Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya pernah melihat bagaimana adik-beradik bergaduh mengenai soal harta apabila kematian ibubapa mereka. Si ibu meninggalkan harta yang agak banyak (bagi saya), ketika itu saya ada di sekitar ‘mesyuarat’ adik beradik mereka. Ada yang berebut itu, ada yang berebut ini. Dari basikal tua, sehingga ladang-ladang yang berekar-ekar (nilai ratusan ribu, barangkali).
Itu bab, perebutan harta. Alhamdulillah si ibu sebelum meninggal dunia, itu yang telah disediakan untuk anak-anak mereka. Meninggalkan peninggalan bernilai untuk penerusan legasi. Segalanya berjalan lancar, walaupun ada yang bertikam lidah pada mulanya.
Saya terfikir pula, kalau si ibubapa anda bila datangnya waktu mereka meninggal dunia – dan meninggalkan sebilangan HUTANG kepada adik-beradik anda. Bagaimana perasaan anda? Bagaimana suasana pembahagian HUTANG itu?
Atau, anda yang sudah menjadi ibubapa, atau bakal menjadi ibubapa… meninggalkan mereka dalam keadaan HUTANG, mahukah keluarga anda sebegitu? Anda jawab.
Kisah Apek Cina Membuka Kedai Motorsikal
Saya pernah kongsikan cerita ini di FB peribadi.
Ketika saya beri motor saya pada mekanik, saya duduk di meja bos. Walaupun sebenarnya, hari itu agak panas, saya perlukan angin! Di situ je, ada kipas angin. Bila saya duduk, sudah tentu saya akan mencuba bercakap dengan bos kedai itu. Berdepan.
Saya tanya ‘Bagaimana hendak buka bisnes kedai motor ni? Berapa modal?’
Apek itu cakap, ‘Insurans’. Dia kata, bapa dia sebelum meninggal dunia ada insurans bernilai RM2 juta. Jadi, adik beradik dia hanya dua orang. Abang dia dapat 1 juta pampasan, dia dapat 1 juta pampasan. Abang dia guna duit pampasan insurans untuk kembangkan bisnes kedai makan yang sedia ada. Dia masa itu, hanyalah seorang mekanik di Singapura. Ke sana pun atas dasar hendak belajar pengalaman orang. Gaji tak adalah sehebat mana, tapi sebab nak belajar dia tak kisah.
Bila sahaja, ayah dia meninggal dan pampasan 1 juta (bahagian dia). Dia mulanya buka kedai bisnes. Masa itu ilmu dia kosong. Senang cerita rugi. Kesilapan dia, buka terus secara besar-besaran. Networking kecil. Dia ingat buka terus besar boleh untung besar.
Dia rasa sedih, sebab dia buka kedai dan gagal menggunakan duit pampasan insurans kematian ayahnya. Itu dia membuatkan rasa bersalah yang sangat dalam. Tapi dia bersyukur, sekurang-kurangnya ayahnya bagi dia satu peluang (duit pampasan itu) untuk berniaga. Ya, dia gagal tapi dia belajar sesuatu.
Dengan baki wang yang ada, dia buat semula kedai motor. Nama baru, cara kerja pun baru. Dari situ, dia kembangkan sikit demi sedikit sehingga hari ini.
Dia tanya saya – ‘U keje apa?’
Saya jawablah, saya ejen insurans.
‘U bagus. U keje bagus. Kena pandai cakap, kena kasi ajar orang lain. Saya dulu talak faham apa itu insurans. Saya tahu, ayah saya bayar tiap-tiap bulan. Sekarang sudah tahu, pentingnya insurans. U kena bagi tahu orang Melayu, insurans itu penting.’
Saya tanya anda, keluarga anda bakal mewariskan anda legasi hutang, atau legasi harta berterusan?
Kalau legasi hutang, pesanlah kepada keluarga anda, diri anda. Insurans / Takaful boleh elakkan anak-anak anda, keluarga anda bergaduh sebab hutang yang tidak selesai selepas kematian.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid