ENAM Keperluan Manusia untuk melakukan Terbaik dalam kehidupan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa tahu tentang Maslow Hierarchy?

Maslow Hierarchy adalah hiraki mengenai motivasi manusia untuk melakukan sesuatu. Bermula dengan memenuhi keperluan asas manusia (makan, minum, tempat tinggal), kemudian manusia akan bermotivasi untuk mencapai keselesaan hidup. Seterusnya, status sosial seperti pencapaian hidup dari segi akademik. Paling atas, adalah menjadi apa sahaja yang dikehendaki.

Saya belajar mengenai apa yang menggerakkan motivasi manusia – sudah tentu yang beragama Islam akan terus kepada mencapai pengabdian bersungguh-sungguh kepada sang Pencipta. Baru-baru ini saya membaca buku Anthony Robbin mengenai ENAM keperluan manusia, membantu untuk atur perjalanan hidup. Saya rasa ini lebih sesuai kerana perkara ke-enam berkaitan dengan anjuran agama Islam itu sendiri.

Adib Yazid Kehidupan

Hidup ini sangat singkat, gunakan sebaik-baiknya.

Keperluan #1: Kepastian / Ketetapan / Keselesaan

Paling penting mengenai manusia adalah mencari satu ketetapan. Itu adalah lumrah manusia berada dalam keadaan selamat; selamat dari bahaya, tiada kesakitan tiada kesengsaraan. Contoh adalah orang yang suka bekerja di bawah satu syarikat yang sama. Tak kisah dapat gaji yang sama, asalkan pekerjaan itu selamat boleh bekerja di situ sehingga pencen sekalipun. Risikonya, andaikata ada cubaan mengancam (atau sudah terancam) – dibuang kerja, tidak mencapat ‘result’ yang tetap akan senang mengundang kekecewaan.

Keperluan #2: Ketidakpastian / Kepelbagaian

Keperluan manusia untuk mempunyai pelbagai pilihan. Tidak suka buat satu perkara yang sama setiap hari, setiap masa. Perasaan manusia yang sentiasa untuk mencuba satu benda baru. Ianya sangat bagus. Sebab itu lahir golongan kiri dalam dunia ini. Buat tindakan lain daripada yang lain. Tapi, bila kita selalu mencuba-cuba perkara baru – bila hasil sebenar akan dapat diperolehi?

Keperluan #3: Kepentingan / Kebanggaan

Keperluan manusia untuk rasa dihargai, rasa seorang yang special, rasa diperlukan dan rasa unik. Diri akan terasa mahu buat lebih daripada orang lain, supaya orang lain lihat siapa diri dia. Mempunyai pengikut di Twitter yang ramai (contoh). Belajar ke luar negara. Ada bagusnya orang yang mengejar status bangga – supaya dapat motivasi orang lain mengikut berjaya seperti dia.

Risikonya sangat besar; cara tercepat untuk dilihar seorang yang special adalah melakukan jenayah. Berbelanja banyak duit juga dapat memenuhi keperluan manusia untuk rasa bangga. Mempunyai rumah yang besar, isteri yang cantik, pakaian yang kemas. Tidak kisah berapa perlu dibelanjakan asalkan orang lain melihat diri dia lain daripada yang lain.

Keperluan #4: Kasih Sayang & Perhubungan Manusia

Fitrah manusia memerlukan kasih sayang. Rasa cinta dan dicintai lebih dari segalanya. Rasa cinta melalui manusia, alam dan tuhan. Jika tak dapat, binatang peliharaan. Perasaan kasih sayang kepada anak-anak, memotivasikan diri anda untuk keluar rumah pagi hari mencari rezeki. Risiko di sini, kalau kita memberi kasih sayang atau berhubung dengan manusia yang salah – anda bakal dikecewakan.

Keperluan 1 hingga 4, adalah keperluan manusia yang berbentuk peribadi. Kita akan bersungguh-sungguh untuk mencari Keselesaan, Kepelbagaian hidup, membentuk Kepentingan hidup seterusnya mencipta Kasih Sayang yang utuh. Kadangkala anda mencipta cerita sendiri merasakan diri anda sudah mencapai 4 keperluan tadi. 2 keperluan lagi, adalah sukar hendak didapati pada manusia hari ini. Tapi bila keperluan ini dipenuhi, dia akan menjadi insan yang bertuah.

Keperluan #5: Perkembangan

Keperluan manusia untuk sentiasa menjadi lebih baik dari semalam. Kalau tidak berkembang prestasi diri? Anda merasakan anda sudah mati. Jika hubungan dengan manusia tidak berubah, prestasi bisnes pun tidak berubah – tidak kisah berapa banyak duit anda ada dalam bank sekalipun; anda tidak merasa puas. Alasan kuat kenapa anda ingin menjadi terbaik setiap hari, kerana motivasi anda untuk memberi nilai terbaik atau contoh kepada orang lain.

Keperluan #6: Sumbangan

Rahsia untuk hidup adalah memberi. Hidup bukan hanya berkenaan diri sendiri, tapi mengenai anda dan orang lain. Apa perkara pertama anda lakukan, bila anda dengar berita baik? Anda akan memberitahu orang lain. Berkongsi segala cerita baik tentang apa anda sedang rasakan.

Kehidupan ini bagi anda adalah memberi makna pada orang lain. Kehidupan lebih bermakna bukan datang dari apa yang anda dapat, tapi lahir daripada apa yang anda beri. Anda akan rasa sangat gembira untuk menjadi apa yang anda mahu dan apa yang anda mahu beri.

Saya pernah hanya fokus pada keperluan 1 sahaja. Pada satu masa, saya tergelincir dari definisi ‘keselesaan’. Saya rasa sangat down. Saya juga pernah fokus pada keperluan 2, buat macam-macam tapi sukar hendak nampak hasilnya. Mengaku anda kena fokus pada satu perkara untuk berjaya. Saya juga pernah fokus keperluan 3. Saya terkejar-kejar pelbagai ‘reward’ atau GANJA-ran dalam industri ini. Tapi bila tak dapat apa yang saya mahukan, saya menyalahkan diri sendiri. Untuk keperluan 4, saya memberi kasih-sayang pada orang salah, berharap pada orang yang salah. Saya berada dalam keadaan ‘frust’.

Saya mula berubah kepada keperluan no. 5 – ingin melakukan terbaik dalam aspek kehidupan. Setiap 1% perubahan dalam hidup saya, bersyukur adalah wajib. Di situ, saya merasa ketenangan dengan bersyukur setiap perubahan kebaikan dalam diri saya – pelbagai aspek.

Hari ini saya melatih diri saya memenuhi keperluan keenam – menyumbang sesuatu. Di sini saya belajar dari Al-Quran tentang kepentingan sedekah, memberi ilmu terbaik pada orang lain dan menambah nilai pada orang lain, berbayar atau percuma. Di sini saya rasa tak boleh berada dalam keadaan ‘down’ – saya kena sentiasa positif, sebab saya percaya diri berada dalam keadaan positif boleh menambah nilai pada orang lain.

Itu sebab, saya kembali menulis. Sebagai medium menambah baik pada orang lain dari segi ilmu pengurusan kewangan, lebih-lebih lagi mengenai bidang Insurans / Takaful.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

2 Comments

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s