Anda Kena Tahu – Kejayaan Bukan di Cipta Semalaman.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pernah dengar ayat ini:

Rome wasn’t built in a day.

Kalau anda faham, kejayaan bukan cerita satu malam. Tapi makan berbulan, bertahun, berpuluh tahun. Saya dilihat oleh orang lain; kawan-kawan saya dan keluarga saya – di-KATA-kan saya seorang yang sudah berjaya. Itu orang lain cakap, tapi saya kata saya belum mencapai apa yang saya definisikan sebagai kejayaan.

Saya dikatakan berjaya, bila saya dijemput ke sebuah pentas memberi ucapan yang memberi inspirasi kepada ribuan orang. Itu saya ertikan definisi sebuah kejayaan, dan ada lagi beberapa impian yang mahu dicapai.

Adib Yazid Success umpama Iceberg

Saya dikatakan hari ini seorang berduit, hidup senang, tak hiraukan masalah kewangan. Boleh berjalan sana-sini. Itu orang lain lihat pada diri saya. Ada siap mahu jumpa, nak tips-tips kejayaan dari saya.

Saya mampu gelak dahulu! Tapi bukan bermakna saya akan tolak mentah-mentah permintaan mereka.

Untuk berjaya, terus terang saya katakan ianya memerlukan set-set seperti gambar di atas – ada pengorbanan, ada kerja keras, ada siri-siri kegagalan, rutin harian yang tetap dan macam-macam lagi. Untuk cerita dalam masa sehari pun, bukan. Saya berada dalam keadaan hari ini, selepas 2-3 tahun jatuh bangun.

Apa-apapun sila ikut tips mentor Dr. Azizan, menggunakan formula MESTI:

  • M – Mentor: Untuk belajar menjadi seorang yang berjaya, anda kena belajar dari orang berjaya.
  • E – Emosi + Ilmu: Anda kena kuasai emosi anda, dan anda kena ada ilmu yang betul untuk berjaya.
  • S – Strategy & System: Untuk berjaya, anda kena rangka strategi yang bernas. Sistem perlu supaya anda berada dalam ‘track’ ke arah kejayaan.
  • T – Tindakan: Anda sudah ada ilmu, ada mentor, sudah belajar kuasai emosi, mempunyai strategi dan sistem yang tepat. Seterusnya, anda kena bertindak! Tanpa tindakan, sia-sia sahaja perkara lain.
  • I – Impian: Untuk sentiasa terus menerus berjaya, anda perlu mempunyai impian. Pastikan impian anda itu besar yang boleh mendorong anda sentiasa melakukan terbaik untuk berjaya.

Semoga bermanfaat kepada anda.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s