Diari Ejen – Keinginan Mencipta Pilihan yang Banyak di Kemudian Hari.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, dua hari saya merasai nikmat hujan. Ada berura-ura katanya, itulah malam Lailatulqadar. Kalau betul, apa yang mereka katakan – sekali lagi, alhamdulillah.

Hari ini saya lebih bersyukur atas apa yang saya dapat hari ini. Bila tanya soal, ‘Bila kau nak balik kampung?’ Saya boleh jawab, boleh esok, boleh malam ini, boleh bila-bila. Sebab saya yang kena tentukan, bila saya hendak pulang ke kampung (padahal itu kampung mak ayah saya).

Kerja Korporat

Soal bagaimana ingin mencipta pilihan, adalah soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri. “Pilihan bagaimana yang anda inginkan?” Adakah mempunyai gaji beribu, itu pilihan anda suka. Ataupun, mempunyai masa yang sangat lapang, pilihan yang betul-betul mahukan, ataupun sekadar apa yang anda dapat melalui pekerjaan anda sesuatu sudah cukup menampung perut diri masing-masing.

Saya pernah berada dalam alam korporat. Saya bermula merangkak dari bawah, dari engineer yang sampah. Saya katakan sampah pada diri sendiri, sebab saya masuk tanpa ilmu yang sepatutnya saya ada. Saya memegang kelayakan engineer, tapi apa satu pun saya tak tahu.

Ketika muda, memang saya mempunyai naluri untuk menambah baik diri sendiri. Saya belajar itu, saya belajar ini. Selesaikan hal ini. Ada berjaya, ada tidak. Try and error. Bila saya berada satu tahap, saya mampu survival ketika itulah kerja saya mula bertambah.

Saya boleh buat satu, saya diberi dua tugasan.

Saya boleh buat tiga tugasan, saya diberi lima tugasan.

Saya boleh buat tujuh tugasa, saya diberi sepuluh tugasan!

Skop kerja saya bertambah. Dalam masa dua tahun saya dinaikkan ke satu peringkat lain, senior engineer. Adalah pertambahan soal gaji. Dari situ, saya mula berkira-kira ‘tugasan’ yang saya sudah buat. Adakah ianya berbaloi apa yang saya telah korban – masa hujung minggu, kesihatan diri sendiri (saya selalu kerja lewat malam, tidak bersenam) dan masa bersama keluarga.

Akhirnya, bulan Mac 2013 saya meletak jawatan. Saya memilih berniaga sebagai satu pilihan. Saya bermula semula, sekali lagi. Dunia baru, bidang baru.

Ada bertanya kenapa saya berhenti jadi seorang engineer. Jawapan saya adalah, saya ingin mempunyai pilihan akan datang. Dengan masa yang saya ada, saya boleh ‘serve’ masyarakat saya dengan cara lain.

Berblogging, menyampaikan idea adalah satu caranya. Sebab itu, dalam tempoh dua tahun bekerja dan dicampur dua tahun pertama dalam berniaga – sekali sekala kemaskini, tulis idea baru mengenai kehidupan.

Di kesempatan ini, saya bukan nak kondem bahawa ‘makan gaji’ tidak bagus. Ada kawan saya, masih berada dalam dunia korporat dan sangat bagus. Bagi saya, ianya soal pilihan.

Saya memilih untuk berniaga pada usia muda, kalau gagal sekalipun saya masih ada masa untuk belajar. Tidak mahu pada usia 50 tahun baru nak kenal dunia niaga. Bagi saya terlambat.

Saya meminta maaf, andaikata salah dan silap sempena penghujung Ramadhan. Mana tahu, terasa ker. Saya doakan selamat sampai ke halaman kampung masing-masing.

Insha Allah.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s