Anda Selalu Tukar-Tukar Kad Medikal sebab Syarikat Insurans / Takaful?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di Malaysia memang banyak syarikat Insurans / Takaful. Memang diakui, semua ingin mengatakan mereka adalah nombor satu! No. 1 dalam ini, dalam itu, title itu, title ini – jadi siapa no.2?

Itu adalah normal bagi syarikat Insurans / Takaful, tak kisah dari sudut apa mereka nombor satu, menempatkan mereka nombor satu adalah impian mereka. Anda pun begitu – kalau ada anak, nak katakan anak anda nombor sepuluh atau nombor satu?

Di luar sana, ada ejen yang menyarankan anda menamatkan sijil Takaful anda / polisi Insurans anda semata-mata, supaya anda mempunyai sijil/polisi dengan anda yang nombor satu itu! Pernah tahu, apa akibatnya kalau anda membuat keputusan begitu?

Ini cerita dari kawan saya:

Pernah tak anda bertukar-tukar mengambil Takaful dari pelbagai syarikat kemudian menamatkan sijil Takaful lama serta merta.

Faktor-faktor anda akan menukar syarikat selalunya seperti dibawah:

1. Ejen sudah tidak memberi servis.

2. Syarikat yang baru memberi perlindungan yang lebih baik.

3. Syarikat yang baru, bayaran lebih murah dan beri perlindungan tinggi.

4. Ejen syarikat baru memberi keyakinan kepada anda tentang keuntungan yang tinggi bila menyertai syarikat yang baru.

5. Orang kata syarikat ini susah nak buat tuntutan.

6. Syarikat ini kutip keuntungan saje tapi bila klaim semua tak boleh.

7. Saje tukar-tukar sebab nampak tawaran yang baru lebih menarik.

Mungkin ada lagi faktor-faktor lain tapi biarlah. Apa yang nak diketengahkan sekarang adalah masa?

Baiklah kita buat secara kronologi mengikut tahun.

2010

Januari

Saya menyertai syarikat P sebab bayaran masa tu berpatutan.

2011

Januari

Bibit penyakit batu karang sudah bermula. Namun tiada rasa sakit atau tanda-tanda penyakit itu mengganggu hidup.

2012

Disember

Ejen A berjumpa dengan saya dan berdiskusi tentang kenapa sijil Takaful P tidak bagus dan berjaya meyakinkan saya untuk menyertai syarikat A.

Terus tamatkan sijil takaful dengan syarikat P.

2013

Mei

Secara tiba-tiba terasa pedih pada bahagian pinggang dan pergi klinik. Makan ubat tahan sakit, penyakit pun lega.

Jun

Penyakit datang lagi, kali ini lebih perit. Pergi hospital kerajaan, doktor kata ada penyakit batu karang di dalam buah pinggang. Kena buat pembedahan tetapi kena ikut giliran sebab senarai untuk pembedahan ramai lagi. Doktor cadangkan kalau nak segera kena pi ke hospital swasta. Oh teringat ada medikal kad syarikat A, terus ke hospital swasta sebab nak ambil rawatan segera.

Rawatan untuk pembedahan mencecah RM30k. Takpe semua dibayar. Sudah masuk, dapat maklumat GL tidak boleh diberikan kerana penyakit tersebut telah dikira umurnya bermula sejak Januari 2011.

Telefon ejen, kenapa syarikat tak mau bayar claim rawatan. Ejen buntu sebab tak tau kenapa. Bila siasat rupanya doktor dah tulis laporan penyakit telah ada sebelum sijil takaful dengan syarikat A lulus.

————————————————————-

Ini contoh, dan perkara ini banyak terjadi. Sebnarnya penekanan disini adalah kalau kita sudah ada perlindungan takaful mana-mana syarikat pun itu adalah terbaik sebab walaupun anda sangka anda sihat semasa ambil takaful namun jika masa anda sakit laporan doktor mengatakan anda telah lama ada penyakit tersebut, tiada syarikat akan bayar.

Moralnya ambil sebelum perkara seperti ini terjadi pada anda. Kalau seronok mengejar kelebihan syarikat lain tanpa memikirkan masalah ini, anda mungkin terperangkap dengan keputusan anda.

Banyak kali, sudah mempunyai sijil Takaful / polisi Insurans dari syarikat lain, A, M, G atau T sekalipun mereka ‘approach’ saya. Sudah ada sejarah, maksud saya sudah menerima rawatan dan telah menggunakan perkhidmatan Insurans / Takaful mereka. Mereka mengatakan keinginan hendak menamatkan polisi lama dan ambil polisi baru.

Memang sangat bagus, kalau mereka mengambil polisi dari saya – saya ada komisyen, saya dapat bonus, dan lebih bagus saya dapat naik pentas dapat anugerah macam-macam. Tapi, bila soal tuntutan – anda persalahkan saya seolah-olah saya menipu, tak jujur dan banyak rahsiakan perkara sepatutnya.

Kalau anda sudah ada kad medikal, teruskan. Kalau inginkan saya menjadi ejen anda, hubungi saya untuk lantik saya sebagai ejen anda (atas dasar kemanusiaan, kalau dasar untung semata-mata, saya memang tolak).

Kalau mahukan juga kad medikal, ambil satu lagi sebagai tambahan. Ber-DUA kan lebih baik dari SATU.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s