Tips Memasarkan Diri Anda di FB Personal Account.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, hari ini saya dapat emel dari Nidzam Harjoh mengenai tips pemasaran diri sendiri menggunakan Personal Account. Ini adalah apa yang dia tulis dalam emel.

Adib Yazid Personal Brand

Mulakan Membina Rapport & Networking di Personal Account Anda

1. Jadikan Friend Baru Anda Sebagai Kawan – Bina Trust & Kredibiliti Anda

Cari masa untuk personal message, kenalkan diri anda dan seterusnya berkenalan dengan mereka. Seorang sehari pun sudah cukup. Kalau tak pun seorang dalam 3 hari. (Jangan pula mesej kelima-lima friend yang anda baru add setiap hari, nanti komitmen lain entah kemana).

Tunjukkan minat dan kesungguh untuk berkawan dan mengambil tahu contohnya tentang bisnes atau pekerjaan mereka. Tak perlu panjang-panjang. Mula dengan soalan yang simple seperti bertanya khabar dan tunggu respon dari dia dulu. Jadi pendengar yang baik. Berdasarkan pengalaman saya, biasanya engagement ini akan ambil masa dalam 5 – 10 minit sahaja.

2. Jangan Sesekali Cerita Tentang Bisnes / Menjual

Dah nama pun berkawan, jangan mulakan dengan apa yang anda jual. Biarkan mereka bertanya dahulu. Kenalpasti masalah mereka yang produk / servis anda boleh selesaikan.

Dan kalau masalah mereka itu mungkin kenalan / kawan anda boleh selesaikan, kemudian refer kawan anda itu pada mereka. Percayalah, mereka tentu akan menghargai pertolongan anda.

3. Engage Dengan Post-Post Mereka di Newsfeed / Wall Anda

Like dan berikan komen di post-post mereka. Boleh share sekiranya bermanfaat. Ucapkan selamat hari jadi kepada mereka.

Sekali-sekala bila anda like dan komen, anda seterusnya mengingatkan mereka tentang diri anda, dan seterusnya apa yang anda lakukan atau jual. Inilah salah satu strategi ‘visibility’ yang penting dalam membina rapport. Anda akan terkejut dengan hasil yang bakal anda peroleh.

4. Post Seperti Biasa

Tip ini saya dah pun kongsikan sebelum ini iaitu 80% berkongsi tentang kelebihan produk serta testimoni dan 20% lagi promosi atau ‘hardsell’. Boleh post di Fanpage dan juga share di Personal Account anda. Pastikan anda komen atau letak description sebelum share mana-mana post dari Fanpage anda untuk naikkan engagement.

Jika anda betul-betul ikut kesemua step di atas, post anda akan mendapat lebih banyak sambutan.

Kesimpulan

Mungkin pada anda ini perkara ini nampak leceh. Tapi kalau betul-betul praktikkan dari sekarang, ia adalah sangat berbaloi untuk keuntungan jangka panjang kerana ‘personalised customer experience’ macam ini lah yang akan membawa bisnes anda ke tahap yang lebih tinggu dan juga kalis persaingan.

Akhirnya, objektif utama anda bukanlah nak menjual, tapi anda nak menjual kepada network mereka. Kawan mereka. Keluarga mereka dan office mate mereka. Merekalah aset bisnes anda di masa akan datang. Jadi anda tak perlu bergantung kepada pelanggan baru semata-mata setiap bulan.

Semoga bermanfaat.

Memberi untuk menerima

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s