peralatan elektrik dimatikan untuk tinggalkan rumah tempoh seminggu dan macam-macam lagi.

Bagi saya, melihat dari sudut ‘pengurusan risiko’ perkara yang anda perlu selamatkan adalah duit poket anda dan diri anda serta keluarga dari bencana kewangan. Insha Allah, saya tahu ramai sudah sedar bila menjelang perayaaan je mesti kadar kemalangan itu akan bertambah! Risiko kemalangan lebih tinggi.

Jadi, persoalan kepada diri anda – adakah anda terselamat daripada potensi risiko ini?

Kalau anda yakin, YA. Abaikan apa yang hendak saya perkatakan.

Beginilah, mungkin anda akan periksa kondisi tayar – cukup angin ke tidak. Dan periksa juga ‘tayar spare‘, kondisi angin juga perlu dijaga ANDAIKATA sebarang keadaan akan berlaku. ‘Tayar spare‘ ini umpama insurans anda, jikalau ter-kehel satu biji tayar; bocor misalnya ada satu boleh cover.

Tapi kalau diri anda, berlaku sesuatu yang tidak dingini? <— ayat cliche ejen insurans / takaful.

Jom Selamatkan Raya Anda!

Pendek kata, jom selamatkan raya anda dengan memastikan diri ini sudah dilengkapi dengan insurans / takaful peribadi. Perlindungan kemalangan berlaku serta merta, tiada tempoh menunggu. Sesiapa yang ada pun, pastikan polisi insurans / sijil takaful anda dalam keadaan ‘aktif’ (Inforce) – bukan ‘lapse’. Karang, payah pula nak buat tuntutan!

Semoga percutian raya anda dalam keadaan sentiasa selamat. Insha Allah.

Memberi untuk Menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s