#Kopipes: Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tips dari Shahrul Fikri Jutawan.

Waktu Pagi:

  1. Jangan Withdraw Duit Dari ATM
  2. Jangan bayar loan.
  3. Jangan bayar hutang.

Pagi adalah untuk kita:

  1. Sedeqah
  2. Jemput Rezeki Melalui Dhuha
  3. Berzikir Dan Selawat

Semua untung bersih / gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG

1. Tabung NEC 55%

Singkatan kepada Neccesity / Keperluan. Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ini.

2.Tabung FFA 10%

Financial Freedom Account. Saving tetap kita. Jangan guna langsung untuk tempoh yg panjang. Contoh 10 tahun. Pilihan simpanan utk FFA :

  1. Unit trust
  2. ASB
  3. Fixed Deposit
  4. Tabung Haji
  5. Beli emas
  6. Simpan dalam tabung kt rumah.

Yang penting kita dah mula cipta passive income untuk masa depan kita.

3. LTSS 10%

Long term saving for spending. Simpanan jangka masa panjang utk dibelanjakan. Contoh: Kumpul untuk beli HO, deposit kete,dll.

4- FUN 10%

Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri

Tabung 5-EDU 10%

Tabung pendidikan. Untuk siapa? Untuk anak? Diri sendiri mcm pergi motivasi ke coaching ke. Yee…utk diri sendiri. Sebab yang nak kaya dan berjaya tu kita. Duit tu guna untuk pergi seminar, beli buku dll. Lepas ni tak ada alasan tak ada duit nak belanja untuk tambah ilmu. Korban sikit untuk dapat yang lebih besar. Anak akan ada bahagian dia bila kita dah berjaya nanti. Kita selalu fikir anak je…tapi tak pernah fikir nak majukan diri sendiri dulu.

Tabung 6 -5% CHARITY

Gunakan untuk sedekah dan derma. Wajib ada. Tabung kebajikan. Tabung tu kita guna tuk bantu org lain. Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri! Besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih banyak rezeki..

Untuk mengelakkan kebocoran wang, kita perlu menjadi MONEY MAGNET. Dengan kata lain duit yang berkat. Banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan. Kebocoran berlaku sebab duit tu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor yg jadi penyebabnya.

Ada duit je adalah masalah datang, kereta rosak, anak sakit dll. Duit kurang berkat… selalu berlaku pada ramai org.

Lps ni chek blik diri kita. Hubungan dengan manusia, ibubapa, suami, anak-anak. Ada dendam sesiapa? Ada tak maafkan org? Ada sakitkan hati org?

Fikir semula.

Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

Harap apa yang lelaki ini sampaikan, ambil beberapa perkara kalau tak mampu semua untuk kita amalkan. Insha Allah.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s