10 Sebab Kenapa Anda Orang Muda Tak Mahu / Mampu Menyimpan Wang Lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya faham, perasaan menyimpan duit awal-awal dulu. Sangat liat. Sebab saya rasa tak nampak lagi keperluan menyimpan pada usia muda. Sebenarnya, itu adalah normal! Jangan sebab saya kata normal, anda perlu berlengah-lengah hendak menyimpan. Ianya perlu bermula sekarang.

#1. Gaji Anda Terlalu Rendah Untuk Menyimpan.

Ini adalah alasan paling biasa, sebab utama kenapa sukar hendak menyimpan. Walaupun hari ini, gaji minimum di semenanjung Malaysia RM900 tapi kenaikan barang runcit (GST, minyak dll.) menyebabkan gaji anda habis hanya untuk memenuhi keperluan asas sahaja.

Memang mudah kalau anda bergaji 5 angka keatas sebulan, untuk menyimpan sebulan. Dengan gaji yang rendah dah duduk di tengah bandaraya adalah suatu yang sukar, walaupun anda sudah cukup berjimat cermat. Menakutkan, kepentingan untuk menyimpan adalah sangat mustahak. Ada dua cara, rendahkan perbelanjaan atau naikkan pendapatan. Buat kedua-duanya lagi baik.

Tips: Cakap dengan bos suruh naikkan gaji, atau tukar kerja yang bagi pendapatan lebih. Kerja lebih masa. Buat kerja part-time (boleh hubungi saya kalau mahu buat part-time insurans/takaful) atau jadikan hobi anda aktiviti yang boleh buat duit (mengumpul setem misalnya).

#2. Kurang ilmu pengurusan kewangan peribadi.

Siapa yang faham bagaimana menguruskan wang sendiri, tahu bagaimana menghadapi situasi ekonomi yang sukar hari ini. Perkara penting seperti merangka bajet, menguruskan hutang dan perbelanjaan adakal skil penting hari ini. Ianya penting sebagai ilmu mencapai ‘financial freedom’ atau pun ‘financial security’.

Jangan melabur wang anda di mana-mana, contoh pasaran saham kalau anda tidak belajar bagaimana buat duit dari pasaran saham.

Tips: Pergi cari seminar-seminar berkaitan pengurusan kewangan. Kalau mahu murah, anda boleh pergi ke AKPK (seminar pertama saya mengenai urus duit adalah AKPK).

#4. Mempunyai lebih banyak komitmen hutang.

Hari ini menggerunkan saya, seorang lelaki berusia 25 tahun sudah mempunyai hutang kad kredit maksimum RM10,000, hutang PTPTN, hutang ‘personal loan’, hutang kereta, hutang rumah dan paling baru trend hari ini – hutang kahwin.

Menurut Jabtan insolvensi Malaysia, 41 orang Malaysia muflis setiap hari. Majoriti adalah berumur bawah 44 tahun. Sebab utama adalah ketidakmampuan membayar hutang kereta, pengurusan kad kredit yang haru-biru dan tidak mampu membayar semula hutang pinjaman peribadi.

Sudah pasti, anda perlu selesaikan hutang anda. Itu keutamaan anda. Waktu terpenting menyimpan duit adalah ketika umur 20-an atau 30-an. jadi selesaikan hutang anda, jangan buat hutang baru dan cepat mula untuk menyimpan.

Tips: Untuk permulaan, walaupun anda sedang menyelesaikan hutang – sediakan 10-20% memang hanya untuk simpanan, walau apa pun berlaku.

#4. Menyimpan Suatu yang Tidak Menarik

Kebiasaan orang menyimpan – hanyalah menyimpan. Pulangan pun tak sampai 1%. Sebab rasa macam tak menarik untuk menyimpan, mereka gunakan duit untuk perkara lain.

Tujuan utama menyimpan adalah melawan kadar inflasi. Kalau inflasi berlaku pada kadar 2% setahun, anda kena menyimpan pada satu tempat yang boleh beri pulangan lebih dari 2%. Pilihan popular adalah Amanah Saham Bumiputera atau Tabung Haji. Keduanya, pulangan lebih kurang 7-8% setahun.

Kalau anda mahu lebih, belajar menyimpan di amanah saham lain yang boleh beri pulangan lebih 10% setahun, pembelian REIT atau membeli saham tertentu, boleh cecah 30% setahun. Pastikan anda mempunyai ilmu dahulu.

Tips: Simpan di FD (fixed deposti) atau ASB/Tabung Haji kerana aset ini mudah ‘cair’ berbanding hartanah. Lagipun, harga seunit tidak jatuh. Hari ini RM1 esok pun RM1. Jadikan juga sebagai tabung kecemasan 3 hingga 6 bulan dari gaji anda.

#5. Sikap Bertangguh-tangguh (Nanti dulu-lah)

Ini adalah masalah paling besar. Sikap bertangguh-tangguh sangat merugikan anda. Sebagai contoh, jika bermula hari ini anda simpan RM100 sebulan selama 25 tahun pada kadar pulangan 3%, anda akan mempunyai RM44,712.

