Memulakan Bisnes: Berapa Modal Anda Perlu? Anda boleh bermula Bisnes dengan modal serendah RM300.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, perut masih belum hadam ketupat dan kuah kacang. Sewaktu saya memandu kereta dari Klang ke Banting, saya banyak melihat papan iklan di jalan raya – ingin melihat ‘marketing’ stail orang-orang sini (banting). Saya juga mendengar koleksi tudung-tudung yang ada di pasaran.

Raya, tapi otak ke arah… bisnes? Janggal.

Soalan: Memulakan Bisnes dengan Modal Minima?

Ada juga bertanya mengenai soal, bagaimana hendak memulakan bisnes.

Pada pandangan saya, ada ingin terus memulakan bisnes besar. Perkara ini saya tidak galakkan. Sebab bisnes memang berorientasikan mencipta keuntungan. Bagaimana anda boleh yakin bahawa dengan bisnes besar boleh buat untung? Padahal dengan bisnes kecil anda belum cuba untuk membuat bisnes?

Saya selalu melihat, mereka bermula dengan bisnes kecil, mencipta keuntungan. Dengan keuntungan diperolehi, anda membesarkan bisnes anda dan ‘divesifiy’ bisnes anda yang mirip kepada bisnes utama anda. Contoh, bisnes kedai makan, anda pelbagaikan dengan bisnes catering.

Apa bisnes boleh bermula, dengan modal kecil? Tanya diri anda berapa kecil ‘modal’ yang anda rasa kecil? Ini antara saya belajar, modal bersamaan risiko. (Potensi modal tidak menjadi untung, terus menjadi hangus pun boleh!)

1. Tone Excel – kurang dari RM100.

2. Takaful / Insurans – kurang dari RM300 / RM400. Itupun untuk belanja ambil ujian nak ada kelayakan ilmu mengenai Takaful / Insurans.

3. Kedai Makan  di mana-mana Food Court – serendah RM5,000 ke RM10,000.

4. Kedai Dobi (sekarang popular) – dengar cerita paling rendah adalah RM25,000. Kebanyakan adalah modal membeli mesin.

5. Kedai Mini (Mini Mart) – serendah bermula RM40,000.

6. Hotel Bajet – lebih dari RM250,000. Itupun tengok dimana anda hendak bermula.

7. Pelaburan Hartanah (bukan sendiri, tapi secara bisnes firm) – lebih dari RM300,000.

Jadi, apa pilihan anda ada?

Saya memulakan bisnes kecil-kecilan. Bisnes kecik-kecik ini, saya kena pastikan saya buat untung dulu. Faham asam garam dunia bisnes macam mana. Jangan fikir hendak untung besar dengan bisnes besar, kalau anda belum rasa berbisnes kecil dengan keuntungan kecil.

Faham ke faham maksud saya?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s