Jikalau anda mahu menyimpan akan datang, bukan sekarang – anda menyimpan hanya untuk 15 tahun sahaja. Selepas itu anda hanya mempunyai RM22,754. Ini adalah magik ‘compounding interest’. Ini adalah cari paling senang menggandakan duit anda.

Tips: Amalkan setiap pendapatan anda dapat, 1 per 10 anda simpan terus. Jangan usik langsung untuk satu waktu anda jangka untuk keluarkan.

#6. Salah konsep tentang menyimpan.

Seperti kita sedia maklum, bila sahaja kenaikan harga minyak di Malaysia ramai berpusu nak isi minyak sebelum pukul 12 malam. Mereka kata ini cara untuk menjimatkan minyak – padahal salah konsep.

Jika seorang pemandu Toyota Vios isi minyak penuh sebanyak 45 liter. Harga sebelum naik adalah RM1.95, dan harga selepas naik adalah RM2.05 (Kenaikan sebanyak RM0.10 sahaja). Kalau anda kira:

RM1.95 x 45 liter = RM 87.75

RM2.05 x 45 liter = RM 92.25

Sebenarnya, anda hanya jimat RM4.05 sahaja! Sebenarnya, apa tujuan anda beratur panjang-panjang? Masih kata nak menyimpan?

Tips: Kalau anda betul hendak jimat, bawa kereta pada kadar laju yang sesuai, elakkan guna lalulintas yang sesak atau letak kereta di komuter/LRT dan menggunaka pengangkutan awam.

#7. Malaysia adalah syurga membeli-belah.

Di Malaysia hari ini banyak pusat membeli belah berbanding tahun 1990-an. Belum ditambah lagi, pasar malam setiap hari setiap minggu, bazaar-bazaar, jualan gudang, ekspo-ekspo jualan murah – lagi menambah keinginan anda untuk berbelanja.

Hari ini piiihan untuk berbelanja pun sudah banyak. Dari deretan jenama-jenama pakaian dan makanan. Di tambah gaya hidup hari ini, tak main lepak mamak tapi lepak di coffee house. Pasaran juga terlalu ‘hype’, sehinggakan hari ini terkejar-kejar model baru; kereta, telefon bimbit dan lain-lain. Jadi, memang sukar hendak menyimpan sebenarnya.

Amalkan tabiat ‘pay yourself first’ iaitu menyimpan dahulu sebelum berbelanja.

Tips: Utamakan apa yang perlu anda hendak belanja – ianya keperluan atau satu kehendak. Bila ada jualan murah (murah ke?), tak semestinya anda perlu beli. Beli hanya kerana ianya satu keperluan sahaja.

#8. Malaysia banyak benda boleh dimakan.

Saya merasakan dulu, bila keluar rumah kalau hendak berbelanja mewah – ada KFC, McD, A&W. Tapi hari ini, terlalu banyak benda kita hendak rasa, nak makan. Sekali satu menu makanan, bukan RM4 macam nasi ayam kedai Mak Jah. Tapi boleh mencecah sehingga belasan ringgit.

Anda boleh jejak selalu ke Secret Recipe, Ayam Penyet, Old Town dan pelbagai lagi kedai kopi hipster. Seperti di atas, keinginan untuk mencuba memang tinggi.

Tips: Jikalau teringin sangat, buat satu tabung khas untuk ‘reward’ diri anda makan di kedai-kedai istimewa. Tapi anda kena pastikan anda sudah ‘pay yourself first’.

#9. Tidak mempunyai bajet, tidak menjejaki kemana wang sudah dibelanjakan.

Bila dapat duit, anda terus bayangkan ‘nak pergi sana, nak pergi situ, nak makan sana.’ Anda hanya bayangkan dan tidak meletakan amaun tertentu terhadap perbelanjaan anda. Lalu bila berbelanja, anda kata ‘OK lagi ni.’ Padahal anda tidak sedar, sudah lebih dari kemampuan anda!

Tips: Sediakan bajet untuk setiap sesuatu anda lakukan. Bajet untuk perjalanan, tol minyak, sehinggalah alat kecantikan anda (bagi wanita)

#10. Anda berkawan dengan orang yang tidak menyimpan.

Faktor kawan adalah sangat penting. Jikalau anda selalu keluar bersama-sama dengan kawan yang tidak kisah soal belanja murah atau mahal, hati-hati. Anda mungkin akan terperangkap untuk berada dalam keadaan parah kewangan sentiasa.

Bila kawan ada shopping, anda mesti mahu nak shopping. (Tak kan tengok je, mesti beli satu dua) Kawan anda minum di Starbuck, anda pun join kaki sekali. Bila mahu hendak menyimpan?

Tips: Berkawan dengan orang yang faham tentang pengurusan duit. Pergi luangkan masa ke seminar-seminar tertentu berkenaan kewangan (hartanah, saham, pelaburan). Atau lebih mudah, baca blog ini dari masa ke semasa.

Saya berdoa, anda ambil pengajaran dari tulisan ini. Semoga anda berjaya dan mampu urus duit sentiasa. Jangan sampai hujung bulan, dah gelabah tak ada duit dalam akaun.

Anda kaya dan berjaya!

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s